CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat China Rela Mati Dari Kebulur Dikurung

29-12-2021 08:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1408| Komen: 2

Penduduk di bandar Xian yang ketika ini menjalani perintah berkurung susulan penularan jangkitan Covid-19 mendakwa bekalan makanan mereka semakin menyusut dan pendekatan dilaksanakan menambah penderitaan mereka.


Penduduk di bandar itu dikenakan sekatan paling ketat, menyaksikan mereka hanya dibenarkan keluar rumah setiap tiga hari untuk membeli stok makanan, selain tidak dibenarkan memandu kenderaan untuk tujuan bukan kecemasan.


Kredit foto: The Guardian

Kebanyakan penduduk menggunakan media sosial Weibo untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perintah berkurung yang dilaksanakan, lapor AFP.


“Saya hampir mati kebuluran. Bekalan makanan saya sudah habis dan saya tidak dibenarkan keluar.

“Tidak guna kurung penduduk jika bekalan makanan tidak disediakan, baik kami mati akibat Covid-19,” kata seorang penduduk.

Namun, pihak berkuasa di bandar itu memberi jaminan bekalan makanan adalah stabil biarpun sekatan ketat dilakukan.


Kredit foto: Reuters

Selain itu, bandar berhampiran Xian iaitu Ya’an turut terkena tempias apabila ratusan ribu penduduknya diarahkan duduk di rumah.

Pihak berkuasa kesihatan Xi’an mendirikan 4,400 tapak untuk melakukan ujian Covid-19 dengan lebih 100,000 petugas kesihatan dikerah untuk membantu penduduk. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cik_jantung 29-12-2021 08:49 AM
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 08:52 AM

...........
Quote BartholomewKuma 29-12-2021 08:56 AM
whoi lahanat cari, pemalas hang buat kerja na lahanat. benda dah ada hang pi taruk lagi buat apa? kalau kami kami forumer besa ni mau kami kena potong kredit la delet la pa lanciau la. hang tak dak maruah ka apa ka ni? ni bukan sekali aku dok baca orang dok komen pasai hang ni. banyak kali sangat dah. yang si @admin6 pun boleh buat bodo ja ka benda2 lagu ni admin? hang pun tadak maruah jugak ka? forumer kena tindas hang pi mana? hang harap editor ka selama ni hat dok pi naikkan rating cari hari2 ? akai letak mana admin?



ni tred asai ni ha


https://b.cari.com.my/forum.php? ... &highlight=xian


Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.034536 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top