Penduduk di bandar Xian yang ketika ini menjalani perintah berkurung susulan penularan jangkitan Covid-19 mendakwa bekalan makanan mereka semakin menyusut dan pendekatan dilaksanakan menambah penderitaan mereka.
Penduduk di bandar itu dikenakan sekatan paling ketat, menyaksikan mereka hanya dibenarkan keluar rumah setiap tiga hari untuk membeli stok makanan, selain tidak dibenarkan memandu kenderaan untuk tujuan bukan kecemasan.
Kredit foto: The Guardian
Kebanyakan penduduk menggunakan media sosial Weibo untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perintah berkurung yang dilaksanakan, lapor AFP.
“Saya hampir mati kebuluran. Bekalan makanan saya sudah habis dan saya tidak dibenarkan keluar.
“Tidak guna kurung penduduk jika bekalan makanan tidak disediakan, baik kami mati akibat Covid-19,” kata seorang penduduk.
Namun, pihak berkuasa di bandar itu memberi jaminan bekalan makanan adalah stabil biarpun sekatan ketat dilakukan.
Kredit foto: Reuters
Selain itu, bandar berhampiran Xian iaitu Ya’an turut terkena tempias apabila ratusan ribu penduduknya diarahkan duduk di rumah.
Pihak berkuasa kesihatan Xi’an mendirikan 4,400 tapak untuk melakukan ujian Covid-19 dengan lebih 100,000 petugas kesihatan dikerah untuk membantu penduduk.
Sumber: Utusan |