CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Adakah Hina Nabi Muhammad Satu Kebebasan Bersuara?" Putin

27-12-2021 04:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4261| Komen: 28

Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan tindakan sesetengah pihak yang menyifatkan menghina Nabi Muhammad SAW sebagai satu bentuk kebebasan bersuara adalah salah dan tidak sepatutnya berlaku.


Lapor TASS, Putin menjelaskan tindakan itu sebenarnya mencabuli dasar kebebasan beragama dan menggores hati umat Islam di seluruh dunia.


Kredit foto: AFP

“Menghina Nabi Muhammad? Apakah ini perlu dilihat sebagai kebebasan bersuara? Saya tidak rasa ini perkara yang betul.

“Ini jelas melanggar kebebasan beragama dan amat melukai hati orang Islam di seluruh dunia,” katanya seperti yang dipetik agensi berita Anadolu.


Sebaliknya, Putin menyatakan penghinaan tersebut hanya menambah dan menghidupkan semangat ekstremisme yang lebih mendalam.

Beliau memberi contoh, serangan keganasan yang berlaku di pejabat penerbitan majalah satira Perancis, Charlie Hebdo yang mengeluarkan karikatur menghina Nabi Muhammad.

Putin menegaskan, kebebasan bersuara mempunyai batasan dan setiap individu tidak boleh melanggar kebebasan orang lain.

“Rusia sudah berkembang menjadi negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan bangsa.

“Sehubungan itu, kami tidak mempunyai masalah untuk saling menghormati antara satu sama lain biarpun berbeza agama,” ujarnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pasa 27-12-2021 05:04 PM
putin pun sedar umat islam tak kan hina nabi jesus, moses, solomon sampai la adam.
Quote dubuk 27-12-2021 05:16 PM
kalau solomon anak suhaimi saad nasib laa
Quote Artemesiaa 27-12-2021 05:32 PM
Syabas abam Putin
Quote mbhcsf 27-12-2021 05:57 PM
Baguslah sekiranya anda berpandangan sedemikian.
Quote djzara81 27-12-2021 06:47 PM
Deep respect for Putin!
Quote asfaz 27-12-2021 06:50 PM
dubuk replied at 27-12-2021 05:16 PM
kalau solomon anak suhaimi saad nasib laa


Quote Belibis 27-12-2021 08:05 PM
Hebat abam puting..eh putin..
Quote TeropongThaico 27-12-2021 09:11 PM
Syukur..
Tq so much
Quote buapakperut 27-12-2021 09:12 PM
Way tasangka ya abam Putin berfikiran begitu
Quote namr 27-12-2021 09:33 PM
i lap u abam puting
Quote kakikuDibibirmu 27-12-2021 10:16 PM
Memang best main puting
Quote tikusmontok 27-12-2021 10:58 PM
Belibis replied at 27-12-2021 08:05 PM
Hebat abam puting..eh putin..

Semoga abam putim diberi hidayah
Quote stingerGV8 27-12-2021 10:59 PM
Putin for next nobel prize winner..

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote AbukRokok 28-12-2021 12:29 AM
adakah atok puting imam mahdi yg ditunggu2?
atau hanya imam pelesu ?
Quote pengecatbintang 28-12-2021 12:43 AM
Edited by pengecatbintang at 28-12-2021 12:48 AM

hadith Nabi Muhammad SAW

Kamu sekalian akan berdamai dengan orang-orang Rom dengan perdamaian yang sentosa dan kamu bersama mereka akan mengalahkan musuh yang ada di belakang mereka, lalu kamu selamat dan mendapat harta rampasan perang.

Kemudian kamu singgah di suatu padang rumput yang berbukit-bukit. Tiba-tiba bangkitlah seorang lelaki Rom lalu mengangkat salib seraya berkata, “Salib lebih unggul.” Lalu dihampirilah dia oleh seorang lelaki dari kaum Muslimin lalu dibunuhnya.

Mulai saat itulah orang-orang Rom berkhianat dan terjadilah peperangan-peperangan sengit. Mereka menghimpun kekuatan menyerang kamu sekalian lalu datanglah mereka kepadamu dengan lapan puluh bendera setiap bendera disertai dua belas ribu orang (tentera).” – (HR Imam Ahmad)

ikut hadith ni : orang Islam akan berdamai dengan Rome

kalo ikut Ustaz Badlishah Alaudin, Ustaz Auni dan Ibnu Rijal - Rome tu Russia

mgkn perang dalam hadith di atas adalah Armageddon di Israel..
kalo perang tu berlaku di Israel.. adakah musuh dibelakang tu Israel

kalo ikut bible, selepas Sg Furat kering.. x lama lepas tu Armageddon

dalam Islam... ada hadith Nabi Muhammad SAW yg bgtau bila Sg Furat kering, sebongkah gunung emas akan muncul..
Putin dilantik jadi Presiden Russia till 2036..

adakah Armageddon itu akan berlaku bila bila antara 2025 ke 2036



Quote mawarika 28-12-2021 02:19 AM
pengecatbintang replied at 28-12-2021 12:43 AM
hadith Nabi Muhammad SAW

“Kamu sekalian akan berdamai dengan orang-orang Rom dengan perdamaian yan ...

Menarikkk
Quote Timortimur 28-12-2021 07:25 AM
Tq abam Putin
Quote Shazid 28-12-2021 07:28 AM
Terbaik!!!
Quote axl_bach 28-12-2021 07:32 AM
Statement Putin ni btol,  dan xder alasan utk menghina mana2 agama sekalipun,  sbb mmg dlm Islam dah diajar utk kita tidak mencemuh sembahan agama lain.

Tp dlm isu si Charle Hebdo tu,  at least dorg tu x selective,  abis semua agama dorg make joke dan troll.... Bukan bermaksud aku setuju dgn tindakan dorg sbb dah sah2 menyalahi ajaran Islam,  tp dorg praktis norma negara dorg....

Yg celaka ni agama lain x dihina,  tp Islam saja yg jadi sasaran

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.057231 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top