CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tengah Masak Di Dapur, Adik Maut Ditetak Abang Kemurungan

29-12-2021 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3782| Komen: 31

Jeli: Seorang lelaki maut akibat ditetak abangnya dengan sebilah pedang di rumah mereka di Kampung Sungai Rual Melayu, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.20 pagi itu, suspek berusia 30-an yang dikatakan mengalami kemurungan secara tiba-tiba menyerang dan menetak bahagian belakang leher mangsa.

Foto: Utusan Online

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, ketika kejadian, mangsa berusia 30 tahun sedang memasak di dapur.

“Suspek secara tiba-tiba datang dari arah belakang lalu menetak adiknya dengan sebilah pedang. Insiden itu menyebabkan mangsa mati serta-merta di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 


Ahmad yang enggan mengulas lanjut berkata, polis setakat ini masih menjalankan siasatan lanjut, termasuk punca sebenar suspek bertindak demikian. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 29-12-2021 12:48 PM
Dasar bodoh mak ayah dia simpan anak mental atau penagih dadah yg rosak otak
Quote Buritan 29-12-2021 01:41 PM
Siannya ko dik.. harap ko disyurgalaa skrg..
Quote dua_chzy 29-12-2021 01:43 PM
Aduh...Kesian adiknya.
Quote supernaturalee 29-12-2021 02:01 PM
banyak nya darah....
menggelupur dulu ape sblm habis nafas

Quote shernazz 29-12-2021 02:36 PM
Elok bagi buaya makan la..
Quote naina 29-12-2021 02:38 PM
Aduhh tetak terus ke urat nyawa ke..kesiannya. tak sempat nak pertahankan diri.
Quote Meiizu 29-12-2021 02:41 PM
ye ke mental entah pendadih  
bahaya simpan anak bermasalah
Quote Simunggu 29-12-2021 02:41 PM
Allahuakhbar...kesian...inilah jadi bila miskin..
Quote spankee_fili 29-12-2021 02:55 PM
Boleh ke kita panggil polis ke rumah kalau anak tu mental?
Kalau jenis yg tak nak keluar rumah macam mana mak pak nak justify anak tu mental kalau takde surat doktor?
Sian mak pak & family
Quote Shazid 29-12-2021 03:10 PM
Allahuakbar!!! byk dh kes macam ni...kt kg iols pun pernah jadi...ditetak kepala mak die smpi putus...Ape nk jd dgn bangsaku ni....
Quote bloodyamuk 29-12-2021 03:23 PM
spankee_fili: Boleh ke kita panggil polis ke ...


boleh je call polis, kalau suspek meragukan memang bawak pegi hosp cek sakit mental ke tak...pernah je ada polis bawak pesakit siap bergari duk bahagian psy (psychiatry) kalau dekat bahagian pesakit luar
Quote Supersirap 29-12-2021 03:44 PM
Sedihnya mendengar khabar sebegini, salam takziah
Quote tripleid 29-12-2021 04:11 PM
Edited by tripleid at 29-12-2021 04:13 PM

Berita biasa di negeri lobai..haritu tetak mak smpai mati,now adik pula jadi mngsa..semuanya pasal dadah+miskin
Quote Fly_over 29-12-2021 05:00 PM
kesiannya si adik x sempat makan. semoga dikalangan org beriman.
Quote rikiruj 29-12-2021 05:05 PM
Apa pilihan ibu bapa yg mempunyai anak schizo ni ya?. Ok katakan kena bawak gi hospital psikiatri, lepas dah diagnose semua tapi kalau level bahaya, adakah Dr akan mintak parents / penjaga masuk anak ke hospital psikiatri e.g tanjung rambutan or tampoi?.  Sesapa yg tau proses mungkin boleh share utk pengetahuan umum.
Quote Adrif 29-12-2021 08:07 PM
rikiruj replied at 29-12-2021 05:05 PM
Apa pilihan ibu bapa yg mempunyai anak schizo ni ya?. Ok katakan kena bawak gi hospital psikiatri, l ...

selalunya macam tu la

macam I pernah tolong somebody ni, bawak gi klinik kerajaan ja.

Jumpa doktor cam biasa, then bagitau masalah. pastu doktor tu refer ke kaunselor kat bilik lain pulak.

then story mory dengan kaunselor. kalau ya kronik, kaunselor akan refer kepada doktor pakar pulak, hospital.

Macam kes kami haritu, kaunselor tanya dulu, setuju tak nak admit Hospital Tanjung Rambutan? then dia pun explain, Hospital Tanjung Rambutan tu besar dan banyak doktor pakar. blablablabla, ok

tapi bila tiba masa, pesakit tu terus menghilangkan diri pulaakkk  
dia minta pertolongan, kita dah tolong. tapi tu la, dia mental kan. bila sakit dia datang, dia buat perangai. sekarang dia reject semua orang. kesian jugak. tapi tak tau nak buat camane lagi. dah tanya doktor and kaunselor pun, jawapan diorang sama jugak, "ujuk, jangan paksa." aiyoo.. dah berbulan pujuk tak jalan, ada jugak aku upah orang suruh kidnap naik van putih
Quote jas7512 29-12-2021 08:10 PM
Tapi kdg2 mental health sbb hisap dadah..klu i patutnya bg mampus je gol ini..yg hisap dadah ni..hidup pun nyusahkan org
Quote Adrif 29-12-2021 08:12 PM
spankee_fili replied at 29-12-2021 02:55 PM
Boleh ke kita panggil polis ke rumah kalau anak tu mental?
Kalau jenis yg tak nak keluar rumah macam ...

bawak jumpa kaunselor dulu. biar dia luahkan semua macam empangan pecah, haa gituu
mungkin tekanan perasaan ja, bukan sakit mental. lepas dapat nasihat kaunselor, mana tau elok kan

tapi kalau kronik, kaunselor boleh refer doktor pakar
Quote TeropongThaico 29-12-2021 08:53 PM
Allahuakhbar kesiannya

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.048674 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top