Kecoh satu Malaysia bila mana tersebarnya beberapa siri rakaman video menunjukkan ‘drama’ tumbuk-menumbuk dan sepak terajang melibatkan beberapa pelajar di sebuah asrama sekolah.
Berdasarkan video yang tular itu sejak Jumaat lalu, dapat dilihat si mangsa hanya reda dan menyerahkan tubuh badannya untuk dijadikan punching bag kepada tujuh rakan sebaya yang berlagak seperti gengster. Tanpa ada sedikitpun rasa bersalah atau belas kasihan, kumpulan pelajar berkenaan bergilir-gilir membuli si mangsa dengan penuh gelak tawa, manakala si perakam pula khusyuk bersubahat merakam setiap inci perbuatan nakal kawan-kawannya. Sebagai bapa dan juga seorang abang, hanya dua perkataan yang terjelma daripada mulut saat melihat video itu – sedih dan marah.
Dalam dunia yang serba canggih dengan teknologi berubah hampir setiap saat, masih wujud rupanya budaya buli-membuli dalam kalangan pelajar-pelajar khususnya di sekolah berasrama. Hakikatnya, mereka bukannya tidak berilmu dan sudah pasti datangnya daripada keluarga yang baik-baik. Malah, untuk belajar dan memasuki institusi gah seperti yang dinikmati mereka bukanlah satu tugas yang mudah. Selain perlu cemerlang dan menjadi yang terbaik dalam peperiksaan awam, pelajar-pelajar ini perlu melalui saringan dan tapisan yang cukup ketat. Bermula dengan sesi temu duga sehinggalah kepada aspek siasah diri dan penglibatan dalam ko-kurikulum. Persoalan kini, apa sebenarnya yang bermain di fikiran pelajar-pelajar ini tak kala mereka tergamak melakukan perbuatan buli? Adakah mereka hilang pertimbangan, atau sekadar suka-suka untuk mencipta suasana meriah di asrama. Susulan kejadian ini, pelbagai pandangan dan idea dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan termasuk ibu bapa dan guru. Ada yang sinis sehingga melabel ‘asrama’ sebagai lubuk pembulian. Ada juga yang lebih rasional apabila mencadangkan bekas askar dan polis termasuk dari pasukan elit untuk menjadi warden di asrama. Apapun cadangannya, semua itu adalah atas dasar tanggungjawab untuk melihat tidak akan wujud lagi budaya buli dalam kalangan pelajar sekolah. Benar, tiada siapa yang mahu anak atau adik mereka disakiti. Tiada juga manusia di dunia ini yang tergamak melihat insan bernyawa diperlakukan seperti binatang. Natijah daripada kejadian ini bukan hanya menjejaskan emosi si mangsa, malah turut memberi kesan yang amat negatif kepada si pelaku dan seluruh isi keluarganya. Tiada siapa yang menang dan kalah dalam isu ini. Ayuh, hentikan segera budaya membuli. -CARI Sumber: Kosmo
|
Normabaru replied at 13-12-2021 01:11 PM
Rules tu tulis jela buli terus buang sekolah..kan senang...
Nk kaji la
dua_chzy replied at 13-12-2021 04:24 PM
Memang buli tu kesalahan berat dan boleh dikenakan tindakan buang sekolah.
Normabaru replied at 13-12-2021 03:23 PM
itula yang sepatutnya.. ni xhbs2 dok nk kaji la.. Komen bkn bwh portfolio sy la..
Msg2 mcm benga ...
ADVERTISEMENT