Mulai 8 Disember hingga 12 Disember 2021 lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menawarkan diskaun 80% untuk saman trafik terpilih sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga. Memandangkan sambutan yang menggalakkan dari orang ramai, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, mengumumkan pelanjutan tempoh bayaran kompaun saman itu sehingga 31 Disember 2021. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai mengambil kesempatan menjelaskan saman mereka. Selain pembayaran dengan hadir secara fizikal di IPD atau pejabat pos atau pembayaran secara dalam talian melalui laman web dan aplikasi MyBayar Saman, terdapat satu lagi alternatif orang ramai untuk membuat pembayaran trafik. Caranya mudah sahaja iaitu dengan membuat pembayaran di mesin ATM Maybank. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut: 1. Pilih 'Paybills' 2. Pilih 'Pembayaran Saman PDRM' 3. Masukkan nombor kad pengenalan, anda juga boleh membayar untuk orang lain dengan memasukkan nombor kad pengenalan mereka. 4. Pilih untuk simpan resit untuk tujuan rujukan. Sebagai info, orang ramai boleh juga hadir ke kaunter JPJ negeri atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara. Selamat membayar saman ya! -CARI |
ADVERTISEMENT