View: 2389|Reply: 25
|
Suami cekal jaga isteri, 4 anak lumpuh
[Copy link]
|
|
Suami cekal jaga isteri, 4 anak lumpuh
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/jumahir_1640603518.jpg)
Jumahir bersama isteri dan anak-anaknya di kediaman mereka. - NSTP/ROSLI ILHAM
DUNGUN: "Saya reda dan akan berusaha memikul amanah ini dengan sebaik mungkin," kata Jumahir Mahsun, 52, yang cekal menjaga isteri serta empat anak lelakinya yang lumpuh.
Jumahir berkata, empat daripada lima anaknya yang berusia 16 hingga 25, tidak mampu merangkak dan berjalan sejak umur satu tahun.
"Sebelum ini, saya memikul tanggungjawab bersama isteri, Rohayati Abdullah, 50, untuk menjaga dan menguruskan mereka.
"Kini, saya menggalas tugas itu sendirian selepas isteri tiba-tiba tidak dapat berjalan dan disahkan lumpuh sejak empat tahun lalu," katanya ketika ditemui di rumah mereka di FELDA Kertih 6, hari ini.
Beliau berkata, anak sulungnya, Ahmad Arif Aiman, 25, terlantar di atas katil sepanjang masa, manakala Ahmad Ariffin, 23; Ahmad Zainuddin, 17; dan Ahmad Budiman, 16, yang mengalami masalah sendi tangan serta kaki tidak mampu duduk dengan sempurna.
"Sebelum ini, saya ada membawa anak-anak ke hospital untuk rawatan dan terapi. Namun, saya tidak mempunyai kereta dan atas sebab masalah pengangkutan, saya tidak dapat lagi berbuat sedemikian.
"Kesemua mereka dan isteri juga terpaksa memakai lampin pakai buang, justeru saya perlu berbelanja lebih untuk menanggung kos berkenaan," katanya.
Jumahir memaklumkan, beliau sebelum ini bekerja mengambil upah mengait kelapa sawit, namun terpaksa berhenti sejak isterinya lumpuh.
"Isteri dan anak-anak memerlukan penjagaan serta perhatian saya sepenuhnya, termasuk untuk menguruskan diri mereka. Keadaan itu menyebabkan saya tidak dapat keluar bekerja," katanya.
Bagaimanapun, Jumahir berkata, beliau bersyukur kerana setiap anaknya itu diberikan bantuan bulanan sebanyak RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Saya perlu berjimat cermat menggunakan bantuan itu untuk membiayai perbelanjaan lampin pakai buang mereka dan makan minum kami sekeluarga.
"Tambahan pula, saya juga menggunakan wang bantuan itu untuk menampung lain-lain keperluan anak ketiga, Nor Hanisa yang sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
"Ini kerana pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang diperolehnya perlu digunakan untuk membayar yuran pengajian dan membeli buku pelajaran," katanya.
Jumahir berkata, mereka ada dikunjungi jiran tetangga yang bersimpati, termasuk menyumbangkan bantuan makanan.
"Saya sering menangis sendirian memikirkan nasib ini, dan saya tidak tahu apa nasib mereka semua sekiranya umur saya tidak panjang nanti," katanya.
Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Jumahir melalui talian 014-5401915.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dpermudahkn urusan. Jarang2 jmpa yg mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar berat nya ujian pakcik ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya
Moga diberi kekuatan & dipermudahkan urusan mereka sekeluaga |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya pakcik ni. yg anak sihat tu sebelum kawen beranak pinak tolong check genetic ya. 4 out of 5, dan maknya sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak Membesar Normal- Isteri, Empat Anak Semua Lumpuh
Dungun – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itu hakikat yang perlu ditanggung seorang suami apabila isteri dan empat anak lelakinya disahkan mengalami lumpuh disebabkan penyakit sendi.
Jumahir Mahsun, 52, dari Felda Kertih 6 di sini berkata, keempat-empat anaknya yang berusia 16 hingga 25 tahun tersebut menghidap penyakit berkenaan sejak berumur setahun.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/29/104812npqccgechik8hguq.png) Foto: Kosmo
“Mereka tidak dapat membesar seperti kanak-kanak normal lain. Anak sulung saya, Ahmad Arif Aiman, 25, hanya terlantar di atas katil.
“Anak kedua, Ahmad Arifin, 23, Ahmad Zainudin, 17, (keempat) dan Ahmad Budiman,16, (bongsu) pula tidak dapat duduk dengan sempurna berikutan masalah sendi kaki dan tangan,” katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.
Jumahir berkata, hanya anak ketiga, Nor Hanisa, 20, hidup sebagai insan normal dan sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.
Lebih memeritkan kata beliau, isterinya, Rohayati Abdullah, 50, juga tiba-tiba disahkan lumpuh dipercayai akibat penyakit sama kira-kira empat tahun lalu.
“Saya tidak boleh bekerja sebagai pengait buah kelapa sawit sejak isteri sakit kerana dia dan empat anak tidak mampu lagi menguruskan diri dan memerlukan penjagaan rapi,” katanya.
Jumahir berkata, keluarganya kini bergantung harap kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM1,400 sebulan.
Tambahnya, kebanyakan wang bantuan tersebut digunakan untuk membeli keperluan isteri dan empat anaknya.
“Anak ketiga saya (Nor Hanisa) pula perlu berjimat-cermat dengan menggunakan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
“Saya berdoa agar dipanjangkan umur dan terus diberi kesihatan kerana tidak dapat membayangkan siapa akan menjaga isteri dan anak-anak jika saya sudah tiada nanti,” katanya.
Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan bantuan menerusi akaun bank Rohayati bernombor 11116-29-00012568-1 (Bank Simpanan Nasional) atau menghubunginya di talian 014-5401915. -CARI
Sumber: Kosmo Online |
|
|
|
|
|
|
|
Saya berdoa agar dipanjangkan umur dan terus diberi kesihatan
Teruskan berdoa ya bang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Siannya.. ape nak jd family mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesemua anak2 lelaki dia sakit yg sama.
Aku rasa if anak pompuan dia kawin, ada anak lelaki pun akn alami penyakit yg sama.
Tp, apa2 pun aku kesian kt anak pompuan dia sb semua ni akn jd tanggungjawab dia nnt.
|
|
|
|
|
|
|
|
Penyakit keturunan rasanya. Yg anak pompuan kesian takut pembawa pd cucu2 pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar, besarnya dugaan pak cik ni..org mcm ni jkm dan pusat zakat patut bantu berterusan.Layak mendapat bantuan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya anaknya yg normal tu,dlm kes khas mcm ni selayaknya anak tu mendapat bantuan biasiswa bukan pinjaman utk belajar.Supaya dia tidak menanggung hutang nanti dan sedikit sbyk dapat bantu pula ayah dan adik beradik nya.Sis redha klu duit cukai kerajaan diberikan kpd org2 mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
puan_rohayu replied at 29-12-2021 01:24 PM
Kesiannya anaknya yg normal tu,dlm kes khas mcm ni selayaknya anak tu mendapat bantuan biasiswa buka ...
Pusat zakat la kena biaya pendidikan dia..
Tp aku kesian nnt dgn arah tuju hidup dia, dah sah2 abang2 n adik dia jd tanggungjawab dia sorg nnt...manank keje mana nk jaga diorg dgn gaji yg tak seberapa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg tuan punya no account tu pakcik ni ker? I nak transfer tp lepas dpt confirmation tu no acc pakcik yg baik ni |
|
|
|
|
|
|
|
dulu anak2 pelakon meor hashim ada anak2 macam ni.
tapi sakit myopathy katanye. Dah dewasa dah anak2 dia. Bagus kalau orang ni tanya dia mcm mana nak handle keadaan mcm ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 29-12-2021 01:30 PM
Pusat zakat la kena biaya pendidikan dia..
Tp aku kesian nnt dgn arah tuju hidup dia, dah sah2 aba ...
Dlm kes mcm ni sepatutnya anak2 nya yg sakit di bawah jagaan jkm.Kalau luar negara kes special mcm ni kerajaan yg ambil tanggungjawab atas anak2 ini,negara2 maju walaupun org kaya dikenakan cukai yg tinggi tetapi duit pembayar cukai tu dikembalikan semula dlm bentuk penjagaan kebajikan dan kesihatan dgn telus jadi xla org pertikaikan mana perginya duit yg banyak2 tu.
Untuk meletak sepenuhnya tanggungjawab kpd anak perempuan yg normal tu mmg x wajar kerana dia jg berhak untuk mencari kehidupan dan kebahagian nya sendiri melainkan dia rela untuk berkorban. |
|
|
|
|
|
|
|
baru je sembang dgn kwn cikgu..i try relate lah ye.
ada kes sekolah refer kat jkm
tapi JKM pun bukan nak buat keje, patut dia yg cari ...ini tidak ada kes yg sepatutnya kita rasa tangunjwb jkm utk ambil alih tapi jkm buat kita yg responsible dari report hingga selesai tugas
|
|
|
|
|
|
|
|
Meiizu replied at 29-12-2021 02:09 PM
baru je sembang dgn kwn cikgu..i try relate lah ye.
ada kes sekolah refer kat jkm
tapi JKM pun bu ...
Yeap. Jika laporan dari sekolah, memang ko la urus from A-Z. Termasuk atur appointment dengan hospital untuk check pelajar tu OKU ka idok. Sampai selesai @ sampai pelajar tu disahkan OKU dan dapat kad OKU. |
|
|
|
|
|
|
| |
|