CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Viral Rentap Cermin Isteri Sampai Pecah Dan Tercabut Dah Kena Tahan

15-12-2021 12:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6310| Komen: 41

Alor Setar: Tindakan seorang lelaki merentap cermin Perodua Axia isterinya sehingga pecah dan tercabut selepas mengugut untuk merosakkan kereta mangsa mengundang padah apabila dia ditahan polis.


Perbuatan lelaki itu sempat dirakam isterinya yang berusia 24 tahun menggunakan telefon bimbitnya sebelum membuat laporan polis.

Video berdurasi 26 saat dalam kejadian yang berlaku Isnin lalu itu turut ditular di Facebook semalam.


Foto: FB

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada 13 Disember lalu, jam 10.37 pagi.


Beliau berkata, ketika kejadian mangsa sedang memandu kereta bersama anak-anaknya di Lorong Panglima, Jalan Teluk Wanjah sebelum menyedari diekori suaminya yang berusia 30 tahun itu dengan menunggang motosikal Honda Wave.

"Suspek kemudian menahan kereta mangsa dan mengetuk cermin kereta bahagian hadapan sebelah penumpang beberapa kali menyuruh mangsa membuka tingkap kereta.

"Suspek memberi alasan memberikan wang kepada anak mereka namun isterinya hanya membuka sedikit tingkap menyebabkan suspek tiba-tiba merentap cermin kereta berkenaan sehingga pecah dan tercabut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Shukri berkata, serpihan kaca itu turut terkena kepada anak mangsa menyebabkan anak-anak mangsa terkejut dengan kejadian itu.

Beliau berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

"Berikutan itu, pegawai penyiasat bersama anggotanya kemudian pergi ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan serta merakam percakapan saksi kejadian.

"Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati kawasan kejadian adalah di tepi jalan berhampiran kawasan rumah mangsa," katanya.

Ahmad Shukri berkata, hasil pemeriksaan mendapati kawasan itu tidak dilengkapi kamera rakaman litar tertutup (CCTV) namun mangsa sempat merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbitnya sendiri.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dilakukan.

"Suspek ditahan pada hari sama sejurus selepas kejadian dan direman empat hari bermula semalam sehingga 17 Disember ini untuk membantu siasatan.

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati, lelaki itu negatif dadah," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 15-12-2021 01:13 PM
video tu sekerat aja
aku rasa dua2 pun bengong, adalah tu mulut cabar mencabar suruh rentap cermin tu

yang kesian anak2

moralnya nk gaduh jgnla dlm kete, dgn anak2 ..gaduhla atas katil..
Quote Chah21 15-12-2021 01:17 PM
Apa yg teruk sgt berburuk sangka tu...dh terang2 bininya xtahu laki dia nk tarik cermin..????
Quote CiliPadiSedap 15-12-2021 01:40 PM
sbb tu kaka suka pakai cermin myvi tahan lasak
Quote tumpanglalu74 15-12-2021 01:57 PM
Edited by tumpanglalu74 at 15-12-2021 02:01 PM

18447525_1333595496747924_699149403918758796_n.jpg
Public access pic:
https://www.facebook.com/photo?fbid=1333595496747924

[fbp]https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4494084497375779[/fbp]
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4494084497375779
Quote keane.somewhere 15-12-2021 02:08 PM
tumpanglalu74 replied at 15-12-2021 01:57 PM
Public access pic:
https://www.facebook.com/photo?fbid=1333595496747924


Hari wangi...kentut wangi
Quote tumpanglalu74 15-12-2021 02:11 PM
Edited by tumpanglalu74 at 15-12-2021 04:46 PM

[fbp]https://www.facebook.com/amyeera.nabilla/videos/1848187848622017[/fbp]

https://www.facebook.com/amyeera.nabilla/videos/1848187848622017

Bukan daddy tuition.. #UzairiTaib
Quote rikiruj 15-12-2021 02:16 PM
Orang pompuan bila nak berlaki tu paling penting tengok baran boipren bakal suami, kalau naik angin maki2 atau tangan gerak walaupun tak hinggap, better cancel terus.  Lelaki pun sama, kalau bakal isteri atau gilpren mulut lancang better cancel cepat.  Jangan harap la akan berubah. Lagi satu penagih dadah, 95% takkan berubah.  Kalau dua2 jenis baran bagus.. porak peranda lah jadinya..
Quote krustykrab 15-12-2021 03:09 PM
tumpanglalu74 replied at 15-12-2021 01:57 PM
Public access pic:
https://www.facebook.com/photo?fbid=1333595496747924


Ya lah nk buat mcm mn kan, masa bercinta semua nmpk best..bila dh kawin segala perangai terbongkar...
Quote krustykrab 15-12-2021 03:10 PM
rikiruj replied at 15-12-2021 02:16 PM
Orang pompuan bila nak berlaki tu paling penting tengok baran boipren bakal suami, kalau naik angin  ...

Tp jamal bedillah n zamani elok jd rebutan anak2 dara
Quote Suchi 15-12-2021 03:14 PM
So apa masalah sebenar? Kenapa laki dia merentap cermin?
Depa gaduh ke laki bini?
Quote VirusDetected 15-12-2021 03:45 PM
PADAN MUKA
Quote KIM.K 15-12-2021 03:52 PM
Lelaki mana boleh tak jumpa anak. Boleh gila
Quote Meiizu 15-12-2021 03:56 PM
krustykrab replied at 15-12-2021 03:10 PM
Tp jamal bedillah n zamani elok jd rebutan anak2 dara

Aku heran betul kat parent yg bagi anak dara diorang kawin jamal dillah & zamani..apa depa pikir ehh
Quote babelina 15-12-2021 04:01 PM
tkejut tgk video tu smlm.. mmg x kuat cermin tu ye.. or mmg baran laki tu smpai kuat jadinya..
Quote prince_marhaen 15-12-2021 05:52 PM
asal berlakiiii konsepnyaahhhhhhh....
Quote Tokeybundle 15-12-2021 05:57 PM
Mana nak tgk videonya
Quote naina 15-12-2021 06:19 PM
batmana replied at 15-12-2021 01:13 PM
video tu sekerat aja
aku rasa dua2 pun bengong, adalah tu mulut cabar mencabar suruh rentap cermin t ...

Takda cabar mencabar. Sebelum ni pernah kes buka cermin penuh tapi macam gaduh jugak. Yang kali ni buka ckit jelah berhati2 sebab helah jantan tak guna tu kata nak bagi duit susu Pampers anak.
Tak kisahlah gaduh cmne pun otak tu jangan bengong sangat gunakan kekerasan. Budus..
Jantan macam ni memang aku lawan je. Langgar kasi mampussss. Eh takleh kang penjara. Time dia pegang cermin tu reverse je laju2 sampai terpelanting.
Quote keane.somewhere 15-12-2021 06:41 PM
KIM.K replied at 15-12-2021 03:52 PM
Lelaki mana boleh tak jumpa anak. Boleh gila

Betul ni...lebih pada provokasi Dan bini cuba nak dapatkan hak penjagaan anak.

Laki dia bodoh law....kena psiko dgn pompuan....tu aku x nak kahwin dgn pompuan...pompuan suka psiko..

Kalau aku couple dgn Gay diorg psiko aku mcm bitch je.
Quote manehnya 15-12-2021 07:03 PM
Sian kt budak² ja...

Laki klu buat pangai depan anak ni sbb dia geram kt binik, sbb dia tau kalau dia buat anak sakit bini akan lagi sakit hati, jahanam betoi

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.119659 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top