CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Nak Campur Pun 'Ok'

13-12-2021 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3101| Komen: 27

Walaupun kerajaan menggalakkan pemberian vaksin secara bercampur untuk meningkatkan perlindungan, tetapi masih dibenarkan jika orang ramai yang menerima dua dos Sinovac mahu mengambil vaksin sama sebagai dos penggalak.


Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Chong Chee Kheong berkata, orang ramai boleh memilih dan memberitahu petugas di pusat pemberian vaksin jika mereka bertegas mahu menerima Sinovac.


Gambar hiasan/Reuters

“Jika tiada vaksin itu, kami juga boleh mengaturkan temu janji,” katanya kepada Nanyang Siang Pau.

Beliau berkata, orang ramai yang mahu menerima Sinovay juga perlu sedar bahawa hanya vaksin di bawah Program Imuniti COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah percuma.


Jelasnya, ujian klinikal menunjukkan dua dos vaksin Sinovac bercampur dos penggalak Pfizer boleh meningkatkan tahap perlindungan kepada 95 peratus manakala campuran dengan AstraZeneca adalah 94 peratus.

Ujarnya, jika ketiga-tiga dos yang diambil adalah Sinovac, maka tahap perlindungan hanyalah meningkat kepada 74 peratus.

“Oleh itu, kerajaan menggalakkan suntikan vaksin bercampur, tetapi boleh diaturkan jika penerima vaksin Sinovac mahukan vaksin sama sebagai dos penggalak,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa akan menyediakan tarikh temu janji baharu walaupun seseorang menolak dos penggalak atas pelbagai sebab.

Beliau juga meminta orang ramai menyemak aplikasi MySejahtera secara kerap supaya tidak terlepas temujanji untuk pemberian dos penggalak.

“Semua yang berumur 18 tahun ke atas akan menerima temu janji untuk dos penggalak bagi merealisasikan sasaran imunisasi kelompok,” katanya. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 13-12-2021 07:24 PM
Apa result postmortem timb pengarah KKM yg mati Ritu?

Ke Masih dlm kajian
Quote kakikuDibibirmu 13-12-2021 07:25 PM
@noor2 aman-aman adja konsepnya dapat Pfizer
Quote noor2 13-12-2021 09:04 PM
kakikuDibibirmu replied at 13-12-2021 07:25 PM
@noor2 aman-aman adja konsepnya dapat Pfizer

Kak kakiku....setelah guna pfizer...bila akak jogging...badan akak jauh bertenaga...x de semput langsung kat dada...serius...

Alhamdulillah
Quote Decaffeinated 13-12-2021 09:48 PM
noor2 replied at 13-12-2021 09:04 PM
Kak kakiku....setelah guna pfizer...bila akak jogging...badan akak jauh bertenaga...x de semput la ...

nak pfizer gak lah tapi aku dah lama tak jogging. pkp lah punya pasal

Quote noor2 13-12-2021 09:54 PM
Decaffeinated replied at 13-12-2021 09:48 PM
nak pfizer gak lah tapi aku dah lama tak jogging. pkp lah punya pasal

Lama sgt tu....bertahun tu decaff..

Tapi mmg masa jogging tu x de rasa penat..biasa bila lari 3 pusingan dah rasa sesak nafas...ni nafas elok je...x de rasa sakit atau semput pun kat dada  mcm sebelum booster...
Quote kakikuDibibirmu 13-12-2021 09:59 PM
noor2 replied at 13-12-2021 09:54 PM
Lama sgt tu....bertahun tu decaff..

Tapi mmg masa jogging tu x de rasa penat..biasa bila lari 3 p ...

Adakah Sinovac itu racun dan Pfizer itu penawar?

Akak memang malas nak berjogging, akak cuma jogging atas katil sahaja tetapi bukan kaki yang bergerak-gerak, tangan yang bergerak-gerak ke atas dan ke bawah agittewww
Quote Decaffeinated 13-12-2021 10:00 PM
noor2 replied at 13-12-2021 09:54 PM
Lama sgt tu....bertahun tu decaff..

Tapi mmg masa jogging tu x de rasa penat..biasa bila lari 3 p ...

ya lah... diam tak diam dah bertahun

rasa macam baru ja ponteng. rasa nak restart bila lah ada kekuatan tidak beralasan. sejak tak boleh travel ni rasa merajuk dari semua aktiviti makan pun sekali ja sehari


Quote mzzenma 14-12-2021 07:33 AM
mzz tiga2 pfizer.. insyaallah ok so far. Takde rasa apa2 beza sgt. Except rasa mcm dah kurus sikit.. ada kena mengena ke
Quote Mooverine 14-12-2021 07:41 AM
ramai yang mix vaccine okay, but saya ada effect kuat sikit la..
2 minggu macam tu baru okay..
tangan sakit tu normal lah.. tapi mau 2 minggu juga hilang kembang dan sakit injection booster tu.
tapi menggigil teruk tetiba, buat saya seram.. mungkin sebab before ni ambik sinovac effect dia demam sehari 2 ja, baru kali ni kena pfizer tu la terus rasa mengejut sangat effect dia kuat
Quote dua_chzy 14-12-2021 08:05 AM
Doktor akak kata takleh campur vaksin. Musti ambik vaksin yang sama.
Quote dua_chzy 14-12-2021 08:06 AM
Edited by dua_chzy at 14-12-2021 08:08 AM
Mooverine replied at 14-12-2021 07:41 AM
ramai yang mix vaccine okay, but saya ada effect kuat sikit la..
2 minggu macam tu baru okay..
tanga ...


Yaaaa itulah antara kesan sampingan yang buat ramai orang mati lepas injek Pfizer. Sebab itu yang dah ambik Pfizer memang ragu2 mahu ambik boosteh. Tapi provaks yang 100% yakin dengan kuasa vaksin memang takda keraguan punya karna pircaya hanya vaksin mampu menyelamatkan mereka dari Covid.
Quote dua_chzy 14-12-2021 08:10 AM
mzzenma replied at 14-12-2021 07:33 AM
mzz tiga2 pfizer.. insyaallah ok so far. Takde rasa apa2 beza sgt. Except rasa mcm dah kurus sikit.. ...

Ada kot? Kerana mak akak pun mengurus lepas ambik 2 dos vaksin Sinovac walaupun selera makan sama siap buat perangai pelik tetiba suka minum manis2 dan sejuk2 padehal sheol mana hada suka makan sejuk, manis seblom ni. Akak soh p cek sepital kot2 kanser dia balik semula tapi dia tak mau.
Quote Mooverine 14-12-2021 08:22 AM
dua_chzy replied at 14-12-2021 08:06 AM
Yaaaa itulah antara kesan sampingan yang buat ramai orang mati lepas injek Pfizer. Sebab itu yang  ...

itu la.. lain badan, lain effect dia. bila kita buka cerita side effects, terus sesetengah orang ni anggap kita sengaja nak takut-takutkan orang ramai supaya tak ambik mix vaksin tu.
Bukan. Cuma, nak orang ramai tau kemungkinan akan ada side effects yang teruk bila ambik mix vaksin ni, jadi kena bersedia lah..

Quote Beribear 14-12-2021 08:23 AM
Mooverine: ramai yang mix vaccine okay, b ...


Sama mcm ayah, nenek dgn mak saya lah. Semua sakit teruk lepas kena booster ni. Paling teruk ayah lah sampai panas badan dia, kita ni anak risau tengok org tua sakit mcm tu. Skrg demam dah kebah tp tangan yg kena booster tu still sakit dorg ckp
Quote Belibis 14-12-2021 08:57 AM
noor2 replied at 13-12-2021 09:04 PM
Kak kakiku....setelah guna pfizer...bila akak jogging...badan akak jauh bertenaga...x de semput la ...

Wowww..kalau ambik 3_4 das lagi,mau jadi superwoman..paling tidak supermom.
Quote dua_chzy 14-12-2021 09:00 AM
Mooverine replied at 14-12-2021 08:22 AM
itu la.. lain badan, lain effect dia. bila kita buka cerita side effects, terus sesetengah orang n ...

Betui. Badan yang kuat, 10 kali cucuk pun boleh tahan macam kes lelaki kat NZ yang ambik vaksin bagi pihak orang lain. Kalau macam aiol, first dose pun jantung dah entah macam apa ja. Ingatkan nak mati kena sakit jantung dah. Tanda2 awal myocarditis kata artikel yang ai baca. Terus trauma nak ambik second dose. Namun kena pergi juga la ni nanti. Tunggu la bila mental dah ready.
Quote jas7512 14-12-2021 09:23 AM
dua_chzy replied at 14-12-2021 09:00 AM
Betui. Badan yang kuat, 10 kali cucuk pun boleh tahan macam kes lelaki kat NZ yang ambik vaksin ba ...

Kesiannya kat u....i pun b4  mula nak cucuk my heartbeat x normal..tunggu 3 bln juga baru cucuk 1st and 2nd dose bur i mmg x mo ambil booster melainkan klu mgt kat tempat i ni wajibkan ambil...actually xde lah side effect rasa sakit ke apa cuma i yg mmg ada gout ni rasa sakit lebih dr biasa after vaksin....hope urusan you dimudahkan chazey
Quote Mooverine 14-12-2021 10:04 AM
Beribear replied at 14-12-2021 08:23 AM
Sama mcm ayah, nenek dgn mak saya lah. Semua sakit teruk lepas kena booster ni. Paling teruk ayah  ...

ambil mix vaccine juga ke? semoga mereka cepat baik. banyakkan rehat dan minum air. kalau rasa pelik-pelik tu, terus bawa pergi jumpa doctor.
Quote babelina 14-12-2021 10:06 AM
jiran aku pn 2 sinovac..booster dia ambik gak sinovac.. takut nk ambik lain katanya..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.083687 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top