CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Tercampak Ke Tengah Pembahagi Jalan Ketika Tunggang Motosikal Lawan Arus

24-12-2021 04:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3926| Komen: 26

Seorang lelaki menemui ajal selepas menunggang motosikal secara melawan arus sehingga dirempuh kereta BMW di Kilometer 219.1 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) di sini, malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa, T. Ruthinthiran, 33, disahkan maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku apabila mangsa yang membawa motosikal jenis Yamaha Nouvo menunggang secara melawan arus dari arah Simpang Ampat menghala ke Seremban.


Kredit foto: Kosmo

“Mangsa menunggang melawan arus di lorong paling kanan dan kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis BMW dari arah Seremban ke Ayer Keroh telah bertembung dengan mangsa.


“Akibat rempuhan itu mangsa tercampak ke tengah pembahagi jalan dan maut di tempat kejadian,” katanya.

Tambahnya, kereta tersebut yang hilang kawalan turut terbabas ke lorong paling kiri.

“Dalam masa sama, sebuah Perodua Myvi yang berada di lorong tengah gagal mengelak kenderaan tersebut dan berlaku pelanggaran kedua.

“Pemandu BMW tersebut mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu Myvi tersebut tidak cedera,” katanya.

Katanya, saksi kejadian dan dua pemandu terbabit dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan.

Ujarnya, mayat mangsa telah dibawa Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen ek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 24-12-2021 04:50 PM
Mabuk ke memang nk bunuh diri. Lorong paling kanan dia bwk motor tu..
Quote Nenolen 24-12-2021 04:51 PM
Memandu lawan arus,  lorong paling kanan…ada niat nak bunuh diri ka…atau mmg ada masalah mental…rest in peace
Quote green~tea 24-12-2021 04:58 PM
Kalo nak bunuh diri tu, boleh tak pilih option yang sure mati & tak menyusahkan orang lain.. jangan involve orang lain yang tiada kaitan in your decision?
Quote che-cikL 24-12-2021 05:02 PM
RIP
Elok lah dia yg buat hal, ni yg dikatakan menempah maut
Quote mejaputih 24-12-2021 05:05 PM
pemandu Myvi tak cedera....sib baik pemandu BMW hanya ringan je cedera...kalau mcm ni nk kira claim insurance kete masing2 ke ek? pdhal salah motor tu..huhu
Quote Artemesiaa 24-12-2021 05:15 PM
Betul2 cari bala dan membahayakan orang lain
Quote helicornia 24-12-2021 05:39 PM
Kurang sorang manusia yg suka melawan arus
Quote Carcosa 25-12-2021 04:05 AM
No RIP for u [em:2:]
Brp ramai ko susahkan org. Nasib baik Beemer tu dgn Myvi tu tak mati sama. Ko sorang2 jelah. Bagus. Bye  [em:2:]
Quote auntyonion 25-12-2021 07:37 AM
Nak mati pn jgnlah menyusahkan org..
Quote sukacactus 25-12-2021 08:11 AM
Don’t rest in peace
Nak bunuh diri, buat la hal sensorang
Ni sampai org lain pun terlibat accident skali (even xmati) mmg sial la
Quote krustykrab 25-12-2021 11:09 AM
Haih lah aney...disbbkan kebodohan ko org kain yg susah...mujur ko yg mampos...tp kesian gak kt mangsa2 yg jahanam kete tu..
Quote kucim 25-12-2021 01:36 PM
Bab2 kematian ni tak nak komen lebih2 sebab kita x tahu kenapa dia bawa melawan arus..mcm2 kemungkinan blh jd...rip kpd mgsa....
Quote tumpanglalu74 25-12-2021 02:14 PM
melak_1640320833.jpg
Quote cheezel 25-12-2021 03:18 PM
Serves you right
Harap lepas ni yg memandu arus semua mati tanpa mencederakan org lain
Quote doubleharmonic 25-12-2021 06:13 PM

motip nak censor noreen tu?



Quote doubleharmonic 25-12-2021 06:34 PM
matchstick replied at 24-12-2021 08:50 AM
Mabuk ke memang nk bunuh diri. Lorong paling kanan dia bwk motor tu..

memang mabuk pon noreen ni yachh


Quote matchstick 25-12-2021 07:07 PM
doubleharmonic replied at 25-12-2021 06:34 PM
memang mabuk pon noreen ni yachh

Noreen tu ape uols..kenapa Nama Noreen ada Di mana2
Quote Cintakapuri 25-12-2021 07:28 PM
matchstick replied at 25-12-2021 07:07 PM
Noreen tu ape uols..kenapa Nama Noreen ada Di mana2

Haah kt benang hanafi or mane tah, noreen jd sebutan. Dhn google tp x jmpa jawaban. Mmg ketinggalan ketapi btoi la i ni
Quote doubleharmonic 25-12-2021 08:29 PM
matchstick replied at 25-12-2021 11:07 AM
Noreen tu ape uols..kenapa Nama Noreen ada Di mana2

noreen tu kata ganti untuk babik kalau chuolss nak guna untuk maki hamun kat porem ni yachh. sebab dah babik sangat yachh noreen gundu  tu dah termakan pork belly kat landon tapi gigih upload kat ig lepastu bila kena hanjeng dengan netizen sendiri meroyan pulak selayaknyalah disamakan jah jadi sinonim dengan babi terus khenss?

[ig]https://www.instagram.com/p/CXgCmhpp1xi/[/ig]

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.068426 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top