Seorang pelancong yang menggunakan perkhidmatan jet ski di Pantai Chenang di sini baru-baru ini mendakwa dia diminta membayar RM5,000 bagi ganti rugi selepas jet ski itu terbalik kerana dipukul ombak.
Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Dla Afindi itu berkata, jet ski tersebut dinaiki oleh adiknya. Tambahnya, jumlah itu dinyatakan di dalam borang yang perlu ditandatangani sebelum pengunjung menggunakan perkhidmatan tersebut. Menurutnya lagi, disebabkan keseronokan dan keterujaan untuk bermain jet ski, dia terlupa untuk membaca terma dan syarat dalam borang yang ditandatanganinya.
Jelasnya lagi, pemilik jet ski kemudiannya meminta ganti rugi RM3,000 daripadanya, dan akhirnya dia membayar ganti rugi yang tidak dinyatakan. Dia turut mengingatkan pengunjung lain untuk sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan dengan menyediakan wang lebih. Sumber: UTUSAN ONLINE
|
Tambahnya, jumlah itu dinyatakan di dalam borang yang perlu ditandatangani sebelum pengunjung menggunakan perkhidmatan tersebut.
Menurutnya lagi, disebabkan keseronokan dan keterujaan untuk bermain jet ski, dia terlupa untuk membaca terma dan syarat dalam borang yang ditandatanganinya.
Cik_jantung replied at 14-12-2021 07:57 PM
Kenapa dorang x ambik insuran jer .. sekali naik pengguna kena bayar insuran 20 ringgit ke.. ke xde ...
cmf_premierleag replied at 14-12-2021 07:01 PM
tak geli ke main jetski kt langkawi tu?
penuh sampah sarap jah kat laut tu
ada ummah share kt tiktok ...
ADVERTISEMENT