Catriona Ross kecewa sungguh dengan segelintir media yang didakwa sebagi biadab. Ini susulan sebuah video yang mengarahkan mangsa banjir untuk berlakon di depan kamera sewaktu mengambil gambar rumahnya yang musnah akibat banjir.
Difahamkan, mangsa banjir, Ruhana Mahfodz kelihatan sugul melihat kediamannya hanya tinggal tangga sahaja dalam kejadian banjir di Hulu Langat. Apa yang mengecewakan, ada suara media yang menyuruh wanita berkenaan untuk panjat tangga terseut sebagai modal mendapat foto yang baik. "Tarik baju belakang tu. Sentuh-sentuh sikit kak. Panjat sikit. Naik atas," arah seorang individu dipercayai petugas media. Ramai yang mendakwa ia adalah wartawan Kosmo namun pihak tersebut menafikannya.
|
"Suara yang anda dengar memberi arahan bukan wartawan kosmo!" jelas Kosmo.
ADVERTISEMENT