CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakar Terkejut, Glasier ‘kiamat’ Di Antartika Mencair Lebih Pantas Dari Jangkaan

23-12-2021 01:20 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 6124| Komen: 42


Kredit foto : WION



NEW ORLEANS – Sejak 2011, kira-kira 3.5 trilion tan bongkah ais di Greenland mencair menyebabkan peningkatan permukaan air laut dunia sebanyak satu sentimeter, sekali gus meningkatkan risiko banjir di seluruh dunia.

Terbaru, sekumpulan pakar glasier memberi amaran berkenaan pencairan glasier Thwaites di Benua Antartika yang dilihat berlaku lebih pantas daripada yang dijangkakan, sepertimana dipetik laman berita The Guardian semalam, lapor Kosmo.

Pakar-pakar tersebut terkejut setelah mendapati bongkah ais Larsen B seluas 3,250 kilometer persegi dan setebal 200 meter di kawasan glasier Thwaites mengambil masa hanya sebulan untuk cair sepenuhnya.

‘’Ia mengejutkan kerana bongkah ais gergasi itu cair begitu sahaja. Ia roboh seperti tembok dan pecah seperti ratusan ribu batu bata,’’ kata salah seorang daripada mereka.




Minggu ini, beberapa saintis mengadakan pertemuan di New Orleans dan memberi amaran bahawa sesuatu yang lebih membimbangkan sedang berlaku di lembangan ais Antartika Barat.

Penyelidikan selama bertahun-tahun oleh pasukan penyelidik Britain dan Amerika Syarikat menunjukkan bahawa retakan dan rekahan besar telah berlaku diatas dan dibawah glasier Thwaites, salah satu glasier terbesar di dunia.

Sebahagian daripada keretakan itu dikhuatiri runtuh dalam tempoh lima tahun akan datang atau kurang. 

Saiz Thwaites menjadikan Larsen B kelihatan seperti bongkah kecil. Glasier bersaiz kira-kira 100 kali ganda lebih besar dari negara Britain itu mengandungi isipadu air yang cukup untuk menyebabkan paras air laut dunia meningkat lebih setengah meter. 



Ia menyumbang kira-kira 4 peratus kenaikan paras laut tahunan di seluruh dunia dan telah dipanggil glasier paling penting dunia, termasuk ‘glasier kiamat.’ Kajian satelit menunjukkan glasier itu  mencair jauh lebih cepat daripada yang berlaku pada tahun 1990-an.  


Beberapa tahun lalu, Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS) telah menyiarkan hasil kajian Scott A. Kulp, dari Universiti Rutgers Amerika Syarikat tentang bandar utama di Malaysia yang mungkin akan tenggelam pada tahun 2050. 

Dalam kajian itu, Alor Setar dijangka akan menjadi sebuah pulau, sepanjang kawasan Parit Buntar hingga ke Taiping tidak kelihatan, Lebuhraya Utara-Selatan tenggelam, Bagan Datoh, Teluk Intan, & Kuala Selangor lenyap, Port Klang tenggelam, Shah Alam menggecil, KLIA bertempat di sebelah pantai" dan beberapa kawasan lagi turut tenggelam. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jajahoney 23-12-2021 01:28 PM
agaknya sebab ni banjir besar berlaku diluar janga,.paras air laut makin naik.ribut dan taburan hujan lebih banyak dari biasa  
Quote bottombikini 23-12-2021 01:35 PM
kesian teddy
Quote Mopiko 23-12-2021 01:36 PM
kalau kutub cair bukan je air laut naik tapi silap2 magnet bumi pun mula hilang. jadi cuba bayang kalau bumi berpusing lebih cepat dari biasa apa akan jadi. tengok gaya macam tak sempat 2050 je..
Quote cmf_PariS 23-12-2021 01:46 PM
alahail.. ok ni seram
Quote Buritan 23-12-2021 03:14 PM
Ok jum tebang pokok lgg.. tebang srmua
Quote namr 23-12-2021 03:30 PM
Silap2 2030 tenggelam abis dah
Quote tukul 23-12-2021 03:35 PM
5-10 years.... macamana lah ye
Quote copy_paste 23-12-2021 03:44 PM
kesian beruang,kena lari kat tengah2 antartika pulak
Quote alongweeda 23-12-2021 03:47 PM
takut nk membayangkan....
Quote Shazid 23-12-2021 03:48 PM
Sikit2 benda akan beri kesan.....
Quote Simunggu 23-12-2021 03:51 PM
1cm naik?...baik kau simpan bodoh kau....itu pun mau kecoh...
Quote wak_pijah 23-12-2021 03:56 PM
Mopiko replied at 23-12-2021 01:36 PM
kalau kutub cair bukan je air laut naik tapi silap2 magnet bumi pun mula hilang. jadi cuba bayang ka ...

Suka tgk channel dan yg berkaitan. Byk benda yg diorang imagine tp tak mustahil akan berlaku
[youtube]EZV_1cSSD-c[/youtube]
Quote adm7 23-12-2021 04:01 PM
Kapitalis2 bangsat ni akan terima juga balasan nanti
Quote kotakominami 23-12-2021 04:50 PM
Sebab tu billionaire mcm elon musk, jeff bezo dah prepare explore marikh ..diorang pon dah tahu bumi ni tak lame dah....
Quote 3480 23-12-2021 05:24 PM
Teringat movie ice age
Quote umbut 23-12-2021 09:17 PM
Tulahhh.. pak cil elon nak buat program ke marikh korang kata merepek meraban.. akan dtg mana tau kita kena dok planet lain sebab bumi dah jahanam.. done tgk citer hollywood.. yg penting ada permulaan.. nak harap meleis
Quote mbhcsf 23-12-2021 09:55 PM
hmmm...greenhouse effects lah ni, dah mencair dah kan.
Quote makadek 23-12-2021 10:40 PM
Bila jadi camni mmg dunia ni sgt kecik
Dulu aku kagum kwn aku dpt p tgk arora
Kat iceland ...bg aku dh hujung dunia dia pi
Mcm ada perasaan aneh sgt .

Tp bila dh jd camni rasa cairan tu semakin hampir tgk je lah tmpt kita tenggelam
Aku seramlah
Quote makadek 23-12-2021 10:42 PM
kotakominami replied at 23-12-2021 04:50 PM
Sebab tu billionaire mcm elon musk, jeff bezo dah prepare explore marikh ..diorang pon dah tahu bumi ...

Bih kita semua nk pindah sana nek apa
Tak kan elon tu ala2 nabi nuh versi hari ni

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.132126 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top