|
SETIA ALAM - Tular sebuah video seorang penghantar makanan Foodpanda mengamuk di hadapan sebuah restoran, dekat sini. Video berdurasi dua minit itu memaparkan pertengkaran antara penghantar makanan tersebut dengan pemilik serta beberapa orang kakitangan sebuah restoran. Melalui rakaman tersebut, penghantar makanan itu marah dan mempersoalkan kenapa dia tidak dibenarkan lepak di restoran berkenaan.
"Kau cakap apa tadi kat aku? kau cakap aku lepak bersembang-sembang, apa masalah aku lepak. Kenapa aku lepak tak boleh ke?" soal penghantar makanan tersebut. Manakala, kakitangan restoran pula memberitahu hanya meminta penghantar tersebut memeriksa nombor pesanan dan jika makanan sudah diterima, penghantar makanan tersebut tidak seharusnya melengah-lengahkan penghantaran. "Suruh check nombor pun bising" "Tak bolehlah nanti customer complain siapa yang kena? Masalahnya kalau lambat customer complain kedai" jawab kakitangan restoran tersebut. Melalui tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pandangan berbeza mengenai isu ini. mhdakrm berkata, "ni lah salah satu masalah rider yang customer tak tau" "Kalau lambat customer complain kedai? biasanya customer complain rider je kalau lambat kan" kata nyelhekall. "Maaf. Bab ni saya bepihak kepada brader rider. Benda simple. Daun tak akan bergoyang jika tiada angin. Lagi satu kalau lambat, rider yang kena. Bukannya kedai. Bila benda tak cukup atau tak sedap baru kedai kena" kata Mobile Legends Komedi pula.
Sehingga kini, video asal dari TikTok yang dikongsi semula di sebuah laman Instagram telah ditonton hampir 19 ribu tontonan sejak dimuatnaik 3 jam lalu. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|