CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Membesar Normal- Isteri, Empat Anak Semua Lumpuh

29-12-2021 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2920| Komen: 25

Dungun – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itu hakikat yang perlu ditanggung seorang suami apabila isteri dan empat anak lelakinya disahkan mengalami lumpuh disebabkan penyakit sendi.


Jumahir Mahsun, 52, dari Felda Kertih 6 di sini berkata, keempat-empat anaknya yang ber­usia 16 hingga 25 tahun tersebut menghidap penyakit berkenaan sejak berumur setahun.


Foto: Kosmo

“Mereka tidak dapat membesar seperti kanak-kanak normal lain. Anak sulung saya, Ahmad Arif Aiman, 25, hanya terlantar di atas katil.

“Anak kedua, Ahmad Arifin, 23, Ahmad Zainudin, 17, (keempat) dan Ahmad Budiman,16, (bongsu) pula tidak dapat duduk dengan sempurna berikutan masalah sendi kaki dan tangan,” katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.


Jumahir berkata, hanya anak ketiga, Nor Hanisa, 20, hidup sebagai insan normal dan sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Se­langor.

Lebih memeritkan kata beliau, isterinya, Rohayati Abdullah, 50, juga tiba-tiba disahkan lumpuh dipercayai akibat penyakit sama kira-kira empat tahun lalu.

“Saya tidak boleh bekerja sebagai pengait buah kelapa sawit sejak isteri sakit kerana dia dan empat anak tidak mampu lagi menguruskan diri dan memerlukan penjagaan rapi,” katanya.

Jumahir berkata, keluar­ganya kini bergantung harap kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM1,400 sebulan.

Tambahnya, kebanyakan wang bantuan tersebut digunakan untuk membeli keperluan isteri dan empat anaknya.

“Anak ketiga saya (Nor Hanisa) pula perlu berjimat-cermat de­ngan menggunakan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Saya berdoa agar dipanjangkan umur dan terus diberi kesihatan kerana tidak dapat membayangkan siapa akan menjaga isteri dan anak-anak jika saya sudah tiada nanti,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan bantuan menerusi akaun bank Rohayati bernombor ­11116-29-00012568-1 ­(Bank Simpanan Nasional) atau menghubunginya di talian 014-5401915. -CARI

Sumber: Kosmo Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 27-12-2021 08:30 PM
Semoga dpermudahkn urusan. Jarang2 jmpa yg mcm ni.
Quote ainonymous 27-12-2021 08:38 PM
Allahuakbar berat nya ujian pakcik ni.
Quote TeropongThaico 27-12-2021 09:03 PM
Kesiannya
Moga diberi kekuatan & dipermudahkan urusan mereka sekeluaga
Quote ellejo 27-12-2021 09:38 PM
kesiannya pakcik ni. yg anak sihat tu sebelum kawen beranak pinak tolong check genetic ya. 4 out of 5, dan maknya sekali.
Quote musangbodoh 27-12-2021 10:31 PM
ellejo replied at 27-12-2021 09:38 PM
kesiannya pakcik ni. yg anak sihat tu sebelum kawen beranak pinak tolong check genetic ya. 4 out of  ...

btol kate hg tu
Quote CARI-MRO 29-12-2021 10:48 AM
Dungun – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itu hakikat yang perlu ditanggung seorang suami apabila isteri dan empat anak lelakinya disahkan mengalami lumpuh disebabkan penyakit sendi.


Jumahir Mahsun, 52, dari Felda Kertih 6 di sini berkata, keempat-empat anaknya yang ber­usia 16 hingga 25 tahun tersebut menghidap penyakit berkenaan sejak berumur setahun.




Foto: Kosmo




“Mereka tidak dapat membesar seperti kanak-kanak normal lain. Anak sulung saya, Ahmad Arif Aiman, 25, hanya terlantar di atas katil.


“Anak kedua, Ahmad Arifin, 23, Ahmad Zainudin, 17, (keempat) dan Ahmad Budiman,16, (bongsu) pula tidak dapat duduk dengan sempurna berikutan masalah sendi kaki dan tangan,” katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.


Jumahir berkata, hanya anak ketiga, Nor Hanisa, 20, hidup sebagai insan normal dan sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Se­langor.


Lebih memeritkan kata beliau, isterinya, Rohayati Abdullah, 50, juga tiba-tiba disahkan lumpuh dipercayai akibat penyakit sama kira-kira empat tahun lalu.


“Saya tidak boleh bekerja sebagai pengait buah kelapa sawit sejak isteri sakit kerana dia dan empat anak tidak mampu lagi menguruskan diri dan memerlukan penjagaan rapi,” katanya.


Jumahir berkata, keluar­ganya kini bergantung harap kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM1,400 sebulan.


Tambahnya, kebanyakan wang bantuan tersebut digunakan untuk membeli keperluan isteri dan empat anaknya.


“Anak ketiga saya (Nor Hanisa) pula perlu berjimat-cermat de­ngan menggunakan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


“Saya berdoa agar dipanjangkan umur dan terus diberi kesihatan kerana tidak dapat membayangkan siapa akan menjaga isteri dan anak-anak jika saya sudah tiada nanti,” katanya.


Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan bantuan menerusi akaun bank Rohayati bernombor ­11116-29-00012568-1 ­(Bank Simpanan Nasional) atau menghubunginya di talian 014-5401915. -CARI


Sumber: Kosmo Online
Quote Decaffeinated 29-12-2021 11:00 AM
Saya berdoa agar dipanjangkan umur dan terus diberi kesihatan

Teruskan berdoa ya bang.
Quote Buritan 29-12-2021 11:02 AM
Siannya.. ape nak jd family mcm ni..
Quote krustykrab 29-12-2021 11:04 AM
Kesemua anak2 lelaki dia sakit yg sama.
Aku rasa if anak pompuan dia kawin, ada anak lelaki pun akn alami penyakit yg sama.
Tp, apa2 pun aku kesian kt anak pompuan dia sb semua ni akn jd tanggungjawab dia nnt.
Quote Raline 29-12-2021 11:11 AM
dah ada bbrapa hari lepas

[Tempatan] Suami cekal jaga isteri, 4 anak lumpuh
https://b.cari.com.my/forum.php? ... mp;highlight=lumpuh
Quote umbut 29-12-2021 12:10 PM
Penyakit keturunan rasanya. Yg anak pompuan kesian takut pembawa pd cucu2 pulak
Quote puan_rohayu 29-12-2021 01:20 PM
Allahuakbar, besarnya dugaan pak cik ni..org mcm ni jkm dan pusat zakat patut bantu berterusan.Layak mendapat bantuan.
Quote puan_rohayu 29-12-2021 01:24 PM
Kesiannya anaknya yg normal tu,dlm kes khas mcm ni selayaknya anak tu mendapat bantuan biasiswa bukan pinjaman utk belajar.Supaya dia tidak menanggung hutang nanti dan sedikit sbyk dapat bantu pula ayah dan adik beradik nya.Sis redha klu duit cukai kerajaan diberikan kpd org2 mcm ni.
Quote krustykrab 29-12-2021 01:30 PM
puan_rohayu replied at 29-12-2021 01:24 PM
Kesiannya anaknya yg normal tu,dlm kes khas mcm ni selayaknya anak tu mendapat bantuan biasiswa buka ...

Pusat zakat la kena biaya pendidikan dia..
Tp aku kesian nnt dgn arah tuju hidup dia, dah sah2 abang2 n adik dia jd tanggungjawab dia sorg nnt...manank keje  mana nk jaga diorg dgn gaji yg tak seberapa..
Quote scorpionkiki 29-12-2021 01:55 PM
Yg tuan punya no account tu pakcik ni ker? I nak transfer tp lepas dpt confirmation tu no acc pakcik yg baik ni
Quote Deadsoul 29-12-2021 02:02 PM
dulu anak2 pelakon meor hashim ada anak2 macam ni.
tapi sakit myopathy katanye. Dah dewasa dah anak2 dia. Bagus kalau orang ni tanya dia mcm mana nak handle keadaan mcm ni.
Quote puan_rohayu 29-12-2021 02:03 PM
krustykrab replied at 29-12-2021 01:30 PM
Pusat zakat la kena biaya pendidikan dia..
Tp aku kesian nnt dgn arah tuju hidup dia, dah sah2 aba ...

Dlm kes mcm ni sepatutnya anak2 nya yg sakit di bawah jagaan jkm.Kalau luar negara kes special mcm ni kerajaan yg ambil tanggungjawab atas anak2 ini,negara2 maju walaupun org kaya dikenakan cukai yg tinggi tetapi duit pembayar cukai tu dikembalikan semula dlm bentuk penjagaan kebajikan dan kesihatan dgn telus jadi xla org pertikaikan mana perginya duit yg banyak2 tu.
Untuk meletak sepenuhnya tanggungjawab kpd anak perempuan yg normal tu mmg x wajar kerana dia jg berhak untuk mencari kehidupan dan kebahagian nya sendiri melainkan dia rela untuk berkorban.
Quote Meiizu 29-12-2021 02:09 PM
puan_rohayu replied at 29-12-2021 02:03 PM
Dlm kes mcm ni sepatutnya anak2 nya yg sakit di bawah jagaan jkm.Kalau luar negara kes special mcm ...

baru je sembang dgn kwn cikgu..i try relate lah ye.
ada kes sekolah refer kat jkm
tapi JKM pun bukan nak buat keje, patut dia yg cari ...ini tidak ada kes yg sepatutnya kita rasa tangunjwb jkm utk ambil alih tapi jkm buat kita yg responsible dari report hingga selesai tugas

Quote dua_chzy 29-12-2021 02:13 PM
Meiizu replied at 29-12-2021 02:09 PM
baru je sembang dgn kwn cikgu..i try relate lah ye.
ada kes sekolah refer kat jkm
tapi JKM pun bu ...

Yeap. Jika laporan dari sekolah, memang ko la urus from A-Z. Termasuk atur appointment dengan hospital untuk check pelajar tu OKU ka idok. Sampai selesai @ sampai pelajar tu disahkan OKU dan dapat kad OKU.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.055518 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top