CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Indonesia Usir Pelarian Rohingya Lepas Tolong Baiki Bot

29-12-2021 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3219| Komen: 33

Pihak berkuasa Indonesia akan membantu membaiki bot terkandas yang dipenuhi lebih 100 Rohingya di luar pantainya tetapi tidak akan membenarkan penumpangnya mendapatkan perlindungan di negara itu.


Selesai dibaiki, bot berkenaan akan ditolak keluar dari perairannya.

Bot itu ditemui nelayan pada hari Ahad ketika ia hanyut di luar pantai Bireuen, sebuah daerah di pulau barat Sumatera.


Kredit foto: Kumparan

Bot itu membawa kira-kira 120 orang penumpang termasuk kanak-kanak.

“Etnik Rohingya bukan warga Indonesia, kita tidak boleh hanya membawa mereka masuk walaupun sebagai pelarian. Ini selaras dengan dasar kerajaan,” kata Dian Suryansyah, seorang pegawai tentera laut.

Pihak berkuasa akan memberikan bantuan kemanusiaan kepada bot itu termasuk makanan, ubat dan air, sebelum menolaknya, tambahnya.

Indonesia bukan penandatangan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1951 mengenai Pelarian.

Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam satu kenyataan hari ini berkata, bot itu mengalami kerosakan enjin dan harus dibenarkan mendarat.

“UNHCR bimbang tentang keselamatan dan nyawa pelarian di atas kapal itu,” kata kenyataan itu.

Badruddin Yunus, ketua komuniti nelayan tempatan berkata, pelarian itu telah berada di laut selama 28 hari dan sebahagian daripada mereka telah jatuh sakit dan seorang meninggal dunia.

Pelarian Muslim Rohingya dari Myanmar telah bertahun-tahun belayar ke negara-negara seperti Malaysia, Thailand dan Indonesia antara November dan April ketika laut tenang.

Lebih 730,000 Rohingya melarikan diri dari Myanmar pada Ogos 2017 selepas tindakan keras tentera termasuk pembunuhan besar-besaran dan rogol. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote keane.somewhere 29-12-2021 03:03 PM
Tembak jelah Kasi Karam
Quote eyansss 29-12-2021 03:03 PM
Indonesia bukan penandatangan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1951 mengenai Pelarian.
kita pun tak sign tapi ramai je bangsat2 yang bawak masuk bangsa perompak tu dalam...  last2, rakyat menderita...
Quote Skuau 29-12-2021 03:28 PM
mana rohingya nampk negara berkenaan...cam BODOH jer..ke situ la drng pergi....
Quote jas7512 29-12-2021 03:30 PM
Tgk indonesia pun x ambil pati..kita je kat msia yg baik hati sgt or ada kebocoran rasuah di mana2...
Quote Kurex 29-12-2021 03:30 PM
Parashit hina
Quote helicornia 29-12-2021 04:14 PM
Aku baca kt BH katanya halau ke Malaysia.bot yg sama kah?
Quote wikedsaikel 29-12-2021 04:21 PM
Dulu depa tolong. Pastu buat hal. Tu yang tak mau tolong dah. Sedara mara aku kt sana la komplen.
Bila nk berubah pon tak tahu la rohingya ni.
Quote noor2 29-12-2021 04:24 PM
jas7512 replied at 29-12-2021 03:30 PM
Tgk indonesia pun x ambil pati..kita je kat msia yg baik hati sgt or ada kebocoran rasuah di mana2.. ...

Masalahnya niat derang bukan nk ke Indonesia...tapi ke Malaysia..syurga dunia buat mereka...

Hari tu ada rohingya anak beranak jual tisu kat bank islam sek 14 shah alam...x de pulak kena tangkap..
Quote jas7512 29-12-2021 04:42 PM
noor2 replied at 29-12-2021 04:24 PM
Masalahnya niat derang bukan nk ke Indonesia...tapi ke Malaysia..syurga dunia buat mereka...

Hari ...

Siapalah vvip yg back up rohingya mi...rakyat msia pun ramai lg yg fakir apa..kot ya pun nak tlg org susah
Quote rikiruj 29-12-2021 04:49 PM
Depa siap cakap.. oii kitorang aendiri pun nak keluar dari indon & nak masuk malaysia illegal, apahal pulak korang nak masuk sini…
Quote matamata 29-12-2021 04:59 PM
Bot tu tak rosak, tapi sengaja dirosakkan, taktik mudah dibaca
Quote matamata 29-12-2021 05:01 PM
Thailand selamba badak je bg laluan, asalkan tak mendarat kat tanah depa... Depa buat exactly mcm Jepun jajah kita dulu
Quote me12345 29-12-2021 05:03 PM
Hanya malaysia yg lemah....vip mana yg terlibat...
Quote Plain-tif 29-12-2021 05:58 PM
Eloklah Indonesia tegas dgn isu ni
Quote CiliPadiSedap 29-12-2021 06:34 PM
indonesia tu transit je lepas tu nak masuk malaysia ikut bibik friska kuak kupu kekatu kt selat melaka
Quote keane.somewhere 29-12-2021 06:36 PM
matamata replied at 29-12-2021 05:01 PM
Thailand selamba badak je bg laluan, asalkan tak mendarat kat tanah depa... Depa buat exactly mcm Je ...

Thailand dari dulu kala hati kering sama macam Jepun.

Yg bodoh spesis Austronesian je
Quote Minami2013 29-12-2021 07:45 PM
Pegi indon pun puak2 ni masuk malaysia juga ikut jln tikus.
Quote anakkerengga 29-12-2021 08:47 PM
Masalahnya skrg, indonesia tolak bot rohingya tu ke malaysia… kurang ajar punya indon.. sepatutnya tolak semula lah ke myammar sana

https://youtu.be/ULeY3nBD47U
Quote kotakominami 29-12-2021 08:55 PM
Huhu.  Dah membiak kt sini nanti jadi belemak minta hak sama rata....rakyat msia dah tawar ati nak ambik diorang tp tak paham kenapa ada ngo yg desak kerajaan suruh terima diorang nih....jadi mcm long tiger tu...punye lah kebal bole lolos

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.042427 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top