CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Minta Cerai Sebab Suami Suruh Masakkan Mi Segera Dan Buatkan Kopi

14-12-2021 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1645| Komen: 11

Pasuruan: Gara-gara masalah mi segera, bekas anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Kota Pasuruan berdepan tuntutan cerai oleh isterinya.

Detik melaporkan, si isteri memfailkan cerai selepas suaminya berang kerana enggan memasak mi segera dan menyiapkan kopi untuknya.

Proses perceraian bekas pemimpin itu yang berusia 47 tahun dan isterinya yang berusia 43 tahun, berlarutan selama tujuh bulan.


Gambar Hiasan

Si suami mengakui dia kesal dengan keputusan hakim dan menurutnya, Mahkamah Syariah perlu berusaha mendamaikan agar rumahtangganya dapat diselamatkan.


“Awalnya pada penghujung Mei lalu, waktu itu saya minta buatkan mi dan kopi. Dia menolak dan berkata dalam bahasa yang tidak baik untuk didengar,” katanya.

Jelasnya, isterinya mempunyai gerai jualan di pasar dan apabila diminta membuatkan mi serta kopi, wanita itu enggan berbuat demikian.

“Dia kata sibuk dan mahu ke pasar. Terus saya ke pasar ternyata tidak ada pelanggan ketika itu. Saya marah,” jelasnya.

Selepas bergaduh, si suami dari Panggungrejo mendakwa, isterinya tidak pulang ke rumah.

Dia dan anak-anak dikatakan pulang ke rumah abangnya dan menetap di situ selama tiga hari.

“Kemudian saya mengambilnya dan mahu pulang. Tiga hari di rumah, dia melarikan diri lagi,” jelasnya.

Beliau berkata, si isteri sepanjang tiada di rumah, telah datang ke mahkamah untuk berunding tentang memfailkan perceraian.

“Yang saya kesalkan, kenapa saat isteri berkonsultasi di mahkamah, mahkamah tidak mengupayakan damai. Seharusnya diberikan cadangan untuk berdamai,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bored_atticus 14-12-2021 12:02 PM
one side story saja ni..
Quote tumpanglalu74 14-12-2021 12:13 PM
Somi dia ney?

Quote Artemesiaa 14-12-2021 12:14 PM
Mesti ada hal lain juga tak kan ler sekadar mee dan kopi
Quote tipah89 14-12-2021 12:25 PM
yelah tu ntah2 ade hal lain..ingat bini muda sekali umur pun lebih kurang mesti ada hal lain ni.
Quote umbut 14-12-2021 03:32 PM
Org tengah sibuk nak gi kerja ko nak magi kopi lah. Buat sendiri x leh ke.. pemalas
Quote krustykrab 14-12-2021 03:35 PM
umbut replied at 14-12-2021 03:32 PM
Org tengah sibuk nak gi kerja ko nak magi kopi lah. Buat sendiri x leh ke.. pemalas

Kan...sampai pi spy kat gerai..even takde pelanggan pun,kna la jgk buka.
Quote bloodyamuk 14-12-2021 03:45 PM
bini ko keluar meniaga, ko buat ape yob kat rumah? sebab tu lah kot hakim benarkan cerai...ada bukti2 kukuh untuk bercerai...
Quote Decaffeinated 14-12-2021 05:46 PM
Pasuruan lagi

Quote Adrif 14-12-2021 06:07 PM

agreed. ini memang dah lama tak sebulu ni. ada la hal lain laki dia tu yang tak enak didengar

mi segera dan kopi cuma alasan untuk tutup aib mungkin
Quote gekkou 14-12-2021 06:12 PM
daripada bela biawak
baiklah cerai
Quote naina 14-12-2021 06:15 PM
Laki ngada2 manja perasan king memang camtu
Setaka mee dengan kopi pun suruh bini buatkan lepastu hidang depan mata. Yihhh. Kalau bini tu tak nak buat tak derhaka pun. Bukan tanggungjawab dia ko nak suruh2 kenyangkan perut ko. Dah dia kerja kedai makan jugak. Balik nak jaga makan ko plak

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.037796 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top