CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanada Tak Benar Guru Berhijab Mengajar

20-12-2021 02:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3324| Komen: 44

Seorang guru popular, Fatemeh Anvari tidak dibenarkan mengajar di sebuah sekolah di bandar Chelsea, Kanada baru-baru ini kerana beliau memakai hijab yang melanggar undang-undang sekularisme yang diluluskan wilayah Quebec pada 2019.


Undang-undang kontroversi itu melarang semua penjawat awam memakai simbol agama di tempat kerja.

Namun, tindakan tidak membenarkan Fatemah mengajar itu menyebabkan kesukaran dalam kehidupan seharian terutamanya bagi wanita Islam di wilayah tersebut yang mana lebih 70 peratus guru adalah wanita.


Kredit foto: National Post/POSTMEDIA

Fatemeh ketika mengulas tindakan tersebut di sebuah stesen televisyen berkata, beliau tidak mahu mahu caranya berpakaian menjadi perkara peribadi kerana ia tidak akan mendatangkan kebaikan kepada sesiapa pun.

Keputusan untuk tidak membenarkan beliau mengajar dibuat Lembaga Pendidikan kerana wilayah Quebec menerima pakai Rang Undang-undang No. 21 yang melarang pekerja agensi dan kemudahan kerajaan Kanada daripada memakai simbol agama.

Pengetua sekolah itu dilaporkan memberitahu Fatemeh bahawa beliau terpaksa dipindahkan ke jawatan di luar bilik darjah kerana berhijab.

Bagaimanapun, keputusan tidak membenarkan Fatemeh mengajar itu telah menyebabkan protes berlaku d Quebec dan di luar wilayah tersebut.


Kredit foto: CBC

Lebih 100 individu menghadiri perhimpunan di Chelsea selama lebih seminggu bagi memprotes tindakan tidak membenarkan Fatemeh mengajar itu.

Dalam pada itu, Bob Rae iaitu duta Kanada ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, undang-undang itu bertentangan dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote angelofish 20-12-2021 02:49 PM
nampak orang pakai tudung boleh sebabkan orang kristian jatuh murtad ke?bila iman senipis tisu jamban...
Quote dua_chzy 20-12-2021 03:07 PM
angelofish replied at 20-12-2021 02:49 PM
nampak orang pakai tudung boleh sebabkan orang kristian jatuh murtad ke?bila iman senipis tisu jamba ...

Ni bukan undang2 untuk protect umat Kristian masalahnya. Sah2 ummah Kriste pon harom pakai salib, pakai baju Jesus Loves U. Suma staf dilarang pakai simbol agama masing2 katanya. So Sikh pon takleh pakai turban.

Quote mojarean_X 20-12-2021 03:19 PM
Stupid sgt. 2021 pun still ada undang2 lapuk sebegini
Quote Shazid 20-12-2021 03:36 PM
Negara barat ni sebenarnya lebih racist
Quote VioletsAre_Blue 20-12-2021 05:01 PM
Negara barat ni la lantang bersuara penindasan hak asasi dan hak kebebasan wanita, tapi dia bapak segala racist dan bapak segala penindasan
Quote TabletSusu 20-12-2021 06:32 PM
bkn ke kat malaysia ni cikgu2/ustazah2 x dibenarkan pakai niqab ketika mengajar?
Quote naina 20-12-2021 06:37 PM
Diskriminasi sangattt
Quote abangbikerz 20-12-2021 06:50 PM
dah nak islamik sgt awat gigih jgk nak dok canada? migrate ajele ke negara2 isle
Quote ellejo 20-12-2021 06:53 PM
bukan diskriminasi. aku rasa kalo ummah agama lain duk gigih pakai lambang agama dorang pun akan kene benda sama
Quote dani-rox 20-12-2021 07:41 PM
Fair and square lah kan.
Ummah liberal, SJW dan sekular punya undang2 dan ideologi = ko tak bole wish Merry Christmas, cuma ucap Happy Holidays utk inclusive semua bangsa dan agama.
So tak bole pakai hijab/apa2 simbol mana2 agama pun tertakluk dlm pahaman tu jugak.

Apa yg kelakar, ummah liberal yg sama tiberr salin kulit nak jd champion bebas beragama pulekk hahaha Psl tu la ai kenot go dgn ultra liberal, the mental gymnastics that you hv to do...
Quote doubleharmonic 20-12-2021 08:07 PM
noreen            
Quote doubleharmonic 20-12-2021 08:07 PM
see all            
Quote doubleharmonic 20-12-2021 08:09 PM
hazenut              
Quote doubleharmonic 20-12-2021 08:09 PM
melaka            
Quote cicakgemok 20-12-2021 08:39 PM
Kalau human rights kat negara islam cepat je melalak puak2 hanat ni kalau negara sendiri pandai pula nak buat undang2 ikut kepala sendiri. Dasar golongan munafik
Quote musangbodoh 20-12-2021 11:02 PM
her head her choice...tulis kt sepandok tu
Quote krustykrab 20-12-2021 11:19 PM
TabletSusu replied at 20-12-2021 06:32 PM
bkn ke kat malaysia ni cikgu2/ustazah2 x dibenarkan pakai niqab ketika mengajar?

Nk pakai niqab buat pe?
Quote Decaffeinated 20-12-2021 11:21 PM
Dah macam Perancis. asalnya undang2 ni targetted kps christians. Leave your religion at home.

nasiblah skrg muslim dah ada duduk Kanada siapa suruh migrate.

Quote faraway1 20-12-2021 11:40 PM
Still best duduk quebec.

Setiap bulan mak dapat hampir 600 dollars untuk anak... Lepas tu bebudak punya kebaikan terjaga..

So pindah malaysia yea. Cikgu...

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.466295 second(s), 52 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top