CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Gmie Screen Nafi, Pelik DS Vida Buka Cerita Arwah Bapa Minta Bantuan

13-12-2021 12:00 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 8873| Komen: 53|Original author: Oleh: Cari-Saiful

Sebelum ini Datuk Seri Vida terkilan apabila tidak dapat memberikan sumbangan bagi membantu meringankan beban Gmie Screen ketika Allahyarham berdepan masalah kesihatan.


"Sebelum meninggal dia ada cakap fasal sakit dia buah pinggang bocor sampai tak boleh jalan dan dia nak benda ni personal. Mungkin keperluan dari segi kewangan fasal sakit dia. Ya Allah saya lupa.

"Ada pihak yang menghubungi saya yang katanya daripada Astro bagi memohon bantuan untuk arwah ketika itu. Saya terkilan sebab tak dapat nak bantu meringgankan beban dan kos perubatan dia waktu itu.

"Saya dah dapatkan semua detail nombor akaun dia tapi saya lupa, saya terlepas pandang sebab lupa nak inform PA saya, saya rasa ralat sangat," katanya kepada mStar Online.


Foto: IG


Bagaimanapun tidak pernah meminta-minta, anak Gmie menafikan pernah memohon bantuan kewangan daripada jutawan kosmetik itu.

"Sebenarnya itu semua salah faham, abah tak ada minta bantuan. Tetapi ada kenalan abah nak tolong dan dia bekerja dengan individu yang berpangkat tinggi.

"Wakil daripada individu berkenaan bertanya tentang keadaan abah kepadanya dan dia buat surat untuk meminta bantuan dengan menggunakan nama abah. Tetapi surat itu bukan abah, saya atau ahli keluarga lain yang keluarkan, semuanya kenalan abah yang buat.

"Abah takut kalau orang lain fikir seperti dia mahu mengambil kesempatan dengan menggunakan popularitinya untuk mendapatkan sumbangan dari peminat. Kami sekeluarga memang langsung tak pernah meminta sumbangan daripada mana-mana pihak," kata anak sulung Gmi, Siti Hadirah kepada mStar.


Keluarga Gmie Screen, Foto: via mStar Online

Hadirah juga memberitahu arwah bapanya menggunakan wang simpanan sendiri untuk menyara keluarga sepanjang tempoh PKP.

"Waktu abah start sakit dulu dia minta cuti, lama-lama terus berhenti kerja sebab keadaannya yang semakin teruk. Abah ada duit simpanan untuk menyara kami sekeluarga dan dalam masa yang sama, saya tolong abah sepanjang PKP.

"Abah tak pernah minta bantuan, tetapi jasa baik daripada orang kampung... ya Allah, semua orang yang kenal abah. Mereka tolong abah dengan memberi bantuan dari segi makanan, wang dan barang."

Berkongsi kenangan, Hadirah kata arwah sering meminta dia pulang ke rumah sejak sebulan lalu.

Keluarga Gmie Screen, Foto: via mStar Online

"Sejak seminggu ni abah selalu cakap balik sini cepat (ke rumah dia) setiap kali saya nak balik ke rumah sendiri. Sebab dalam sebulan lepas, dia pernah cakap pada saya 'balik cepat rumah abah, nanti abah dah tak ada... kau tak ada'.

"Kalau boleh abah tak nak meninggal di hospital, dia nak meninggal di rumah di samping keluarga dan dikebumikan bersebelahan dengan kubur arwah ibunya.

“Kali terakhir saya bercakap dengan abah pada malam Khamis, nurse minta tolong video call dan dia cakap abah dah tak larat, abah dah penat." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idril 13-12-2021 12:04 PM
sekor lagi suka mencapub di air keruh...... dah la ko bukannya bg bantuan pun, senyap2 sudah.... buat apa nak malukan family arwah
Quote mojarean_X 13-12-2021 12:05 PM
Senyap je la vida. Ucap takziah sudah jela.
Quote Sachacha 13-12-2021 12:08 PM
acik bidah ni  baik diam ajerlah
Quote NFBZCantik 13-12-2021 12:09 PM
elok senyap je kot dsv.
Quote me12345 13-12-2021 12:10 PM
Takde adab sungguh tokvida..org lain yg bg bantuan pun diam senyap2..yg tak bagi bantuan kt org pulak heboh. Takde rasa malu ke..
Quote prince_marhaen 13-12-2021 12:11 PM
Mek Pepek Kering ni memang tak reti adab dan bahasa eh...ada je nak mencapup semua kematian orang dia nak mencelah cerita kaitkan dengan dia...nak bantu ko boleh je bantu balu arwah senyap-senyap kan...sempat je lagi kan kalau nak bantu.. wartawan pun dah boleh kot berkuntum kat IG/socmed founder2 sampah macam ni... orang tu upload gmbr taik pun nanti nak bukak thread... yihhh
Quote ezacbee 13-12-2021 12:12 PM
Ada lak PA, ingatkan xde. Dia ni cakap aku susah nak caya kaki belit. Geram lak aku dgn pompuan ni
Quote laksmanabentan 13-12-2021 12:17 PM
alhamdulillah arwah pandai berjimat2...
takde sampai nak minta2 kat zakat segala...
takde sampai nak minta rumah pprt la..
bagussss arwahh...
Quote exclusive_vvip 13-12-2021 12:23 PM
ye ke ko lupa tokbida?
Quote naina 13-12-2021 12:29 PM
Bukan direct arwah minta2 pun
Ni Astro la yang call Vida tu
Quote fealefea 13-12-2021 12:47 PM
DSV nk attention ke ni. hrp ada yg sudi sunting beliau jadi permaisuri hati dari hati yg ikhlas. idok la mencapub je.
Quote fealefea 13-12-2021 12:47 PM
DSV nk attention ke ni. hrp ada yg sudi sunting beliau jadi permaisuri hati dari hati yg ikhlas. idok la mencapub je.
Quote gerbera.memopad 13-12-2021 12:51 PM
Baca/dengar boleh omongan Dato seorang ni tapi percaya bulat-bulat apa yang dia cakap tu, jangan la
Quote 3chanceno 13-12-2021 12:53 PM
Errrrrr meols terpikir kalo tak kasik bantuan, tak malu ke dicanang begini? Arwah dah takde, kenapa nak naikkan isu ini & malukan diri sendiri
Quote lyshafull 13-12-2021 12:58 PM
pelik2 la adab makcik nie kemana umur dh separuh pun x taw fikir … kalo ko rasa nk bagi dri awal ko dah bagi ni tak siap terlupa … zaman skang bukan masa zaman dulu nk kene bank in pi bank … hp tu berjahit 24 jam pi la transfer … either x de duit tpi buat2 mcm ade duit koyaa sungguh acik nie …. Dh tu bolh je sedekah dekat family yg sedia ni bolh ringankan beban family arwah nk jugak bgitaw wartawan dulu ….
Quote jas7512 13-12-2021 01:07 PM
Wartawan pun sengal..awat tiap2 minggu ada cite vida ni
Quote Izumieza 13-12-2021 01:26 PM
Arwah dah tak ada nak buat apa ungkit² lagi. Tolonglah jangan setiap hal kau sibuk nak komen. Tak ada org yg perlukan penjelasan kau pun. Lupa lah.. ape lah.. apa punya manusia..
Quote awex^returns 13-12-2021 01:46 PM
diamlah ko vida
orang tu dah takde nak bela diri
syaitonn sangat perangai suka mencapub
Quote CikYaYaYa 13-12-2021 01:47 PM
xboleh ke ko diam jee wahai makcik bibir tebai. Nak mencapub pon tengok laa isu tu dulu. Dah kertu pon xcerdik2 lagik

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.068061 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top