CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zakar Bengkak Tersekat Dalam Mangga Kunci

16-12-2021 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 913| Komen: 1

Description: Bangkok– Pasukan kecemasan di Bangkok terpaksa dipanggil untuk menyelamatkan seorang lelaki selepas zakarnya tersepit pada sebuah mangga kunci, lapor laman berita The Thaiger semalam.
Bangkok– Pasukan kecemasan di Bangkok terpaksa dipanggil untuk menyelamatkan seorang lelaki selepas zakarnya tersepit pada sebuah mangga kunci, lapor laman berita The Thaiger semalam.


Dalam kejadian di daerah Phaya Thai di Bangkok itu, petugas kecemasan Yayasan Ruam Katanyu dipanggil ke tempat kejadian dan menemui seorang lelaki bertatu dalam keadaan kemaluannya tersekat pada sebuah mangga kunci.

Pasukan penyelamat akhirnya dapat membebaskan kemaluan lelaki itu selepas memotong besi mangga kunci tersebut dengan menggunakan apa yang dipanggil sebagai ‘alatan pakar’.


Foto: Agensi

Kemaluan lelaki itu dikatakan menjadi merah dan membengkak. Tempoh masa kemaluannya tersekat di dalam mangga kunci itu bagaimanapun tidak diketahui.

Sebelum ini, kejadian serupa berlaku pada Julai lalu apabila seorang lelaki cuba mengeluarkan zakarnya yang tersepit pada sebuah mangga kunci selama 14 hari, selepas ia membengkak dan menjadi amat sakit. 

Pihak berkuasa negara itu mendedahkan butiran cerita itu kepada umum dengan harapan supaya orang ramai tidak melakukan perkara serupa pada masa hadapan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 16-12-2021 05:17 PM
Hahahah ada lagi kes. korang risau burung terbang ke sibuk nak lock pakai mangga? Kenapa tak rantai sekali

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.436487 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top