CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saintis Beri Amaran, Matahari Dah Tak Stabil

17-12-2021 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4807| Komen: 25

London – Ahli-ahli astronomi mengeluarkan amaran mengenai keadaan Matahari yang dikatakan kini tidak stabil, lapor laman berita Wion News.

Mereka berkata, keadaan itu berlaku selepas letusan sebutir bintang yang dikenali sebagai Bintang Naga atau EK Draconis. Bintang kerdil itu  terletak pada jarak 110.71 tahun cahaya dari Bumi. Cahaya bergerak pada kelajuan 300,000 kilometer sesaat.

Saintis-saintis sebelum ini menyatakan bahawa suar suria menghamburkan jisim yang mempengaruhi alam sekitar di Bumi.


Foto: Twitter

“Penghamburan  jisim ini secara teori boleh juga berlaku pada Matahari kita. Pemerhatian ini dapat membantu kami untuk lebih memahami bagaimana peristiwa serupa mempengaruhi Bumi, malah Planet Marikh sejak berbilion-bilion tahun lalu,” kata pengarang bersama kajian itu, Yuta Notsu dari Makmal Fizik Atmosfera dan Angkasa Lepas (LASP).


Kajian itu yang diterbitkan dalam jurnal Nature, menunjukkan bahawa bintang merah kerdil jenis M adalah tidak stabil seperti yang disangkakan sebelum ini. Bintang-M merujuk kepada bintang yang banyak terdapat di cakerawala dan bintang paling kecil yang mempunyai bahan bakar hidrogen. Bintang jenis ini biasanya mempunyai jisim sekitar 0.6 kali ganda berbanding jisim Matahari.

Bagaimanapun, matahari kelihatan kurang aktif daripada bintang serupa dari segi variasi kecerahan yang disebabkan oleh tompok matahari dan fenomena lain.

Penyelidik-penyelidik berkenaan berkata kelmarin bahawa mereka melakukan kajian  terhadap 369 bintang yang serupa dengan matahari untuk melihat suhu permukaan, saiz, dan tempoh putarannya. Kajian itu menunjukkan bintang-bintang tersebut secara purata memaparkan perbezaan kecerahan lima kali ganda lebih banyak  daripada Matahari.

Matahari mengambil masa kira-kira 24 hari setengah untuk melengkapkan putaran pada paksinya.

‘’Perubahan kecerahan  ini disebabkan oleh bintik-bintik gelap pada permukaan bintang yang berputar,’’ kata ahli astronomi, Timo Reinhold dari Institut Penyelidikan Sistem Suria Max Planck di Jerman.

Matahari secara ringkasnya adalah sebiji bola panas terdiri daripada gas hidrogen dan helium. Ia adalah bintang bersaiz biasa yang terbentuk lebih 4.5 bilion lalu dan kini dikatakan mencapai separuh usianya.

Matahari mempunyai diameter sekitar 1.4 juta kilometer, manakala suhu permukaannya adalah kira-kira 5,500 darjah Celsius. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 17-12-2021 05:20 PM
adakah...sb tu kt tempat aku langsung x nmpk matahari dr pg sampai la ni....gerimis memanjang...
Quote shark 17-12-2021 05:35 PM
mungkin china dah lama tahu sebab tu buat matahari standbye
Quote CikYaYaYa 17-12-2021 05:53 PM
iols suka baca info hal2 mcm nie kat fb Omen Necrofis.. Memang banyak info2 akan dapat.
Quote kakikuDibibirmu 17-12-2021 07:03 PM
Mata Hari:

[youtube]dCG1vEj4t5A[/youtube]
Quote mbhcsf 17-12-2021 07:09 PM
hmm okay.

i mean benda ni bagi siapa yg ambik jurusan astrofizik adalah sat benda  yg depa boleh kira as in how long it will take the sun to burn or use up all the hydrogen fuel tu. kan matahari tu bhn bakarnya hidtogen and sedkit helium ? so....depa boleh kira pun.
Quote lurkingaround 18-12-2021 12:11 AM
Edited by lurkingaround at 18-12-2021 12:12 AM

.
https://tech.hindustantimes.com/ ... 71639373774394.html - Dragon star shoots off huge solar storm; scientists worry about fate of Earth
    A destructive solar storm has been fired by a Dragon star; a similar coronal mass ejection by our Sun would destroy Earth. / Bintang naga menembak ribut suria yang besar; saintis bimbang tentang nasib Bumi
     Ribut suria yang merosakkan telah dilepaskan oleh bintang Naga; lemparan jisim koronal yang serupa oleh Matahari kita akan memusnahkan Bumi.
- 13 Dec 2021

.

= Hari Kiamat akan datang.?
.
Quote umbut 18-12-2021 11:11 AM
Dinasour pupus sebab asteroid. Wujud manusia.. and restart
Quote krustykrab 18-12-2021 11:29 AM
umbut replied at 18-12-2021 11:11 AM
Dinasour pupus sebab asteroid. Wujud manusia.. and restart

Dinosor pupus dan manusia ambik alih bumi sbb nabi adam pi makan buah terlarang....
Kalau nabi adam ikut larangan Allah idak ler manusia terpaksa lahir kt dunia ni dan bersaing bergaduh berperang..
Quote sekngucing 18-12-2021 11:45 AM
krustykrab replied at 18-12-2021 11:29 AM
Dinosor pupus dan manusia ambik alih bumi sbb nabi adam pi makan buah terlarang....
Kalau nabi ada ...

manusia pun asalnya dari dinosaur juga
Quote sekngucing 18-12-2021 11:47 AM
kakikuDibibirmu replied at 17-12-2021 07:03 PM
Mata Hari:

You're a Mata Hari.
I wanna know your story.
In the Sahara sun I wanna be the one that's gonna come and take you,
Quote krustykrab 18-12-2021 11:58 AM
sekngucing replied at 18-12-2021 11:45 AM
manusia pun asalnya dari dinosaur juga

Hahaha...
Keturunan ko je kot asal dinosor
Quote keane.somewhere 18-12-2021 12:02 PM
Meols asal keturunan Dewa Dewi.
Quote sekngucing 18-12-2021 12:22 PM
krustykrab replied at 18-12-2021 11:58 AM
Hahaha...
Keturunan ko je kot asal dinosor

asal dari air...

kan semua kehidupan berasal dari air

kemudian naik ke darat jd amfibia..lepas tu reptilia..kemudian mamalia...

lepas tu jd pan paniscus
Quote krustykrab 18-12-2021 01:38 PM
sekngucing replied at 18-12-2021 12:22 PM
asal dari air...

kan semua kehidupan berasal dari air

Itu nenek moyang ko
Quote sekngucing 18-12-2021 01:44 PM
krustykrab replied at 18-12-2021 01:38 PM
Itu nenek moyang ko

itu nenek moyang semua manusia
Quote krustykrab 18-12-2021 02:15 PM
sekngucing replied at 18-12-2021 01:44 PM
itu nenek moyang semua manusia

Bukan...itu nenek moyang ko je sb ko yg ckp mcm tu..
Quote sharlenetexas 18-12-2021 02:18 PM
Akhir hayat matahari jadi kerdil putih (white dwarf) lah kan?

Quote cepheid 18-12-2021 02:28 PM
Aku baca original artikel (bukan had ni yang lebih kepada propaganda). Yang tak stabil tu bintang macam matahari bukan matahari. EK Draconis yang jauh lebih muda dari matahari yang kita hadap sekarang. Dia keluarkan tenaga yang tinggi hasil letusan solar.
Quote Normabaru 18-12-2021 03:08 PM
krustykrab replied at 18-12-2021 03:38 PM
Itu nenek moyang ko

Dorg ni merepek2 je

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.229305 second(s), 52 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top