View: 5401|Reply: 41
|
Lelaki Viral Rentap Cermin Isteri Sampai Pecah Dan Tercabut Dah Kena Tahan
[Copy link]
|
|
Alor Setar: Tindakan seorang lelaki merentap cermin Perodua Axia isterinya sehingga pecah dan tercabut selepas mengugut untuk merosakkan kereta mangsa mengundang padah apabila dia ditahan polis.
Perbuatan lelaki itu sempat dirakam isterinya yang berusia 24 tahun menggunakan telefon bimbitnya sebelum membuat laporan polis.
Video berdurasi 26 saat dalam kejadian yang berlaku Isnin lalu itu turut ditular di Facebook semalam.
Foto: FB
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada 13 Disember lalu, jam 10.37 pagi.
Beliau berkata, ketika kejadian mangsa sedang memandu kereta bersama anak-anaknya di Lorong Panglima, Jalan Teluk Wanjah sebelum menyedari diekori suaminya yang berusia 30 tahun itu dengan menunggang motosikal Honda Wave.
"Suspek kemudian menahan kereta mangsa dan mengetuk cermin kereta bahagian hadapan sebelah penumpang beberapa kali menyuruh mangsa membuka tingkap kereta.
"Suspek memberi alasan memberikan wang kepada anak mereka namun isterinya hanya membuka sedikit tingkap menyebabkan suspek tiba-tiba merentap cermin kereta berkenaan sehingga pecah dan tercabut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Shukri berkata, serpihan kaca itu turut terkena kepada anak mangsa menyebabkan anak-anak mangsa terkejut dengan kejadian itu.
Beliau berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
"Berikutan itu, pegawai penyiasat bersama anggotanya kemudian pergi ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan serta merakam percakapan saksi kejadian.
"Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati kawasan kejadian adalah di tepi jalan berhampiran kawasan rumah mangsa," katanya.
Ahmad Shukri berkata, hasil pemeriksaan mendapati kawasan itu tidak dilengkapi kamera rakaman litar tertutup (CCTV) namun mangsa sempat merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbitnya sendiri.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dilakukan.
"Suspek ditahan pada hari sama sejurus selepas kejadian dan direman empat hari bermula semalam sehingga 17 Disember ini untuk membantu siasatan.
"Hasil ujian saringan air kencing mendapati, lelaki itu negatif dadah," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
video tu sekerat aja
aku rasa dua2 pun bengong, adalah tu mulut cabar mencabar suruh rentap cermin tu
yang kesian anak2
moralnya nk gaduh jgnla dlm kete, dgn anak2 ..gaduhla atas katil.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg teruk sgt berburuk sangka tu...dh terang2 bininya xtahu laki dia nk tarik cermin..???? |
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu kaka suka pakai cermin myvi tahan lasak |
|
|
|
|
|
|
|
Hari Bahagia
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 15-12-2021 01:57 PM
Public access pic:
https://www.facebook.com/photo?fbid=1333595496747924
Hari wangi...kentut wangi |
|
|
|
|
|
|
|
Orang pompuan bila nak berlaki tu paling penting tengok baran boipren bakal suami, kalau naik angin maki2 atau tangan gerak walaupun tak hinggap, better cancel terus. Lelaki pun sama, kalau bakal isteri atau gilpren mulut lancang better cancel cepat. Jangan harap la akan berubah. Lagi satu penagih dadah, 95% takkan berubah. Kalau dua2 jenis baran bagus.. porak peranda lah jadinya.. |
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 15-12-2021 01:57 PM
Public access pic:
https://www.facebook.com/photo?fbid=1333595496747924
Ya lah nk buat mcm mn kan, masa bercinta semua nmpk best..bila dh kawin segala perangai terbongkar... |
|
|
|
|
|
|
|
rikiruj replied at 15-12-2021 02:16 PM
Orang pompuan bila nak berlaki tu paling penting tengok baran boipren bakal suami, kalau naik angin ...
Tp jamal bedillah n zamani elok jd rebutan anak2 dara |
|
|
|
|
|
|
|
So apa masalah sebenar? Kenapa laki dia merentap cermin?
Depa gaduh ke laki bini?
|
|
|
|
|
|
|
|
PADAN MUKA |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki mana boleh tak jumpa anak. Boleh gila |
|
|
|
|
|
|
|
Aku heran betul kat parent yg bagi anak dara diorang kawin jamal dillah & zamani..apa depa pikir ehh
|
|
|
|
|
|
|
|
tkejut tgk video tu smlm.. mmg x kuat cermin tu ye.. or mmg baran laki tu smpai kuat jadinya.. |
|
|
|
|
|
|
|
asal berlakiiii konsepnyaahhhhhhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 15-12-2021 01:13 PM
video tu sekerat aja
aku rasa dua2 pun bengong, adalah tu mulut cabar mencabar suruh rentap cermin t ...
Takda cabar mencabar. Sebelum ni pernah kes buka cermin penuh tapi macam gaduh jugak. Yang kali ni buka ckit jelah berhati2 sebab helah jantan tak guna tu kata nak bagi duit susu Pampers anak.
Tak kisahlah gaduh cmne pun otak tu jangan bengong sangat gunakan kekerasan. Budus..
Jantan macam ni memang aku lawan je. Langgar kasi mampussss. Eh takleh kang penjara. Time dia pegang cermin tu reverse je laju2 sampai terpelanting. |
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K replied at 15-12-2021 03:52 PM
Lelaki mana boleh tak jumpa anak. Boleh gila
Betul ni...lebih pada provokasi Dan bini cuba nak dapatkan hak penjagaan anak.
Laki dia bodoh law....kena psiko dgn pompuan....tu aku x nak kahwin dgn pompuan...pompuan suka psiko..
Kalau aku couple dgn Gay diorg psiko aku mcm bitch je. |
|
|
|
|
|
|
|
Sian kt budak² ja...
Laki klu buat pangai depan anak ni sbb dia geram kt binik, sbb dia tau kalau dia buat anak sakit bini akan lagi sakit hati, jahanam betoi |
|
|
|
|
|
|
| |
|