London: Gara-gara memakai pelitup muka, seorang lelaki bertindak memaki hamun beberapa penumpang komuter dengan mendakwa tindakan mereka membawa seluruh masyarakat kepada ‘perhambaan’.
Lapor Daily Mail, lelaki yang tidak memakai pelitup muka itu dirakam mengeluarkan kata-kata kesat di stesen Victoria kira-kira pukul 12.15 pagi pada 10 Disember lalu. “Adakah kita masih perlu pakai pelitup muka setelah kita merdeka dari dua perang dunia? Ini semua hanyalah propaganda.
“Pakai pelitup muka hanya membawa kita kepada perhambaan, iaitu perhambaan pasport vaksin,” jerit lelaki itu kepada penumpang tren. Perbuatan lelaki itu dirakam oleh seorang pekerja hospitaliti berusia 35 tahun yang enggan mendedahkan identitinya. “Saya perasan lelaki itu di platform Oxford Circus kerana dia membawa gitar besar bersamanya. “Pada awalnya, lelaki itu duduk diam di platform tersebut dan mula menjerit kepada para penumpang ketika berada di dalam tren,” katanya. Menurut pekerja itu, dia terdengar seorang penumpang wanita memberitahu lelaki berkenaan bahawa memakai pelitup muka adalah pilihan. Kata pekerja itu, lelaki tersebut kemudian dilihat menjerit terhadap penumpang wanita berkenaan ketika kereta api menghampiri Green Park. “Saya berasa terkejut dan marah kerana kami semua dikecam dengan kata-kata keji hanya kerana memakai pelitup muka,” katanya. -CARI Sumber: Utusan Online
|
Kurex replied at 13-12-2021 02:11 PM
umur 35 tapi muka persis lewat 50an. sama tua macm mira basic, joy repah, kemut buncit & kakaknya yg ...
ADVERTISEMENT