CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 2589|Reply: 20

Vape Punca Lelaki Mati Pucuk

[Copy link]
Post time 16-12-2021 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Sejak kebelakangan ini semakin banyak kajian yang menunjukkan kaitan antara penggunaan rokok elektronik atau vape dengan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk.


Terbaharu sebuah kajian menunjukkan seorang lelaki sihat yang menghisap vape setiap hari berdepan risiko dua kali lebih besar mengalami masalah disfungsi ereksi.


Responden kajian ini merupakan pengguna vape yang aktif berusia di antara 20 hingga 65 ahun.




Gambar Hiasan




Penemuan ini berlaku kepada lelaki tanpa masalah kesihatan lain atau tidak mempunyai kebiasaan yang boleh menyebabkan masalah mati pucuk termasuk merokok.


"Analisis kami mengira tempoh merokok responden termasuk mereka yang tidak pernah mengamalkan tabiat merokok sejak awal.


"Ada kemungkinan menghisap rokok elektronik setiap hari dapat dikaitkan dengan kemungkinan mati pucuk lebih tinggi berbanding tempoh seseorang itu merokok," kata Dr Omar El Shahawy yang juga seorang penyelidik di New York University's Grossman School of Medicine.


Kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Precentative Medicine menganalisis data tentang penggunaan rokok elektronik yang digunakan oleh orang dewasa di Amerika Syarakat berusia 18 tahun ke atas.


Menerusi kajian itu kata Dr Omar, mereka mengasingkan individu dengan masalah kolesterol, diabetes, obesiti dan penyakit kardiovaskular yang juga merupakan antara sebab utama masalah mati pucuk.


Malah dalam kajian itu, mereka turut mengasingkan individu yang pernah merokok sebelum bertukar menggunakan rokok elektronik.


"Menerusi kajian itu dan pengasingan yang dibuat, kami tetapi menemui hubungan sangat kuat dan signifikan antara vaping dan mati pucuk.


"Bagi lelaki yang memiliki masalah kesihatan seperti jantung, diabetes, risikonya adalah tiga kali ganda untuk mengalami masalah itu," katanya.


Dr Omar menjelaskan dua alasan utama kesan rokok elektronik terhadap masalah mati pucuk adalah nikotin dan bahan kimia dalam rokok elektrik dapat mengurangkan kemampuan arteri untuk menjadi lebih besar dan melebar dan seterusnya menyebabkan disfungsi ereksi.


Ia dapat mengawal aliran darah ke organ reproduksi lelaki serta menyebabkan kanser dan banyak masalah kesihatan yang lain. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2021 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke..tgk elok je membiak
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 12:31 PM | Show all posts
Vape dah jadi mangsa seterusnya
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 12:55 PM | Show all posts
Bagus la. Biar pupus ja trus
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 01:53 PM | Show all posts
cer share kat grup vapers

tercabar kelelakian mereka
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 01:55 PM | Show all posts
bg aku tahan sikit bau vape dr rokok
pening bau rokok ni bila terhidu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2021 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
elok la tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaki rokok vape semua ni anak mereka berpenyakit or tak tahan penyakit. Stop la smoking atau anak2 ada masalah kesihatan atas sebab parent bodo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2022 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 17-2-2022 01:05 AM
Kaki rokok vape semua ni anak mereka berpenyakit or tak tahan penyakit. Stop la smoking atau anak2 a ...

Boleh bagi medical reference x? Ke mmg atas pemerhatian ko sebagai seorang palatao?

NHS UK tengah push quit smoking pakai vape sebab ia harmless. Vaping xde effect dekat second hand smoker. Kalau apa ko cakap betul, segala yg mengeluarkan asap water base ada effect ni, termasuk vaporizer.

Actually, vape jauh lebih elok dari smoking dan kesan sampingan sangat minimal. Ia adalah individual punya problem, xlibat orang ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Syarikat rokok mana yg sponsor kajian ni? Tanya jer
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Pilihan masing masing..
Ada je iols.tgk.org tanak merokok..tukar kepada vape..
Mcm2 perisa ado...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan membiak.

Harap John Grisham tulis novel pasal syarikat vape pulak lepas ni.

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 11:29 PM | Show all posts
vaksin lebih bahaya daripada rokok dan vape.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 09:24 AM | Show all posts
tgk bersepah aja sekarang kedai jual vape.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 09:25 AM | Show all posts
hati2 perkataan mati pucuk ni...nanti ada mod terasa...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 09:28 AM | Show all posts
tak hensem tak pe

janji jgn mati pucuk

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 09:29 AM | Show all posts
Alamak!!! vape ada nikotin, harmful dan sebabkan mati pucuk!!!...



Errr... rokok takde nikotin ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 11:15 AM | Show all posts
gang gang yg tak kena mati pucuk lagi boleh la sembang, sekali dah kena penyakit mati pucuk ni, baru ko tahu kelembikan pelir ko utk menegang mcm normal
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Pompuan hisap vape ni nmpk lg selebet dari pelaco* Lorong Haji Taib.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 11:48 AM | Show all posts
TomyamPuteh replied at 18-2-2022 11:19 AM
Pompuan hisap vape ni nmpk lg selebet dari pelaco* Lorong Haji Taib.

trending, kena la ikut baru la bleh masuk dlm tiktok bt kontent
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.064324 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list