CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kucing Tak Sabar Masuk Sangkar Angkut Lepas Berhari-hari Terperangkap Atas Tiang Lampu

16-12-2021 08:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2554| Komen: 16

Selama dua hari atau mungkin lebih lama lagi, penduduk di sebuah kejiranan di Amerika Syarikat menunggu dengan hati berdebar-debar akan nasib seekor kucing hitam diberi nama Panther yang bertenggek di atas tiang lampu setinggi 11 meter.


Panther tidak berganjak meskipun pelbagai ikhtiar dibuat pemiliknya, Alexis Soberanis dan penduduk lain untuk memujuknya turun dari tiang di Aurora, Colorado itu.



Meski dipujuk dan diumpan dengan makanan, semuanya tidak berhasil, lapor The Denver Post.

Kucing itu dilaporkan hilang awal minggu lalu dan pertama kali dilihat di atas tiang itu pada Rabu (8 Dis).


"Semua orang kata, 'Letak saja makanan dan lama-kelamaan ia akan turun," kata seorang penduduk Aurora, Jessica Meadows pada pagi Jumaat.

Walaupun salji mula turun kucing tersebut masih tetap turun.



Meadows berkata dia dan jiran tetangga lain menghubungi syarikat kawalan haiwan Aurora dan Xcel Energy untuk mendapatkan bantuan.

"Semua orang kata mereka tidak dapat buat apa-apa," kata Meadows.

Amalan biasa, menurut sebuah lagi syarikat perbekalan awam, adalah memberi masa kepada kucing untuk turun sendiri, lapor Sentinel Colorado.

Khabar tentang nasib Panther akhirnya sampai di telinga anggota Majlis Bandaran Aurora, Curtis Gardner dan pegawai bandar segera mengerahkan lori dengan tangga pada Jumaat petang.

Anggota bomba kemudian berjaya menyelamatkan kucing berkenaan yang tidak sabar-sabar untuk memasuki beg pengangkut haiwan.



Kimberly Medina, seorang lagi pemilik Panther, berkata kucing itu sebelum ini sering dibiarkan keluar rumah begitu saja.

Namun dia sudah serik selepas kejadian tersebut.

"Tidak boleh lagi, walaupun hanya sekali." 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote genUmi 16-12-2021 09:35 AM
apa ni kuceng

try nak buat world record ke hape?
Quote supernaturalee 16-12-2021 09:38 AM
dh 2 hari baru pgl bomba?
klu kt msia klu dh x blh buat sendiri
dan2 tu jgk kol bomba

termasuk yg tercepit ciknek
saiz pvc


Quote azimodin 16-12-2021 10:37 AM
Kucing mmg hobi dorang buat perangai aneh2. Kucing parents aku pernah panjat pokok rambutan tinggi2 pastu mengiau x reti turun. Xpasal2 ayah kena panjat pokok tengah2 malam dalam hujan. Kucing aku pulak meniti aras rail langsir sampai patah. Padahal aku dah beli cat tower & toys punya la banyak
Quote prettyuglybabe 16-12-2021 11:12 AM
dia gayat la tu..
ada je kucing reti panjat tapi tak reti turun..
mujur depa tak tunggu sampai mati kering..
Quote paz 16-12-2021 11:15 AM
Ala siannya. Kucing Paz dulu macam ni gak. Kena abang Bomba rescue.
Quote jas7512 16-12-2021 11:34 AM
Mmg kucing perangai aneh2..kdg2 buli tuan dia pun ada....mcm tuan dia pula jd hamba ..pdhal kau tu cat je...
Quote shernazz 16-12-2021 11:34 AM
supernaturalee replied at 16-12-2021 09:38 AM
dh 2 hari baru pgl bomba?
klu kt msia klu dh x blh buat sendiri
dan2 tu jgk kol bomba

Sedih plak baca saiz pvc
Quote She-Ra 16-12-2021 11:42 AM
dah nama pun kucing
masa panjat, lupa diri... bila dh sampai atas, gayat
kita nk tlg.. ehh keluar kuku dia mencakor kita.. bunyi kemain nyaring, mcm kena dera
Quote supernaturalee 16-12-2021 11:52 AM
jas7512 replied at 16-12-2021 11:34 AM
Mmg kucing perangai aneh2..kdg2 buli tuan dia pun ada....mcm tuan dia pula jd hamba ..pdhal kau tu c ...

[youtube]ro2n_DXjvWc[/youtube]





Quote Artemesiaa 16-12-2021 12:00 PM
Nasib ada bantu ia turun kalau tak mau jadi tugu mengeras atas tu
Quote ulamalu 16-12-2021 12:18 PM
Mmg kucing x boleh overcome takut turun tu ke, sampai sanggup berhari2 kat atas.  Apa ntah term utk phobia height ni.  Kalau manusia, boleh guna psychology kot.
Quote musangbodoh 16-12-2021 01:17 PM
Walaupun salji mula turun kucing tersebut masih tetap turun.


gugel translet ka
Quote musangbodoh 16-12-2021 01:18 PM
azimodin replied at 16-12-2021 10:37 AM
Kucing mmg hobi dorang buat perangai aneh2. Kucing parents aku pernah panjat pokok rambutan tinggi2  ...

no komen.....

errr bro cemana buat avatar gerak2 buleh ajar x
Quote azimodin 16-12-2021 01:22 PM
musangbodoh replied at 16-12-2021 01:18 PM
no komen.....

errr bro cemana buat avatar gerak2 buleh ajar x

Guna gif format je masa upload gambar profile.
Quote TeropongThaico 16-12-2021 03:52 PM
Sian kuceng.. Berhari2 ko kat atas tu. Tu ler nakal sgt kan dah mendapat. Sib baik larat bertahan. Kot jatuh terjelopok naya...
Quote ninja9 16-12-2021 05:19 PM
macam anak kucing aku... ada sekali dia naik sampai atap rumah yang tak berapa tinggi, masa dia diatas tu tengah bagi makanan dengan kucing lain, tapi dia nak turun tak boleh, jadi bunyi ngiau ngiau kat atas.  jadi tak ada pilihan ambik tangga dan bawa turun kucing tu....

yang jadi masalah, hampir hari2 dia buat mcm tu .. masa makan jer dia dah panjat kat atas lepas tu bunyi ngiau ngiau minta kena ambik... lepas turun baru senang hati dia makan... letih betul layan budak tu.. hahah

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.053955 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top