Sejak kebelakangan ini semakin banyak kajian yang menunjukkan kaitan antara penggunaan rokok elektronik atau vape dengan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk.
Terbaharu sebuah kajian menunjukkan seorang lelaki sihat yang menghisap vape setiap hari berdepan risiko dua kali lebih besar mengalami masalah disfungsi ereksi. Responden kajian ini merupakan pengguna vape yang aktif berusia di antara 20 hingga 65 ahun. Penemuan ini berlaku kepada lelaki tanpa masalah kesihatan lain atau tidak mempunyai kebiasaan yang boleh menyebabkan masalah mati pucuk termasuk merokok.
"Analisis kami mengira tempoh merokok responden termasuk mereka yang tidak pernah mengamalkan tabiat merokok sejak awal. "Ada kemungkinan menghisap rokok elektronik setiap hari dapat dikaitkan dengan kemungkinan mati pucuk lebih tinggi berbanding tempoh seseorang itu merokok," kata Dr Omar El Shahawy yang juga seorang penyelidik di New York University's Grossman School of Medicine. Kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Precentative Medicine menganalisis data tentang penggunaan rokok elektronik yang digunakan oleh orang dewasa di Amerika Syarakat berusia 18 tahun ke atas. Menerusi kajian itu kata Dr Omar, mereka mengasingkan individu dengan masalah kolesterol, diabetes, obesiti dan penyakit kardiovaskular yang juga merupakan antara sebab utama masalah mati pucuk. Malah dalam kajian itu, mereka turut mengasingkan individu yang pernah merokok sebelum bertukar menggunakan rokok elektronik. "Menerusi kajian itu dan pengasingan yang dibuat, kami tetapi menemui hubungan sangat kuat dan signifikan antara vaping dan mati pucuk. "Bagi lelaki yang memiliki masalah kesihatan seperti jantung, diabetes, risikonya adalah tiga kali ganda untuk mengalami masalah itu," katanya. Dr Omar menjelaskan dua alasan utama kesan rokok elektronik terhadap masalah mati pucuk adalah nikotin dan bahan kimia dalam rokok elektrik dapat mengurangkan kemampuan arteri untuk menjadi lebih besar dan melebar dan seterusnya menyebabkan disfungsi ereksi. Ia dapat mengawal aliran darah ke organ reproduksi lelaki serta menyebabkan kanser dan banyak masalah kesihatan yang lain. -CARI Sumber: mStar Online
|
ninja boy replied at 17-2-2022 01:05 AM
Kaki rokok vape semua ni anak mereka berpenyakit or tak tahan penyakit. Stop la smoking atau anak2 a ...
TomyamPuteh replied at 18-2-2022 11:19 AM
Pompuan hisap vape ni nmpk lg selebet dari pelaco* Lorong Haji Taib.
ADVERTISEMENT