CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasang CCTV Demi Keselamatan Isteri, Sekali Rakam Rahsia Bini Curang

21-12-2021 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3319| Komen: 8

Gara-gara memasang sistem televisyen litar tertutup (CCTV) demi memantau keselamatan isterinya, luluh hati seorang suami apabila mendapat tahu bahawa isteri tercinta curang dengan lelaki lain semasa ketiadaannya, lapor laman berita Berita Hits hari ini.


Lelaki tersebut, Peng Jichang  yang berasal dari bandar Wuhan, China  telah berkahwin dengan isterinya selama lima tahun.



Disebabkan corak pekerjaan Jichang yang sering bertugas di luar kawasan, dia membuat keputusan untuk memasang CCTV bagi memantau keselamatan isterinya dan sebagai menghilangkan rasa rindu.

Pada suatu hari, ketika Jichang memeriksa rakaman CCTV menerusi telefon bimbitnya, dia terkejut melihat isterinya membawa pulang lelaki lain dan melakukan hubungan intim dengan lelaki tersebut di pelbagai sudut di dalam rumah mereka.

Selepas diselidiki, Jichang mendapat tahu bahawa kedua-dua mereka sebenarnya telah mempunyai hubungan sulit selama tujuh tahun, iaitu sebelum dia mengahwini wanita berkenaan.

Disebabkan berasa kecewa, Jichang akhirnya membuat keputusan untuk menceraikan isterinya kerana wanita itu tidak menunjukkan rasa menyesal selepas melakukan perbuatan tersebut.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jahcomel 21-12-2021 12:33 PM
y nih kes bini coooorangggg pulakkkkkk
Quote Artemesiaa 21-12-2021 02:12 PM
Nasib ada cctv sebagai bukti
Quote gideoncross 21-12-2021 11:58 PM
Pompuan jnis camni lah yg buat llaki2 lain tkut nak ada gf, choiiii.
Quote meisapoya 22-12-2021 10:19 AM
Hanafi versi betina
Quote RinIna 22-12-2021 12:45 PM
meisapoya: Hanafi versi betina


Hahahahaha,,, je mampuuuu..
Quote DayangKirana 22-12-2021 01:20 PM
i have a feeling dia memang dah suspish bini curang.
bimbang keselamatan tu alasan jer...
kalau tak, kenapa bini tak sedar ade installed CCTV kan?
those videos proof CCTV tu dipasang without her knowledge...gituuuu..
but, she deserve it..sure kena cerai takde alimony..
Quote nononcrux 22-12-2021 04:04 PM
jahat la tino mcm ni, tak bersyukur laki syg dia buat curang plak..
Quote Suchi 22-12-2021 04:57 PM
Amboi mengeseks di setiap sudut umah, melampau betul.
Mcm sengaja nak tayang kat laki je? Ke dia taktau umah dia ada cctv?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.044041 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top