CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1158|Reply: 8

"Pakai Pelitup Muka Membawa Kita Kepada Perhambaan, Ini Semua Propaganda"

[Copy link]
Post time 13-12-2021 12:32 PM | Show all posts |Read mode
London: Gara-gara memakai pelitup muka, seorang lelaki bertindak memaki hamun beberapa penumpang komuter dengan mendakwa tindakan mereka membawa seluruh masyarakat kepada ‘perhambaan’.


Lapor Daily Mail, lelaki yang tidak memakai pelitup muka itu dirakam mengeluarkan kata-kata kesat di stesen Victoria kira-kira pukul 12.15 pagi pada 10 Disember lalu.  




Tangkap layar rakaman video menunjukkan seorang lelaki memaki penumpang tren yang memakai pelitup muka. - Daily Mail




“Adakah kita masih perlu pakai pelitup muka setelah kita merdeka dari dua perang dunia? Ini semua hanyalah propaganda.


“Pakai pelitup muka hanya membawa kita kepada perhambaan, iaitu perhambaan pasport vaksin,” jerit lelaki itu kepada penumpang tren.


Perbuatan lelaki itu dirakam oleh seorang pekerja hospitaliti berusia 35 tahun yang enggan mendedahkan identitinya.


“Saya perasan lelaki itu di platform Oxford Circus kerana dia membawa gitar besar bersamanya.


“Pada awalnya, lelaki itu duduk diam di platform tersebut dan mula menjerit kepada para penumpang ketika berada di dalam tren,” katanya.


Menurut pekerja itu, dia terdengar seorang penumpang wanita memberitahu lelaki berkenaan bahawa memakai pelitup muka adalah pilihan.


Kata pekerja itu, lelaki tersebut kemudian dilihat menjerit terhadap penumpang wanita berkenaan ketika kereta api menghampiri Green Park.


“Saya berasa terkejut dan marah kerana kami semua dikecam dengan kata-kata keji hanya kerana memakai pelitup muka,” katanya. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2021 12:46 PM | Show all posts
Tak nak pakai udahlah yg macam orang tak betul tu kenapa? Optional kan kat sana. I suppose at least dia tak jerit segala mala jenis post yg keluar kat bitchute.  
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 01:23 PM | Show all posts
tube london ni sebenarnya ceiling dia rendah sebab nak bagi muat terowong zaman purba. tapi designer dia bijak buat pintu melengkung sampai ke atap jadi tak perlulah nak membongkok untuk keluar.

back to topic

suka hati ko lah pokcik. negara ko tak paksa kan? meh datang malaysia mau tau

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 02:11 PM | Show all posts
umur 35 tapi muka persis lewat 50an. sama tua macm mira basic, joy repah, kemut buncit & kakaknya yg muka menggerutu, melvins pprt
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 02:18 PM | Show all posts
Kurex replied at 13-12-2021 02:11 PM
umur 35 tapi muka persis lewat 50an. sama tua macm mira basic, joy repah, kemut buncit & kakaknya yg ...

Yang merakam la nok umur 35, yg macam orang gila tu mungkin 25 muka cam 49 hehe

OT:  bodoh ke apa yg merakam tak mau dedahkan identitinya tapi umur leh bgtau lak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni karen jantan ke..pi mamps la ko tak nak pakai mask, yg terjerit terlolong mcm onggila tu dh knp
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2021 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulak dah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 11:01 AM | Show all posts
acik Rit Rude dah screen shot masuk dlm igs tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2021 11:40 AM | Show all posts

Depe Samekan Macam Purdah

So kene la paham..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.856317 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list