CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Curi Kereta Mangsa Banjir Dah Dicekup

24-12-2021 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4298| Komen: 28

Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian cubaan mencuri sebuah kereta jenis Honda City milik seorang mangsa banjir di dalam kawasan bencana di Jalan Persiaran Perusahaan, Seksyen 23 di sini.


Kejadian tersebut ditularkan pemilik akaun Instagram @wangi_by_cinta pada 19 Disember lalu yang mendakwa ketika kejadian suspek mencabut nombor pendaftaran kereta dan telah mengangkut kenderaan tersebut ke atas lori tunda sebelum perbuatannya disedari oleh penduduk tempatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pemilik kenderaan berkenaan meletakkan keretanya di tepi jalan dalam keadaan berkunci pada 18 Disember lalu.


Foto Facebook I Love Kuala Krai


"Namun pada 20 Disember (Isnin) sekitar jam 8.45 malam mangsa mendapati keretanya telah berada di atas lori tunda dengan nombor pendaftaran WCX3048 atas nama Syarikat Sparks Motors Rescue Empire.

"Lori tersebut dipandu seorang lelaki tempatan yang tidak dikenali dan menyuruh mangsa menunda kereta milik isteri mangsa itu ke bengkel," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Arjunaidi berkata, selepas diperiksa, mangsa mendapati suspek telah mencabut bateri kereta dan mematahkan nombor pendaftaran kenderaan bahagian depan serta belakang malah pelekat cukai jalan turut hilang.

Katanya, mangsa telah tampil membuat laporan pada Rabu selepas dihubungi oleh pihak polis susulan hantarannya yang tular di media sosial.

"Tangkapan dibuat ke atas seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun iaitu pemandu lori tunda tersebut dan permohonan reman akan dibuat hari ini manakala siasatan terhadap suspek sedang dijalankan," ujarnya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 24-12-2021 11:26 AM
ada aku baca luahan hati mangsa ni
mmg geram sungguh baca ms tu
org lain tgh musibah,ko sedap2 i towing keter org lain konon owner suruh.rupanya dh mmg niat nk mencuri
Quote cmf_premierleag 24-12-2021 11:28 AM
kwn akak punya keter tersadai kt shell sbb air dh naik jam 3.30ptg....ingatkan pastu surut la kan..skali terus banjir smpi esok hari nya...so mmg dia tinggalkan keter kt situ je
sib baik keter dia pun x kene towing dgn badigol2 yg nak amik kesempatan ni
Quote Thunderclouds 24-12-2021 11:30 AM
Ni namanya musibat ya tuan2
Quote noor2 24-12-2021 11:42 AM
Bangsa apa yg mencuri ni...sakit hati baca
Quote cmf_PariS 24-12-2021 11:44 AM
nampak tulis warga tempatan... hati busuk betul laaaaa
Quote mamajawie 24-12-2021 12:02 PM
eh sialnye la manusia suka amik kesempatan ni..lahanjenggg
Quote Tokeybundle 24-12-2021 12:35 PM
Senangnya hidup kau
Org tgh ditimpa musibah kau plk jd musibat ye
Quote Orix 24-12-2021 12:40 PM
org mcm ni elok sebat jah smpai tak ada punggung
Quote Artemesiaa 24-12-2021 12:45 PM
Baguslah dah kena cekup.  Orang dalam kesusahan lagi nak ambik kesempatan nekad betul.
Quote missyL 24-12-2021 12:49 PM
Ni mmg jenis jahat ke akar umbi
Quote matchstick 24-12-2021 12:58 PM
Jahatnye..elok ko dihanyutkan banjir aje. hidup menyusahkan org
Quote ladybugz 24-12-2021 01:16 PM
oh org mcm ni patutnya di viralkan supaya semua tahu. nampak je tow truck ni terus je hon kuat2 or tangkap je.
Quote zehra2 24-12-2021 01:44 PM
amik kesempatan pulak... kalo dah dasar pencuri
Quote azimodin 24-12-2021 01:47 PM
Hanatnya perangai. Elok la kena tangkap. Harap hakim jatuhkan hukuman paling berat sebab penjenayah kejam pedajal mangsa banjir. Elok dikelar hidup2 dan di mandikan dengan acid je.
Quote Shazid 24-12-2021 02:24 PM
Perangai komunis betul...memang x de hati perut amik kesempatan atas musibah.
Quote bulalof 24-12-2021 02:26 PM
jatuhkan hukuman plg maksimum pd hanat tu.
Quote kucingitam 24-12-2021 02:36 PM
dia tow, lepas tu jual parts... lepas banjir tiber nampak bnyk iklan kat fb nak jual parts kereta, tgk kereta comot2 lumpur.. ni sohih la lepas banjir punya kereta,
Quote auntyonion 24-12-2021 02:38 PM
Tak baik betul..bodoh..
Quote Belibis 24-12-2021 02:45 PM
cmf_PariS: nampak tulis warga tempatan... ...

Melayu..cina..india..satu mesia..

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.062729 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top