Pelakon jelita Izara Aishah baru-baru ini beri peluang kepada peminatnya untuk berkongsi cerita atau soalan kepadanya di Insta Stories. Rata-rata ramai yang berkongsi masalah alam rumahtangga, hubungan dan percintaan dan ada juga yang berkaitan dengan isu bunuh diri.
Melihat banyak soalan dan perkongsian dari peminatnya, wanita ini memberi pandangan peribadi terhadap soalan dan kisah yang dikongsi mereka. Dalam banyak-banyak perkongsian, salah seorang peminatnya bertanyakan soal bunuh diri dan ini respon Izara. “Normal ke bila kita ada masalah fikir nak bunuh diri?” soal peminat.
“Tak normal. Tapi jangan lah fikir. Nanti bila mati nanti lagi susah tau nak jawab soalan lah apa lah. Nak kena jumpa mungkar nangkir lagi. Adudu” jawab Izara Selain menjawab isu bunuh diri, Izara juga beri pandangan mengenai soal percintaan kepada peminatnya yang inginkan nasihat dari pelakon tersebut. “What say you bila seseorang cakap sayang tapi cinta belum ada dan masa sama kita penting untuk dia? Advise..” soal peminat “Dia nak kawan tak mahu bercinta tapi tak bagi you ada kekasih lain. Cakap dia babai nak cari orang yang boleh cinta sat” pesan Izara. Apa pandangan anda? -CARI |
ADVERTISEMENT