CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Caj RM1 Di Mesin ATM Kembali- Ramai Bengang Dan Dakwa Ada Kroni?

16-12-2021 03:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2995| Komen: 15

Notis caj transaksi RM1 antara bank ATM yang berkuatkuasa pada tahun depan, membuatkan orang ramai bersuara dan berkongsi pandangan masing-masing di media sosial.


Isu caj RM1 mula kembali aktif ini membuatkan orang ramai mempersoalkan kenapa perlu kembalikan transaksi tersebut, kerana sudah dua tahun sistem tersebut tidak dikenakan sepanjang pandemik dan bank tetap mengaut keuntungan yang banyak.


Gambar Hiasan

“Dah 2 tahun caj RM1 di ATM tak ada. Bank steady je masih untung bilion bilion. Apa perlunya kembalikan caj RM1?” Ciap @af_f4hmi

Melihat ciapan dari pengguna Twitter tersebut, ada yang memberi komen berbaur perlian bahawa isu sebenar adalah kerana terdapat kroni yang laparkan duit dan ada yang meluahkan caj transaksi seperti itu sangat tidak adil.




“MEPs milik BNM sekarang, jadi sepatutnya tak ada isu aliran tunai kering. Ini isu kroni lapar. Terima kasih keluarga Malaysia,” Ciap @parkmart2010

“Semasa PKP dalam musim pandemik pun bank masih mendapatkan keuntungan, inikan pula caj sebegini mahu dikembalikan semula. Sangat tidak adil!” Ciap @fhysal4

Isu caj transaksi RM1 di ATM ini membuatkan ramai pengguna Twitter menyuarakan pandangan, dan rata-rata ramai yang menganggap caj sedemikian menunjukan walaupun mereka untung berbilion ianya tetap tidak cukupi.

“Betul pelahap bilion kejap je habis.”

“Mana cukup, selagi boleh kaut duit rakyat dia oarang kaut mat.. Dia orang mana kisah.”

“Ada kroni lapar tu kat dalam BNM. Meps milik BNM lak hahaha.”

“Mungkin untung-untung bilion-bilion tu dah habis kot.” Ciap mereka

Apa pandangan anda tentang isu ini? -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 16-12-2021 03:30 PM
untung2 dimansuhkan terus bila bnyk bunyi2 ni

Quote adm7 16-12-2021 03:56 PM
Yakin betul tuduh kroni. Wow.
Semua benda mau merungut elok withdraw semua duit tu simpan bawah bantal. Tau ada caj MEPS tu pandai2 la merancang. Rakyat malaysia kalau bab merungut memang juara. Tapi dalam masa yang bazir duit untuk hobi dan benda-benda tak berfaedah.
Quote umbut 16-12-2021 04:19 PM
Kalau 1 hengget tu berkira sangat. Ko keluarkan semua simpan bawah bantal.
Quote Artemesiaa 16-12-2021 05:45 PM
Bukan tak pernah dikenakan sebelum ni jadi pandai2lah guna.  Takut rugi jangan buat pengeluaran setiap hari.
Quote zfaz010 16-12-2021 05:50 PM
Pelik betul..
Apasal budak2 twitter ni bsing2.. dh mmg sblom ni kena caj pun kan..
cuma masa pendemik je, caj takda..  
Quote Normabaru 16-12-2021 07:01 PM
Msia ni je bpe byk benda nk caj rakyat

PCR test blambak kena bt..negara oversea lain xmcm tu Pon...

Now caj singgit ni..dh waive dh la..nk gk caj blk.negara pulih pon blm.hmm
Quote Xim 16-12-2021 08:19 PM
Guna la debit card...apo susah....nak jugak tayang cash bebyk ke? Tayang la resit plak lepas ni....
Quote musangbodoh 16-12-2021 11:54 PM
nie yg dikatakan amik kesempatan dlm kesempitan
Quote MoneyMatters 17-12-2021 12:18 AM
I rasa simpati bila baca berita ni. For me seringgit jeee tp ramai sebenarnya rakyat kita yg B40.. Bayangkan di luar bandar bukan byk sgt mesin ATM yg ada.. Kalau duit yg nk withdraw tu sekadar RM 10 kesian la kena charge hmm
Quote gigahertz 17-12-2021 12:53 AM
MoneyMatters replied at 16-12-2021 04:18 PM
I rasa simpati bila baca berita ni. For me seringgit jeee tp ramai sebenarnya rakyat kita yg B40.. B ...

kalau cimb lagi yahudi.
dalam bank ada RM 50
nak withdraw RM 40 x boleh
kena tinggal baki RM 20
padahal duit dalam ATM tu duit titik peluh kita.
Quote buragazz 17-12-2021 04:12 PM
Sebelum ni tak kene pastu di kenakan masa tu orang dah merungut so time pendemik ni tidak dikenakan pastu dikenelan balik...
Quote Skuau 19-12-2021 04:37 PM
umbut replied at 16-12-2021 04:19 PM
Kalau 1 hengget tu berkira sangat. Ko keluarkan semua simpan bawah bantal.

bkn wa kira...dia olang(bank) yg kira maa....lu sdh salah lor...
Quote Atata 19-12-2021 05:28 PM
gigahertz replied at 17-12-2021 12:53 AM
kalau cimb lagi yahudi.
dalam bank ada RM 50
nak withdraw RM 40 x boleh

Kan.. buduh punya cimb. Bila nak insap
Quote cheezel 20-12-2021 12:24 PM
Aku buat interbank trf semalam dah kena 0.53sen
Quote zorrro_03 20-12-2021 12:35 PM
kapitalis kannnn. wajib lah menindas pengguna selagi ada peluang...  

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.385035 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top