CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tunggu Pakcik Belikan Aiskrim,"- Mak Ayah Trauma, Anak 7 Tahun Diculik Enam Jam

15-12-2021 01:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3779| Komen: 37

Iskandar Puteri: Sepasang suami isteri trauma selepas anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun hilang dipercayai diculik di hadapan kediaman mereka di Taman Teratai, di sini, petang semalam.


Namun, mangsa, Nur Damia Qaleesya bagaimanapun ditemui selamat di belakang barisan rumah kedai kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya, enam jam selepas dia dilaporkan hilang.

Mohd Khairul Nizam Shafii, 34, berkata, setiap petang anak sulungnya itu akan keluar bermain bersama rakan baiknya yang juga anak jiran mereka di hadapan rumah.


Foto: Harian Metro

Katanya, sebelum kejadian anaknya itu sempat memaklumkan mahu bermain di rumah rakan baiknya yang terletak hanya 200 meter dari rumah mereka jam 4.30 petang semalam.


"Namun kira-kira jam 5 petang, anak kedua saya, Nur Rania Qaisarah, 5, pulang sambil menangis sebelum memaklumkan kakaknya menaiki kereta dipandu seorang lelaki tidak dikenali.

"Saya dan isteri, Nur Aida R Mohd Tahir, 34, panik sebelum bergegas mencari anak sulung di sekitar kawasan perumahan dan bertanya jiran, namun Damia gagal dikesan dan ditemui.

"Saya dan isteri terus bergegas ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri bagi membuat laporan. Selepas enam jam saya membuat laporan, polis menghubungi saya memaklumkan anak sulung saya ditemui penduduk dan dihantar ke taman permainan berdekatan rumah saya, kira-kira jam 10.30 malam," katanya ketika ditemui.

Terdahulu kes kehilangan Nur Damia yang dipercayai diculik tular di media sosial sejak tengah malam tadi.

Ketua Polis Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan menerima laporan mengenai kes penculikan kanak-kanak itu.

"Bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan lanjut," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Khairul Nizam berkata, beliau amat bersyukur kerana anak sulungnya ditemui dalam keadaan selamat selepas mereka sekeluarga berada dalam keadaan trauma selama enam jam berikutan kehilangan Nur Damia.

"Sebaik polis memaklumkan anak sulung sudah ditemui, saya dan isteri bergegas ke taman permainan terbabit untuk bertemu Damia.

"Saya dan isteri menangis sebelum memeluk erat Damia. Tuhan saja tahu perasaan saya dan isteri ketika itu. Tiada kata-kata lain selain ucapan syukur kerana Damia selamat walaupun dia dilihat memakai pakaian berbeza berbanding ketika keluar petang semalam.

"Keadaan di taman permainan ketika itu ada beberapa orang penduduk dan polis, mereka turut membaca doa selamat. Selepas itu saya dan Damia di bawa ke Balai Polis Iskandar Puteri untuk diambil keterangan dan kami dibenarkan pulang selepas itu menjelang tengah malam tadi," katanya.

Sementara itu, Aliffi Abd Rahim, 28, individu yang menemui Nur Damia di belakang kedai makan di Taman Teratai, tidak menyangka gerak hatinya untuk makan di sebuah restoran yang baru dibuka di kawasan taman perumahan akhirnya dapat menyelamatkan kanak-kanak perempuan terbabit.

Katanya, sebelum pergi ke restoran terbabit bersama abangnya, Affandi 33, dia ada terbaca tular di media sosial mengenai kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan diculik di Taman Teratai.

"Sewaktu saya lalu di laluan menuju ke restoran itu, keadaan agak sunyi namun tiba-tiba nampak kelibat seorang kanak-kanak perempuan di sebalik tembok di belakang deretan kedai di situ.

"Saya turun dari kereta dan melihat lebih dekat wajah kanak-kanak perempuan itu. Kelihatannya sama seperti gambar wajah kanak-kanak yang dilaporkan culik yang kisahnya tular di media sosial, yang juga jiran kami.

"Kanak-kanak perempuan itu dalam keadaan bingung sebelum beritahu nama dia Damia. Saya kemudian cuba pujuk dengan beritahu akan bawa pulang bertemu ibu bapanya apabila dia berkata sedang menunggu seorang pakcik membelikannya aiskrim. Namun, dia akhirnya ikut saya dan abang untuk dihantar pulang ke rumah," katanya.

Aliffi berkata, beliau menyerahkan Nur Damia kepada anggota polis yang membuat kawalan di sekitar kediaman ibu bapa kanak-kanak berkenaan sebelum keterangannya turut diambil bagi membantu siasatan.

"Saya harap kejadian seumpama ini menjadi pengajaran dan tidak berulang," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nolya 15-12-2021 01:36 PM
Lain kali makpak yg anaknya nak bermain2 di rumah jiran sekalipun, kena hantar anak2 trs, serahkan kpd jiran dn minta tolong tengok2kan anak2 yg sedang bermain2 di situ. Ini supaya jiran pun alert ada anak orang datang bermain2 dgn anaknya di rumah dia.  Pas ni kena lebih berhati2, main di porch/depan rumah, pagar pun kena kunci gamaknya. Takutlah, anak2 pun dah tak selamat di kaw perumahan sendiri.
Alhamdulillah kanak2 trs selamat ttpi tetap trauma kpd keluarga.
Quote GummyBear123 15-12-2021 02:09 PM
kalau anak2 Bear nak main kat depan rumah pun Bear akan keluar dan tunggu/ tengok diorang main, sambil2 Bear siram pokok bunga. 1 sebab takut kereta langgar, 2 sebab takut kena culik etc. Tapi Bear tengok jiran lain selambar je biar anak2 diorang berkeliaran naik basikal sorang2 tanpa pengawasan kat taman tu. Walaupun kawasan guarded dan gated, masih kena berjaga-jaga juga.
Quote jas7512 15-12-2021 02:27 PM
Pakcik tu pedo ke..menakutkan btl zmn skrg ni
Quote venomie1 15-12-2021 02:34 PM
kalau kanak2 umpan dengan ice cream utk kidnap kalau anak dara umpan dengan apa ek?
Quote hareeeesah 15-12-2021 02:36 PM
Tak tanya ke anak tu kenapa boleh tukar baju dah? Check la ada kena apa ² tak? Ya Allah anak dalam kawasan rumah pun takut orang boleh panjat pagar ni kan pulak bagi jalan rumah jiran..  
Quote babelina 15-12-2021 03:26 PM
Nauzubillah.. hrp2 bdk tu x di apa2kn la..
aku klau ank2 buah aku tdo umah nk main dpn umah.. mmg kna tgu la aku free.. nk tgk dpn mata.. papehal kang x pasal2...
Quote TeropongThaico 15-12-2021 04:06 PM
Kesiannya. Harap tak apa2 le ye. Kalau ai mmg biar diarg sendiri. Harus ku tercogok depan pagar sambil2 belek tanaman. Diarg pun tak blh lbh dr jarak rumah sebelah & tak leh masuk rumah sesapa pun.... Punya le ketat ai guard Permata 2 ketul je mmg kena extra protect le
Quote Artemesiaa 15-12-2021 04:10 PM
Sebab tu bahaya kalau kanak2 dibiarkan tampa pengawasan orang dewasa macam2 boleh jadi
Quote rikiruj 15-12-2021 04:14 PM
Ada bagus jugak medsos sekarang ni… cepat viral.. agaknya si penculik tu sendiri dapat news budak tu kena culik, dia tak sempat pergi jauh dan terpaksa lepaskan budak tu.
Quote dua_chzy 15-12-2021 04:16 PM
Tak bawak cek ka anak tu? Dem...
Quote musangbodoh 15-12-2021 05:02 PM
ape2 jd suspek utama ialah mamat yg pulangkan si damia tu...kan kannn
Quote musangbodoh 15-12-2021 05:04 PM
nolya replied at 15-12-2021 01:36 PM
Lain kali makpak yg anaknya nak bermain2 di rumah jiran sekalipun, kena hantar anak2 trs, serahkan k ...
dn minta tolong tengok2kan anak2 yg sedang bermain2 di situ
nnti sng nk saahkan dorang kan kalo ape2 jadik
Quote ifanonline 15-12-2021 05:07 PM
penculikan kanak2 ni di buat utk harvest organ badan mereka...ibu bapa di malaysia sangat lah perlu berhati-hati sebab sindiket penculikan melibatkan jenayah rentas sempadan i.e warga malaysia, thailand, lao, vietnam, myanmar etc...
Quote nolya 15-12-2021 05:35 PM
musangbodoh replied at 15-12-2021 05:04 PM
nnti sng nk saahkan dorang kan kalo ape2 jadik

Dlm keadaan yg tak dijangkakan, seharusnya makayah lebih waspada berkaitan dgn keselamatan anak2. Bila anak kita nak gi main dekat rumah jiran umpamanya, pesan2lah kat jiran supaya jiran trs sedar kehadiran anak kita di rumahnya untuk bermain2 di situ.  Kalau jiran tak tau, nanti ape2 terjadi jiran boleh kata dia pun tak tau, tak sedar anak kita ada di rumahnya. Jiran pun kena peka ttng keselamatan laman di rumahnya dn kalau boleh kunci pintu pagar, jgn anak2 terlepas keluar esp kalau depan rumah ialah laluan kenderaan motor, kereta, dll. Manalah tau kalau ada motor2 peragut, (kalau anak2 ada pakai barang kemas ke), atau penculik spt yg terjadi. Sering terjadi, parent/penjaga alpa, dah terjadi musibah baru menggelabah. Anak weii... kalau saya, mau pengsan dn panik separuh mati tak kiralah anak saya umur berapa. Mujur anak dah ditemui dgn selamat dn pasti makayahnya trauma dgn kejadian.
Quote nolya 15-12-2021 05:46 PM
venomie1 replied at 15-12-2021 02:34 PM
kalau kanak2 umpan dengan ice cream utk kidnap kalau anak dara umpan dengan apa ek?

Anak dara dia tak culik semerta, tapi dgn iming2 nak berkenalan, minta no. hp.  Kemudian hantar ayat2 menggoda, ajak dating, pas tu bila anak dara tak hati2, masuk perangkaplah. Atau penculik berbohong, anak gadis minta dijemput kerana ada keluarga kemalangan, segera diajak ke hospital ke.... Anak kecik diiming2 dgn ais krim.  Tu nasib baik tak dicekup mulut dgn ubat bius. Buatnya ais krim trs dibubuhnya dadah, memang nahas la... Na'u zubillah. Kesah mcm ni wajib jadi iktibar bagi semua makayah.
Quote rosmahisham 15-12-2021 06:04 PM
Edited by rosmahisham at 15-12-2021 08:45 PM

Terigt pulak pakcik tua naik keta curi seluar dlm yg di sidai diampaian rmh org..dh tua nk mampus tu..spesis mcm tu la kot dgn bdk pon jd..alhamdullillah bdk tu x diapa2kn.
Quote shamsadis 15-12-2021 06:11 PM
gila, kalau aku, pitam dah, segera tangkap penculikt tersebut.

kita sepatutnya sudah ada bank DNA, senang nak tangkap penjenayah, tapi tu lah DAP bangkang
Quote lo_la 15-12-2021 06:48 PM
Harap parents bawak pergi check up di hospital. Hopefully police pun dah confirmkan cerita orang yg jumpa budak tu.
Quote ulamalu 15-12-2021 06:51 PM
Seriau pula baca baju x sama.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.054261 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top