Hati tidak membara apabila cermin kereta pecah dek angkara manusia tidak bertanggungjawab. Lebih menyakitkan hati apabila individu tersebut tidak dapat dikenal pasti dan pemilik kereta perlu menanggung kerugian untuk dibaik pulih.
Seperti perkongsian page Penang Kini di Facebook yang menceritakan sikap tidak bertanggungjawab segelintir penduduk flat Pulau Pinang. Menerusi foto yang dikongsikan, dapat dilihat cermin kereta belakang seorang penduduk yang pecah angkara sampah dipercayai dibaling dari tingkat atas.
Difahamkan, satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa berhubung kejadian. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat memberikan pendapat mereka berhubung insiden tersebut dan mencadangkan supaya pihak berkenaan mengambil tindakan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang lagi. Sumber: OHBulan
|
ADVERTISEMENT