CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Mengandung Dengan Suami Dan Dua Anak Kecil Terperangkap, Tinggal Sebungkus Biskut"

20-12-2021 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2080| Komen: 8

Petaling Jaya – Media sosial telah dijadikan sebagai platform bagi mangsa-mangsa banjir yang terperangkap di dalam rumah atau jalan raya untuk meminta bantuan kecemasan daripada pihak tertentu.


Seorang pengguna Facebook, Nurazura Ramli memuat naik status memaklumkan dia dan keluarganya terperangkap di dalam rumah dan tidak dapat untuk bergerak disebabkan paras air yang begitu tinggi.

Gambar Hiasan, Foto: FB

“Satu keluarga terperangkap, saya sedang mengandung bersama suami dan dua anak kecil. Setakat pukul 8 pagi semalam, masih tiada bantuan dan kami telah terperangkap lebih 12 jam.

“Keadaan semakin cemas apabila rumah kami telah terputus bekalan elektrik dan bateri telefon hampir kehabisan selain bekalan makanan yang hanya tinggal sebungkus biskut,” katanya.


Seorang lagi pengguna Facebook, Cik Zira pula meminta bantuan menyelamatkan seorang warga emas yang lumpuh selepas rumahnya dinaiki air.


Foto: FB

“Siapa ada pacuan empat roda atau trak, minta bantuan alihkan mak kawan adik ipar yang lumpuh di Hulu Langat,” ujarnya.

Sementara itu, Zhee Fauziah pula memuat naik status memerlukan bantuan sebuah bot penyelamat untuk ibu bapanya yang terperangkap di dalam rumah yang digenangi air di Taman Sri Muda, Shah Alam.

“Rumah kami dalam paras bahaya, tolong kami,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 20-12-2021 11:31 AM
semoga bertabah....
Quote rosa_canina 20-12-2021 01:43 PM
semoga dipermudahkan segala urusan semua yg terlibat
Quote prettyuglybabe 20-12-2021 02:08 PM
sedih sangat i tengok mereka..
Quote Tokeybundle 20-12-2021 02:12 PM
Sedihnya.moga dipermudahkan segala urusan
Quote Adrif 20-12-2021 02:13 PM
mana menteri-menteri yang selalu update status social media?

diorang cakap apa sewaktu musibah ni?

ke lepas banjir reda baru masing2 berbunyi?
Quote rrgal 20-12-2021 03:15 PM
Semoga diberikan ketabahan dan kekuatan
Quote pyropura 20-12-2021 03:26 PM
Yg.penting DAP dah jatoh, Guanjeng nobita dah takde, Tomi tomas dah arwah, khalid gereja dah berenti. Sukurlah akak oii.
Quote Skuau 20-12-2021 07:13 PM
Edited by Skuau at 20-12-2021 07:18 PM
pyropura replied at 20-12-2021 03:26 PM
Yg.penting DAP dah jatoh, Guanjeng nobita dah takde, Tomi tomas dah arwah, khalid gereja dah berenti ...


Lulu pineng manjir..wa nanges lor..........

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.049921 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top