Kebiasaannya pertandingan ratu cantik seluruh dunia akan disertai gadis cantik yang masih muda.
Namun, lain pula keadaannya di China apabila satu pertandingan ratu cantik senior dianjurkan beberapa minggu lalu. Pertandingan Ratu Cantik Senior 2021 Beijing ternyata memberi peluang kepada peserta berusia untuk menyertainya. Peserta daripada pelbagai latar belakang yang memperagakan busana di atas pentas sebaik nama setiap daripada mereka diumumkan hos pertandingan.
Sebanyak 12 kumpulan akan dipilih berdasarkan sistem pemarkahan, pada Jumaat. Juri, Chen Juanhong berkata, walaupun terdapat jurang usia antara model senior dan model profesional, namun ada kriteria tertentu yang diutamakan. Peserta dinilai berdasarkan kebolehan mental, gaya hidup sihat selain kefahaman mereka mengenai fesyen. Netizen berkata, pertandingan seumpama itu perlu dianjurkan lebih kerap bagi meningkatkan kualiti hidup golongan berusia. Seorang daripada peserta adalah wanita berusia 82 tahun dan sudah enam kali menyertai pertandingan sedemikian. "Kami tidak lagi muda namun kami tidak perlu hanya terus berada di rumah tanpa sebarang aktiviti," kata seorang peserta seperti dilaporkan Global Times. Sumber: Harian Metro
|
allshares replied at 19-12-2021 11:39 PM
Tibe2 terfikir sorg nenek terleleot pastu terhempap kt nenek lagi sorg pastu jatuh beramai2, mesti a ...
dudaberhias replied at 20-12-2021 04:59 PM
Ok iols nak puji sebab body masing2 masih letopzz yach! walaupun muka nampak sepesen
green~tea replied at 20-12-2021 05:21 PM
Semua kening sebaris template
ADVERTISEMENT