View: 1104|Reply: 11
|
Isteri Minta Cerai Sebab Suami Suruh Masakkan Mi Segera Dan Buatkan Kopi
[Copy link]
|
|
Pasuruan: Gara-gara masalah mi segera, bekas anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Kota Pasuruan berdepan tuntutan cerai oleh isterinya.
Detik melaporkan, si isteri memfailkan cerai selepas suaminya berang kerana enggan memasak mi segera dan menyiapkan kopi untuknya.
Proses perceraian bekas pemimpin itu yang berusia 47 tahun dan isterinya yang berusia 43 tahun, berlarutan selama tujuh bulan.
Gambar Hiasan
Si suami mengakui dia kesal dengan keputusan hakim dan menurutnya, Mahkamah Syariah perlu berusaha mendamaikan agar rumahtangganya dapat diselamatkan.
“Awalnya pada penghujung Mei lalu, waktu itu saya minta buatkan mi dan kopi. Dia menolak dan berkata dalam bahasa yang tidak baik untuk didengar,” katanya.
Jelasnya, isterinya mempunyai gerai jualan di pasar dan apabila diminta membuatkan mi serta kopi, wanita itu enggan berbuat demikian.
“Dia kata sibuk dan mahu ke pasar. Terus saya ke pasar ternyata tidak ada pelanggan ketika itu. Saya marah,” jelasnya.
Selepas bergaduh, si suami dari Panggungrejo mendakwa, isterinya tidak pulang ke rumah.
Dia dan anak-anak dikatakan pulang ke rumah abangnya dan menetap di situ selama tiga hari.
“Kemudian saya mengambilnya dan mahu pulang. Tiga hari di rumah, dia melarikan diri lagi,” jelasnya.
Beliau berkata, si isteri sepanjang tiada di rumah, telah datang ke mahkamah untuk berunding tentang memfailkan perceraian.
“Yang saya kesalkan, kenapa saat isteri berkonsultasi di mahkamah, mahkamah tidak mengupayakan damai. Seharusnya diberikan cadangan untuk berdamai,” katanya. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti ada hal lain juga tak kan ler sekadar mee dan kopi |
|
|
|
|
|
|
|
yelah tu ntah2 ade hal lain..ingat bini muda sekali umur pun lebih kurang mesti ada hal lain ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Org tengah sibuk nak gi kerja ko nak magi kopi lah. Buat sendiri x leh ke.. pemalas |
|
|
|
|
|
|
|
umbut replied at 14-12-2021 03:32 PM
Org tengah sibuk nak gi kerja ko nak magi kopi lah. Buat sendiri x leh ke.. pemalas
Kan...sampai pi spy kat gerai..even takde pelanggan pun,kna la jgk buka. |
|
|
|
|
|
|
|
bini ko keluar meniaga, ko buat ape yob kat rumah? sebab tu lah kot hakim benarkan cerai...ada bukti2 kukuh untuk bercerai... |
|
|
|
|
|
|
|
Pasuruan lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
agreed. ini memang dah lama tak sebulu ni. ada la hal lain laki dia tu yang tak enak didengar
mi segera dan kopi cuma alasan untuk tutup aib mungkin
|
|
|
|
|
|
|
|
daripada bela biawak
baiklah cerai |
|
|
|
|
|
|
|
Laki ngada2 manja perasan king memang camtu
Setaka mee dengan kopi pun suruh bini buatkan lepastu hidang depan mata. Yihhh. Kalau bini tu tak nak buat tak derhaka pun. Bukan tanggungjawab dia ko nak suruh2 kenyangkan perut ko. Dah dia kerja kedai makan jugak. Balik nak jaga makan ko plak |
|
|
|
|
|
|
| |
|