Menjelang hari ulang tahun kelahiran ke-56 pada Isnin, aktor terkenal Bollywood Salman Khan dikejarkan ke Hospital Kamothe di Mumbai selepas dipatuk ular.
Insiden itu berlaku ketika pelakon berkenaan duduk sambil berbual dengan rakan-rakan di rumah ladangnya di Panvel. Bagaimanapun, peminat Salman tidak perlu bimbang kerana pelakon itu kini berada dalam keadaan baik apabila difahamkan dia dipatuk ular yang tidak berbisa.
Selepas enam jam menerima rawatan di hospital, Salman dibenarkan keluar dari hospital dan kini sedang berehat di rumah ladangnya itu. Sumber rapat dengan pelakon itu mendedahkan kepada IndiaToday.in bahawa Salman merancang untuk meraikan hari ulang tahun kelahirannya secara sederhana. Itulah sebabnya Salman turut menjemput beberapa rakan dan ahli keluarga terdekat ke rumah ladang itu.
|
ADVERTISEMENT