CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5 Warga Asing, 9 Lelaki Tempatan Ditahan Kutip Caj Parkir Haram

17-12-2021 06:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3431| Komen: 22

Lima warga asing dan sembilan lelaki tempatan ditahan kerana mengutip caj parkir secara haram dalam Op Parkir Haram di beberapa kawasan di sini pada Rabu dan Khamis.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sariffudin Mohd Salleh berkata, operasi tersebut dijalankan di sekitar kawasan Bukit Bintang, Solaris dan Mont Kiara di sini.


Antara yang ditahan dalam Op Parkir Haram di sekitar Kuala Lumpur pada Rabu dan Khamis. - Foto ihsan JSPT Kuala Lumpur

"Polis berjaya menahan individu yang telah melakukan kesalahan mengutip bayaran parkir kenderaan secara haram dan merampas wang tunai yang diambil darpada pemandu secara paksaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.


Sariffudin berkata, kesemua lelaki yang berusia dalam lingkungan antara 21 hingga 49 tahun itu dibawa ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar untuk siasatan lanjut.

"Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mendesak mana-mana orang lain yang berkenaan dengan penjagaan kenderaan dan jika disabit kesalahan dihukum mengikut Seksyen 119 (2) akta sama," katanya.

Menurut beliau, JSPT Kuala Lumpur akan mempertingkatkan operasi untuk membanteras sepenuhnya aktiviti parkir haram yang menjadi satu bentuk gangguan kepada warga kota.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-2026 0267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran," ujarnya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 17-12-2021 06:44 PM
Kadang ada jgk yg melebih, dahla tetiba mintak duit macam tu tanah keturunan dia, pastu kalau orang taknak bagi duit nanti dia scratch kereta lepas owner kereta blah
Quote Jorja 17-12-2021 06:57 PM
Pernah kena juga masa drive kt kehel dolu. Bila junkie tu minta duit I blur2 coz 1st time pula kena mcm tu. My sis yg hulur huhu
Quote matbad 17-12-2021 06:57 PM
dorang ni berani sgt sbb keja dgn org atau buat kpala bana sndri??
Quote musangbodoh 17-12-2021 07:49 PM
dulu sblm ade pav, ade parking haram situ...mlm tu kena pau 10 inngit...hahaha ingat smpai skrg
Quote jazaa100 17-12-2021 08:13 PM
Klu kat chokit tu perkara biasa.....
Aku dhn bebudak parking tu dah jd baik dah....dorang tlg carikn parking, kekdg suruh aku dok tepi dulu, bila org kuar je, dia bg aku....

Ada sorang mamat kat medan tuanku, nuka hensem, pakaian pun smart je...mgkin baru tetjebak kot....pastu 3-4bln aku x nmpak dia, bila aku tanya pi mana dia kata "berehat" kat dlm....
Masa tu pakaian pun dah comot....
Quote Jukaicot 17-12-2021 10:30 PM
matbad: dorang ni berani sgt sbb keja  ...

Ada yg kerja ngan orang bro.biasa kongsi gelap yenna punya bisnes
Quote ~boolean 18-12-2021 04:08 AM
minta 2-3 ringgit aku ok lagi...tapi ni pau sampai 10 ringgit..jalan depan sikit ja ada menara dbkl, polis bukit aman...tapi lek2 ja haramjadah2 pau bertahun-tahun..
Quote buapakperut 18-12-2021 08:50 AM
dulu2 kakak bawa g kehel , mat pit mintak duit parking singgit. iols tanya watpe bagi, kecik lagi iols. akak iols kata nanti di goresnye kete, iols cakap tapi kete ni memang dah buruk
Quote Mulotkoyak 18-12-2021 12:44 PM
Laaa polis baru tau ke and baru nak tgkp ke? Kenapa aku mmg dah lama tau? Padahal aku org awam je pun. Pernah sekali tuh aku tipu yg jaga parking tu. Ak cakap aku keje DBKL. Terus dia bg masuk parking xyah bayar. Ko ghase???
Quote stingerkaypoh 18-12-2021 01:00 PM
celaka..kl pun banyak...flat rate 10 ringgit.
Quote Normabaru 18-12-2021 04:16 PM
~boolean replied at 18-12-2021 06:08 AM
minta 2-3 ringgit aku ok lagi...tapi ni pau sampai 10 ringgit..jalan depan sikit ja ada menara dbkl, ...

Betul..nk mkn kt RSMY dpn mara jln TAR jln kg baru sume parking tepi jln depa kutip..masalahnya dbkl sume buta ke apa..xronda?kl ni kecik je kot..ko xblh ke buat keje elok2asik mkn rasuah n gaji buta..manalah hati xitam
Quote Normabaru 18-12-2021 04:17 PM
Mulotkoyak replied at 18-12-2021 02:44 PM
Laaa polis baru tau ke and baru nak tgkp ke? Kenapa aku mmg dah lama tau? Padahal aku org awam je pu ...

Seriously dia xbyk Tanya ke..ko ckp macam mana dik..kaka nk try la nnt
Quote Mulotkoyak 18-12-2021 05:26 PM
Normabaru replied at 18-12-2021 04:17 PM
Seriously dia xbyk Tanya ke..ko ckp macam mana dik..kaka nk try la nnt

Ckp je…sejak bile ade buat kutipan kat sini. Akak yg kje dbkl pun xdpt info kawasan ni kne byr. Mesti die mengelabah tetek kak oiii nak jawab. Silap hb die suh geng die cabut lari. Try laaa sy selalu cuba.
Quote Normabaru 18-12-2021 05:31 PM
Mulotkoyak replied at 18-12-2021 07:26 PM
Ckp je…sejak bile ade buat kutipan kat sini. Akak yg kje dbkl pun xdpt info kawasan ni kne byr. M ...

Haha ok nnt kaka cuba.ingt dia minta sticker dbkl..tp idea ko ni mmg bestthanks dik
Quote Kurex 18-12-2021 05:49 PM
Parashit dunia
Quote IbuSinga 19-12-2021 06:58 AM
Pastikan buat rondaan area Bazaria Wangsa Maju ( uptown danau kota) masa bulan puasa nanti. Selalunya mereka akan ramai2 bercambah masa2 tu nanti. Selalu dh terkena
Quote adm7 19-12-2021 07:48 AM
Jangan hamgat2 tahi ayam je. Dbkl kena banyak buat rondaan dan ambil tindakan jugak pada yang letak kira secara haram; atas bahu jalan, tengah jalan, double kereta orang. Jangan setakat saman, patut kunci atau tarik pengguna kereta/motosikal yang degil. Duit kompaun boleh digunakan untuk upgrade jalan raya atau untuk maintenance kebersihan dan kemudahan awam.
Quote mama_cat 19-12-2021 10:48 AM
hahahaha... acah acah buat kerja ka mcm mana? kat kl tu belambak jenis mcm ni... pernah park kat kampung baru, yindon buat kerja, kutip duit parking, 10 rggt kot depa pauuuu... kalau tak bagi, siap la, depa letak kayu bulat bawah kereta, bila jalan ranapp... taktau la sama lagi kat MO depa la ni...
Quote Mulotkoyak 19-12-2021 01:57 PM
Normabaru replied at 18-12-2021 05:31 PM
Haha ok nnt kaka cuba.ingt dia minta sticker dbkl..tp idea ko ni mmg bestthanks dik

Kita slalu kne kak…ckp je kje dbkl or polis mesti die lepas.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.045402 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top