View: 1575|Reply: 8
|
"Saya Mengandung Dengan Suami Dan Dua Anak Kecil Terperangkap, Tinggal Sebungkus Biskut"
[Copy link]
|
|
Petaling Jaya – Media sosial telah dijadikan sebagai platform bagi mangsa-mangsa banjir yang terperangkap di dalam rumah atau jalan raya untuk meminta bantuan kecemasan daripada pihak tertentu.
Seorang pengguna Facebook, Nurazura Ramli memuat naik status memaklumkan dia dan keluarganya terperangkap di dalam rumah dan tidak dapat untuk bergerak disebabkan paras air yang begitu tinggi.
Gambar Hiasan, Foto: FB
“Satu keluarga terperangkap, saya sedang mengandung bersama suami dan dua anak kecil. Setakat pukul 8 pagi semalam, masih tiada bantuan dan kami telah terperangkap lebih 12 jam.
“Keadaan semakin cemas apabila rumah kami telah terputus bekalan elektrik dan bateri telefon hampir kehabisan selain bekalan makanan yang hanya tinggal sebungkus biskut,” katanya.
Seorang lagi pengguna Facebook, Cik Zira pula meminta bantuan menyelamatkan seorang warga emas yang lumpuh selepas rumahnya dinaiki air.
Foto: FB
“Siapa ada pacuan empat roda atau trak, minta bantuan alihkan mak kawan adik ipar yang lumpuh di Hulu Langat,” ujarnya.
Sementara itu, Zhee Fauziah pula memuat naik status memerlukan bantuan sebuah bot penyelamat untuk ibu bapanya yang terperangkap di dalam rumah yang digenangi air di Taman Sri Muda, Shah Alam.
“Rumah kami dalam paras bahaya, tolong kami,” ujarnya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan segala urusan semua yg terlibat |
|
|
|
|
|
|
|
sedih sangat i tengok mereka..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya.moga dipermudahkan segala urusan |
|
|
|
|
|
|
|
mana menteri-menteri yang selalu update status social media?
diorang cakap apa sewaktu musibah ni?
ke lepas banjir reda baru masing2 berbunyi? |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga diberikan ketabahan dan kekuatan |
|
|
|
|
|
|
|
Yg.penting DAP dah jatoh, Guanjeng nobita dah takde, Tomi tomas dah arwah, khalid gereja dah berenti. Sukurlah akak oii. |
|
|
|
|
|
|
| |
|