CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cacat Seumur Hidup, Wanita Kahwini Penyimbah Asid Lepas Cair Dengan Pujuk Rayu

27-12-2021 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4338| Komen: 38

Seorang wanita di Turki mengejutkan keluarganya apabila berkahwin dengan bekas teman lelaki yang menyebabkan wajahnya cacat seumur hidup.



Kredit foto: Newsflash

Berfin Ozek, 20, hilang wajah aslinya dan hanya dapat melihat 30 peratus selepas diserang Casim Ozan Celtik, 23, dengan asid pada 2019 disebabkan berang hubungan mereka berakhir.


Kredit foto: Newsflash


Insiden itu dilapor kepada polis dan keluarga Berfin menuntut pembelaan hingga mahkamah daerah Iskenderun memutuskan hukuman penjara 13 tahun dan enam bulan ke atas Celtik.

Namun, rayuan kemaafan berterusan Celtik selain janji untuk terus menyintai Berfin akhirnya membuka hati wanita itu untuk menerimanya kembali.


Kredit foto: Newsflash

Berfin bahkan memaklumkan kepada polis untuk menarik kembali aduannya dengan alasan, "saya sangat mencintainya dan dia juga mencintai saya."

Celtik dibebaskan lebih awal berikutan perubahan undang-undang, yang ditambah pertukaran dibawa pandemik Covid-19.


Kredit foto: Newsflash

Sejurus pembebasan, dia terus melamar kekasihnya dan pasangan berkenaan berkahwin pada awal bulan ini tetapi pernikahan itu mengecewakan keluarga Berfin.


Kredit foto: Newsflash

Bapa Berfin, Yasar Ozek berkata, anaknya berkahwin tanpa pengetahuan mereka.

"Saya berjuang untuknya selama bertahun-tahun dan kini semuanya sia-sia," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 27-12-2021 12:13 PM
betul la tu cakap bapak pompuan ni memang sia2 belaka..cpat nau cair dengan ayat2 penjenayah..tu time belum kawen, ni da kawen tah2 boleh ken bunuh kalau si laki ni x puas ati ngan bini dia..
Quote hasniey 27-12-2021 12:16 PM
Esok2 kene bantai dgn laki jgn sibuk nk menangis cari mak bpk
Quote jazaa100 27-12-2021 12:17 PM
Cinta itu buta. ....
Quote KamikuP 27-12-2021 12:24 PM
Buta kerna cinta
Quote Aikiko 27-12-2021 12:43 PM
Aje keje giler, sblum nikah hilang muka selepas kawen hilang nyawa
Quote Aikiko 27-12-2021 12:44 PM
N lagi satu orang2 turki ni mmg menikah cara gini je eik (sivil) .....tak pakai tok kadi tapi still muslim
Quote prince_marhaen 27-12-2021 12:48 PM
tengok gaya zantan itu mesti cikki ni taknak lepaskan ciknek laki beliau...walaupun muka dah runtuh... cikki tetap teringat... haa gittew...dia punya bodoh kemain pekat ye.
Quote Kurex 27-12-2021 01:32 PM
helok lakinya... sian mak bapak kau pompuan turki, berjuang bagai nak rak utk keadilan kau, sekali kau bodoh2 gitu jah terima laki tu balik...
Quote slavehunter 27-12-2021 01:35 PM
Sekarang every Saturday 2pm ada cerita Turkey series kat Tv3, boleh pulak lepas kena culik dengan Kidnapper dia sekarang jatuh cinta pulak.  
Quote umbut 27-12-2021 01:37 PM
Maybe dia rasa dah xda org nak dia ngan muka camtu..haaa ko hadap muka scary aku tiap hari
Quote Jitu 27-12-2021 01:45 PM
bodohnya pompuan ni
lelaki tu sbb nak bebas dr kena hukuman tu yg kekonon pujuk sayang bagai
tp mungkin jugak pompuan ni ada plan rahsia
mungkin dia nak potong anu masa tengah tidur
biar lelaki tu pun menderita jugak

Quote ais_kosong 27-12-2021 01:50 PM
Kau percaya cakap jantan tu dik!!?
Quote Suchi 27-12-2021 04:06 PM
Tak penah caya ngn lelaki bangsa turki ka ereb ke apa.
Tak rasa dorang ni manusia.
Kalau kawen mesti kena ikut ckp dorang n kaki bantai bini.
Iols mmg takleh masuk ngn lelaki hat jenis kena ikut kata dia.
Iols pun tak penah minta izin sesapa nak buat apa pun dlm hidup ni.
Quote alzan 27-12-2021 04:22 PM
selalu jadi kes macam ni.
gaduh laki bini.
keluarga masuk campur.
last2 dia laki bini kong** atas katil juga
Quote TOPwind 27-12-2021 04:23 PM
mamajawie replied at 27-12-2021 12:13 PM
betul la tu cakap bapak pompuan ni memang sia2 belaka..cpat nau cair dengan ayat2 penjenayah..tu tim ...

selalunya ibubapa yg berkorban apa saja utk anak akhir nya makan diri di benci dan dikeji

ada satu kesah single bapa habis duit sampai melarat kerana nak happykan anak akhirnya

dia dibenci krn pada dia larang anak dia kawin dgn pencuri/gangster secara halus

then anak dia kena tipu secara halus dgn pelbagai helah-(sama macm macau scam)

masih juga percaya wpun puluh ribuan RM habis

samalah mcm kes ini

pandai dia nak leps dari di jail
Quote sukacactus 27-12-2021 04:43 PM
Ikut hati, mati
So tunggu je la
Quote mbhcsf 27-12-2021 06:22 PM
slavehunter replied at 27-12-2021 01:35 PM
Sekarang every Saturday 2pm ada cerita Turkey series kat Tv3, boleh pulak lepas kena culik dengan Ki ...

Stockholm syndrome ni  ....jatuh cinte pada bad guy.
Quote mbhcsf 27-12-2021 06:23 PM
kalau jadi ape ape takut jadi macam 'crying 'wolf'effect lah..org  akan cakap see? i told you so...
Quote cheezel 27-12-2021 06:26 PM
Bodonya pmpn ni.
Kau rasa laki tu selera ke nk tgk muka kau lagi?

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.075315 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top