CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai Penjara Dikecam Biar Banduan Cuci, Ini Penjelasan Jabatan Penjara Malaysia

13-12-2021 05:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3725| Komen: 52

Baru-baru ini tular sekeping foto yang dikongsi seorang Pegawai Penjara memaparkan banduan sedang mencuci keretanya. 

Foto tersebut bagaimanapun meraih pelbagai respons wargamaya dan ada yang mendakwa tindakan itu seolah-olah memandang rendah terhadap banduan berkenaan.


Kredit foto: Media Sosial

Terbaru, Jabatan Penjara Malaysia tampil memberikan enam penjelasan berhubung foto berkenaan bagi mengelakkan sebarang spekulasi dalam kalangan netizen. 

Menerusi kenyataan itu, perkhidmatan mencuci kenderaan dibuka kepada orang awam yang memerlukan perkhidmatan tersebut pada harga berpatutan dan perkhidmatan berkualiti.


Pada masa sama, penghuni penjara yang tular sebelum ini telah dilatih dan diberi kemahiran menerusi program pemulihan luar penjara yang dikenali sebagai Banduan Kerja Luar Penjara (BKLP).



Mengulas lebih lanjut, orang awam yang menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan banduan memberi maksud mereka menyokong program pemulihan Jabatan Penjara Malaysia dalam menyediakan peluang pekerjaan dan kerjaya kepada penghuni apabila dibebaskan.


Sumber: OHBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 13-12-2021 05:02 PM
Asal boleh aje memfitnah kan.
Quote auntieagony 13-12-2021 05:02 PM
Satu inisiatif yg baik.

Bila keluar penjara, kalau ada modal, boleh buat business carwash.
Quote slyfynx 13-12-2021 05:04 PM
Banduan Pra Bebas mmg ade yg boleh dibenarkan buat keje untuk elaun yang deme akan dapat mase bebas nnt.
Quote Artemesiaa 13-12-2021 05:14 PM
Biasalah bila tak tahu mulalah salah faham
Quote ezacbee 13-12-2021 05:18 PM
Sama gak cam cuci karpet. Hantar kat penjara, banduan yg cuci dapat upah kot.
Quote Belibis 13-12-2021 05:19 PM
Bbnu mana tau apa..dalam penjara banduan belajar pertanian,ternak,bengkel...dia ingat banduan makan ,tido..main hp agaknya.
Quote dua_chzy 13-12-2021 05:20 PM
Di UK sana Gordon Ramsay siap team up dengan penjara/banduan huntok bukak bakery jual bun, kek, etc. Comel ja tengok abang2 banduan muka sado buat kek.
Quote arianakhalid 13-12-2021 05:39 PM
Tapi aku rasa ramai org marah dgn ayat polis tu. Mention terang2 “banduan”. Ayat dia tu macam bongkak menghina status banduan.
Quote Thunderclouds 13-12-2021 05:43 PM
Ya. Org marah ngn ayat peg penjara tuh. Dia habaq 'menda free watpa bayaq' mcm tu la lebih kurang. Lupa dh exactly status diatu.
Quote bungarose 13-12-2021 06:28 PM
Jangan lupe kena bayar kudrat orang yer
Quote abangbikerz 13-12-2021 06:33 PM
banduan parol ke ni?
Quote sambaldurian 13-12-2021 07:16 PM
teringat kwn ak ada kerja kt penjara, citer bwk balik karipap frozen, mak dia tanya beli mana ni, beli kt penjara , banduan buat. terus mcm x selera gitu. tp kwn ckp, eh ni yg 'terpilih' yg buat ni. banduan yg masuk x semestinya jahat, ada sbb wrong time wrong place je. dorg pun dpt gaji, gaji tu klu masa keluar dpt la nnti.
Quote shernazz 13-12-2021 07:20 PM
sambaldurian replied at 13-12-2021 07:16 PM
teringat kwn ak ada kerja kt penjara, citer bwk balik karipap frozen, mak dia tanya beli mana ni, be ...

Haah
Adek iols slalu tempah baju kat penjara kajang..
Spa penjara kajang tu ramai mak mak datin bookingnjuga
Quote merrissa 13-12-2021 07:28 PM
Thunderclouds replied at 13-12-2021 05:43 PM
Ya. Org marah ngn ayat peg penjara tuh. Dia habaq 'menda free watpa bayaq' mcm tu la lebih kurang. L ...

patut la org marah......
Quote merrissa 13-12-2021 07:29 PM
shernazz replied at 13-12-2021 07:20 PM
Haah
Adek iols slalu tempah baju kat penjara kajang..
Spa penjara kajang tu ramai mak mak datin bo ...

penjara tempat aku dia jual jagung

manis siot...banyak dan murah pulak tu...


Quote ChildrenOfBodom 13-12-2021 07:30 PM
Skill apa yang diperlukan untuk mencuci kereta?
Quote Adrif 13-12-2021 07:48 PM
sambaldurian replied at 13-12-2021 07:16 PM
teringat kwn ak ada kerja kt penjara, citer bwk balik karipap frozen, mak dia tanya beli mana ni, be ...

ha'ah. dulu kawasan perumahan kami, geng2 makcik suka beli produk banduan  
diorang kata harga berpatutan, kualiti tiptop. lagi elok dari beli kat kedai luar

beli kuih frozen, tempah baju, macam-macam lah

ni pindah tempat baru, dah susah nak jumpa barang kualiti elok

beli barang kat kedai rasa cam nak maki ja
Quote white_musk 13-12-2021 07:51 PM
Hospital bahagia tg rembotan juga ada yang cuci kereta.
Quote eely_shana 13-12-2021 09:06 PM
Bahaya fitnh

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.094379 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top