Selama dua hari atau mungkin lebih lama lagi, penduduk di sebuah kejiranan di Amerika Syarikat menunggu dengan hati berdebar-debar akan nasib seekor kucing hitam diberi nama Panther yang bertenggek di atas tiang lampu setinggi 11 meter.
Panther tidak berganjak meskipun pelbagai ikhtiar dibuat pemiliknya, Alexis Soberanis dan penduduk lain untuk memujuknya turun dari tiang di Aurora, Colorado itu.
Meski dipujuk dan diumpan dengan makanan, semuanya tidak berhasil, lapor The Denver Post.
Kucing itu dilaporkan hilang awal minggu lalu dan pertama kali dilihat di atas tiang itu pada Rabu (8 Dis).
"Semua orang kata, 'Letak saja makanan dan lama-kelamaan ia akan turun," kata seorang penduduk Aurora, Jessica Meadows pada pagi Jumaat.
Walaupun salji mula turun kucing tersebut masih tetap turun.
Meadows berkata dia dan jiran tetangga lain menghubungi syarikat kawalan haiwan Aurora dan Xcel Energy untuk mendapatkan bantuan.
"Semua orang kata mereka tidak dapat buat apa-apa," kata Meadows.
Amalan biasa, menurut sebuah lagi syarikat perbekalan awam, adalah memberi masa kepada kucing untuk turun sendiri, lapor Sentinel Colorado.
Khabar tentang nasib Panther akhirnya sampai di telinga anggota Majlis Bandaran Aurora, Curtis Gardner dan pegawai bandar segera mengerahkan lori dengan tangga pada Jumaat petang.
Anggota bomba kemudian berjaya menyelamatkan kucing berkenaan yang tidak sabar-sabar untuk memasuki beg pengangkut haiwan.
Kimberly Medina, seorang lagi pemilik Panther, berkata kucing itu sebelum ini sering dibiarkan keluar rumah begitu saja.
Post time 16-12-2021 10:37 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kucing mmg hobi dorang buat perangai aneh2. Kucing parents aku pernah panjat pokok rambutan tinggi2 pastu mengiau x reti turun. Xpasal2 ayah kena panjat pokok tengah2 malam dalam hujan. Kucing aku pulak meniti aras rail langsir sampai patah. Padahal aku dah beli cat tower & toys punya la banyak
dah nama pun kucing
masa panjat, lupa diri... bila dh sampai atas, gayat
kita nk tlg.. ehh keluar kuku dia mencakor kita.. bunyi kemain nyaring, mcm kena dera
Post time 16-12-2021 12:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mmg kucing x boleh overcome takut turun tu ke, sampai sanggup berhari2 kat atas. Apa ntah term utk phobia height ni. Kalau manusia, boleh guna psychology kot.
macam anak kucing aku... ada sekali dia naik sampai atap rumah yang tak berapa tinggi, masa dia diatas tu tengah bagi makanan dengan kucing lain, tapi dia nak turun tak boleh, jadi bunyi ngiau ngiau kat atas. jadi tak ada pilihan ambik tangga dan bawa turun kucing tu....
yang jadi masalah, hampir hari2 dia buat mcm tu .. masa makan jer dia dah panjat kat atas lepas tu bunyi ngiau ngiau minta kena ambik... lepas turun baru senang hati dia makan... letih betul layan budak tu.. hahah