CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Elok Ambil Water Jet Tu Sembur Otak Kau!" -DS Rina Harun Dituduh Main Wayang, Cuci Simen Bersih Buat Apa?

27-12-2021 01:21 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 10249| Komen: 67|Original author: Oleh: Saiful

Kecoh jadinya bila tular video video Datuk Seri Rina Mohd Harun membersihkan sebuah sekolah di Sepang, Selangor pada Ahad baru-baru ini.

Rakaman tersebut menyaksikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menggunakan water jet membersihkan simen yang didakwa sudah bersih.

Di Twitter, netizen hentam habis-habisan!


Foto: Twitter

"Rina, Kau cuci apa tu, situ lumpur semua orang dah bersihkan apa lagi yang kau buat? Elok ambil water jet tu sembur otak kau!"



Bukan itu sahaja, rakaman tersebut juga menyaksikan ramai jurugambar dan juruvideo mengelilinginya.

Disebabkan itu Datuk Seri Rina dituduh hanya bermain wayang sahaja.




Tambahan pula pakaiannya langsung tak tercalit lumpur pun.

Malah ada yang bertrima kasih kepada penyebar video tersebut kerana dapat menunjukkan realiti sebenar dan membolehkan rakyat menilai sendiri kredibiliti menteri Malaysia.





Susulan video tular tersebut, JKM tampil mempertahankan Rina.

"JKM terpanggil untuk menjawab isu tular yang mendakwa Datuk Seri Rina hanya 'berposing' mencuci simen bersih di sebuah sekolah.

"Sebaliknya JKM sebagai jabatan yang menguruskan operasi ini memohon kesudian menteri untuk mencuci kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan pihak sekolah sukar dicucikan sebelum ini.

"Memandangkan peralatan 'waterjet' sedia ada di lokasi pembersihan, Datuk Seri Rina tidak menolak pelawaan JKM dan beliau melakukan kerja itu dengan dada lapang dan hati terbuka.

Tambah JKM, Rina turut mengemas bilik darjah, menyapu lantai dan tingkap bilik darjah, menyusun atur meja dan kerusi pelajar supaya keadaan kembali seperti sedia kala berikutan sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi.

"Datuk Seri Rina turut mengemas khemah-khemah yang digunakan oleh mangsa banjir untuk simpanan bagi kegunaan akan datang."

Malah menurut JKM ianya tidak adil untuk netizen membuat tohmahan dan memperlekehkan usaha serta pembabitan beliau dalam operasi pembersihan ini.

Apa pendapat anda? -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dubuk 27-12-2021 01:30 PM
aku rasa rina ni rambut dia mesti perang
Quote tumpanglalu74 27-12-2021 01:39 PM
B068DC58-561B-452B-BC52-3A2710BE58A8.jpg
Quote chacon 27-12-2021 01:44 PM
sakit perut woi tengok wartawan penuh kat depan...HAHAHAHA  lehnat
Quote ChildrenOfBodom 27-12-2021 01:49 PM
Menteri paling failed, pathetic.
Quote Thunderclouds 27-12-2021 01:51 PM
Cuci taik burung pn nk kna hangkut press
Quote kucingitam 27-12-2021 01:54 PM
apa kebenda cuci taik cicak pun susah...kemain mengambinghitamkan pihak sekolah eh jkm
Quote Artemesiaa 27-12-2021 01:55 PM
Banjir kali ni bukan saja memusnahkan banyak harta benda tapi memusnahkan imej diri
Quote Rajawali 27-12-2021 01:58 PM
buang taik cicak dan taik burung lagi penting ye...kata menteri bodoh tersilap operate buang otak
Quote Trumpettt 27-12-2021 01:58 PM
Photographers....10 org? Byk bajet
Quote tripleid 27-12-2021 02:12 PM
Hahaha...pdn muka haritu kutuk sgt waterjet rm1000 kann

[youtube]huS7FwHkO-c[/youtube]
Quote fairiza 27-12-2021 02:22 PM
tripleid replied at 27-12-2021 02:12 PM
Hahaha...pdn muka haritu kutuk sgt waterjet rm1000 kann

Mmg aku ada yg rm300 punya.. xleh pakai lama kene stop sat baru pakai balik, kalau x nanti rosak waterjet ku
Tp iols beli sekadaran utk cuci2 porch kandang kucen bagai so x perlula mahei2 and lasak2
Cuma x sangka berguna weh
Member rumah banjir pinjam
Kalau rosak pun xpe la janji itu yg mampu kita bantu
Quote tripleid 27-12-2021 02:28 PM
fairiza replied at 27-12-2021 02:22 PM
Mmg aku ada yg rm300 punya.. xleh pakai lama kene stop sat baru pakai balik, kalau x nanti rosak w ...

Yup..kalo stakat nak basuh sangkar kucen boleh la guna water jet rege 200-300..tapi kalo dah rumah lumpur sampai buku lali lebih sesuai guna wtrjet  yg enjin disel yg rega 1000 sbb tahan lasak n heavy duty compare dgn yg murah beli kat shopi
Quote fairiza 27-12-2021 02:31 PM
tripleid replied at 27-12-2021 02:28 PM
Yup..kalo stakat nak basuh sangkar kucen boleh la guna water jet rege 200-300..tapi kalo dah rumah ...

Ye patut sblm nak kecam2 depa ni patut hadam dulu
Check dulu sat g termalu sendiri. Aku dok kondem2 gak la area banjir ni.. laju je laki aku cepuk aku
Dia ckp cuba pikir dulu sblm ckp hahahah asik nak negative jeeee.
Quote tupai 27-12-2021 03:07 PM
Patut ambik water jet tu sembur si yb bongok ni skali..menyemak je…apsal la die x hanyut dgn air banjir skali
Quote merrissa 27-12-2021 03:08 PM
Trumpettt replied at 27-12-2021 01:58 PM
Photographers....10 org? Byk bajet

nt dia ckp.....sukarelawan je tu AHAHHAHA
Quote merrissa 27-12-2021 03:11 PM
yola kannn nama pon YB gaji puluh riban...kt rumah pon tahik cicak org gaji yg cuci kan
tak layakkk la dia nk bersih2kan semua tu..berlakon jela yg boleh kotttt
Quote merrissa 27-12-2021 03:12 PM
tripleid replied at 27-12-2021 02:28 PM
Yup..kalo stakat nak basuh sangkar kucen boleh la guna water jet rege 200-300..tapi kalo dah rumah ...

jenama apa yg best?...nk guna utk cuci tahi burung shja
Quote green~tea 27-12-2021 03:13 PM
tumpanglalu74 replied at 27-12-2021 01:39 PM

Tak jauh ngn muka skang.. sheols ada buat lazer ke kat muka, sbb jeragat bertempek tu tetiba dah menghilang
Quote dua_chzy 27-12-2021 03:13 PM
RH ni is officially one of the most hated muntris kat tanahair.

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.089739 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top