Oleh Adib Za Jika baru-baru ini CNN meletakkan Malaysia di tangga ke-6 sebagai destinasi makanan terbaik di dunia, nampaknya cef bertaraf antarabangsa, Chef Wan telah bangkit melontarkan pendapatnya.
Tidak bersetuju dengan kedudukan yang diberikan oleh CNN itu, Chef Wan berkata, "Pilihan 5 terbaik bagi saya ialah, tempat pertama, Malaysia, seterusnya Itali, Thailand, Jepun dan India," ujarnya melalui Astro Awani. Bukan bertindak bias mahupun berat sebelah, Chef Wan memiliki alasan yang tersendiri, "Mengapa Malaysia? Saya melihat makanan itu sebagai variasi dan juga rencah yang mencerminkan sesuatu budaya, sebab itu Malaysia seharusnya berada di tangga terbaik dunia!" Dalam pada itu, Chef Wan menyelar pemilihan negara Filipina yang jauh di atas Malaysia (tangga kedua) kerana menurutnya negara itu menawarkan makanan yang paling teruk di Asia.
"Filipina terkenal sebagai makanan yang paling teruk di Asia, anda boleh bertanyakan kepada mana-mana cef dan mereka akan memberitahu bahawa saya betul," terang Chef Wan lagi. Sememangnya, Malaysia harus menduduki carta tertinggi bukan kerana bersikap bias namun kombinasi budaya dan adat resam di Malaysia begitu unik, sehingga menghasilkan makanan yang bervariasi dan kaya dengan rasa. Kombinasi masakan Melayu, Cina, India dan juga etnik di Sabah juga Sarawak cukup membuktikan keharmonian yang dimainkan dalam sesuatu destinasi makanan terbaik. Dalam hal ini, dilihat Filipina menduduki tangga yang lebih tinggi, bukan kerana masakan merekalah yang terbaik, namun mereka memiliki rakyat yang paling tinggi sifat patriotik. Lihat sahaja pertandingan nyanyian dan ratu cantik di peringkat dunia. Meskipun, ia bukanlah penyumbang ekonomi terbesar, namun negara itu dan rakyatnya sanggup berhabisan untuk memberikan sokongan padu pada negara mereka dan menaikkan nama negara di mata dunia. Di sini, lambang kecintaan pada negara itu dilihat sangat penting dan lebih utama, dan rakyat negara tersebut ternyata berjaya mengekspresikannya dengan baik serta sempurna. Kita sebagai rakyat Malaysia, cukupkah mengekspresikan rasa cinta itu? Di manakah letaknya tahap patriotik kita kepada negara? Tepuk dada tanyalah hati. - CARI Infonet |
11
Bagus |
11
Marah |
11
Terkejut |
17
Sedih |
15
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dodolgemok replied at 26-6-2015 07:13 AM
Puak2 pilipin ni mmg sentiasa dok depan komputer 24/7 utk vote contest hauk camni sbb tu boleh menan ...
dino replied at 26-6-2015 07:38 AM
aku tgk itu chef filipina yg botak gemuk.... die masak satu menda pun tak terliur....
dodolgemok replied at 26-6-2015 07:41 AM
Tgah waktu klimaks puasa tgok masakan diorang pon xterliur.yucks..
GhostWalking replied at 26-6-2015 07:14 AM
antara hencapannya ummah:
dino replied at 26-6-2015 07:45 AM
makan embrio itik lg
klau thai food ka.... itu klau top tak heran.....
dino replied at 25-6-2015 11:38 PM
aku tgk itu chef filipina yg botak gemuk.... die masak satu menda pun tak terliur....
GhostWalking replied at 26-6-2015 07:53 AM
konsep dia poyo gila siap panggil budak dia "monkey".kejadah sangat aku benci tengok show tu
dodolgemok replied at 25-6-2015 11:47 PM
Abes chep wan dihencap ummah pilipin siap kutuk muka chep wan lgi.kahkahkah...
ADVERTISEMENT