Seorang pengurus Masjid Al-Muslim diancam dengan parang oleh dua pemuda di Medan, Sumatera Utara.
Kejadian berlaku kerana pengurus masjid tersebut didakwa menukar kata laluan WiFi di masjid berkenaan. Ketika kejadian, dua pemuda tersebut mengejar pengurus berkenaan dengan parang dan aksi mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di masjid tersebut. Jurucakap polis, Rona Tambunan memaklumkan, pihaknya sudah menerima laporan mengenai kes tersebut. Katanya, insiden itu hanyalah disebabkan oleh salah faham antara mangsa dan pelaku.
“Polis sudah menahan dua suspek yang mengejar mangsa dengan parang dan berdasarkan siasatan, tiada kekerasan berlaku antara mereka. “Pelaku berang kerana tidak dapat menggunakan internet selepas kata laluan WiFi di masjid tersebut ditukar dan mangsa yang didakwa menukarnya,” katanya. Sumber: Utusan
|
Friska: Masjid Al-Muslim di Jalan Pelita IV Kota Medan ini, tepatnya di Gang Muslim. Udah pernah ke sini saya
CiliPadiSedap replied at 27-12-2021 11:40 AM
friska jangan bawa parang pula kalau tak dapat giliran bermalam dengan suami jusa c minus. mohon b ...
CiliPadiSedap replied at 27-12-2021 07:40 PM
friska jangan bawa parang pula kalau tak dapat giliran bermalam dengan suami jusa c minus. mohon b ...
berdasarkan siasatan, tiada kekerasan berlaku antara mereka
ADVERTISEMENT