CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 5 Tahun Pandu Kereta Nak Beli Hadiah Adik, Terbabas Ke Ladang Jiran

20-12-2021 02:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2553| Komen: 9

Description: Seorang budak lelaki berusia lima tahun di Ontario, Kanada memandu sebuah kereta milik keluarganya bagi membeli mainan baru untuk adik perempuannya di sebuah kedai, baru-baru ini.
Seorang budak lelaki berusia lima tahun di Ontario, Kanada memandu sebuah kereta milik keluarganya bagi membeli mainan baru untuk adik perempuannya di sebuah kedai, baru-baru ini.


Bagaimanapun, tindakan budak lelaki tersebut menemui kegagalan apabila kereta dipandunya tersangkut di sebuah ladang milik jirannya.

Polis Wilayah Ontario di Frontenac Tengah menerima panggilan pada jam 7.20 pagi baru-baru ini daripada seorang jiran yang melaporkan terdapat sebuah kereta mencurigakan di ladangnya.



Ketika anggota-anggota polis menghampiri kenderaan itu, mereka mendapati terdapat budak lelaki tersebut di tempat duduk pemandu.


Budak tersebut memberitahu anggota polis itu bahawa dia mahu pergi ke sebuah kedai dan membeli traktor mainan merah jambu untuk adiknya.

Kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kemalangan tersebut dan kereta tersebut hanya mengalami kerosakan yang kecil.

Polis kemudian mengesahkan ibu bapa kanak-kanak itu tidak akan menghadapi sebarang tuduhan ekoran kejadian berkenaan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anakmak 20-12-2021 03:38 PM
Bijakkkkk bijakkk!
Tu nak beli hadiah adek ke atau alasan jaaaa
Hehehe
Bagus abang naa
Quote Supersirap 21-12-2021 09:16 AM
Comelnya anak-anak ni
Quote faraway1 21-12-2021 10:34 AM
Edited by faraway1 at 20-12-2021 09:35 PM


Wah untunglah social service tak ambil buat kes.....
Quote Jitu 21-12-2021 03:01 PM
kuat sangat main games ke ni
Quote cik_kuntum36 22-12-2021 11:04 AM
Hebat baru umur 5 tahun da pandai bawak kete...
Quote Artemesiaa 22-12-2021 05:12 PM
Bukan berita pertama pun sebelum ni ada je kes yang lebih kurang sama dilapurkan
Quote sharlenetexas 22-12-2021 05:14 PM
Ingat kereta mainan ke dik oi?
Quote gideoncross 23-12-2021 10:01 AM
Cute plus klakar dlm msa yg sma.
Quote gideoncross 23-12-2021 10:02 AM
Artemesiaa replied at 22-12-2021 05:12 PM
Bukan berita pertama pun sebelum ni ada je kes yang lebih kurang sama dilapurkan

Klau kat YT, this boy dri US plak drive kreta bapak ke atuk bliau, ktanya nak beli Reeses hahahaha. Cute je tpi adalah lnggar kat mna2 postbox.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.047970 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top