View: 1515|Reply: 22
|
Buli: Hilang Pertimbangan Atau Suka-Suka Mencipta Suasana Meriah Di Asrama?
[Copy link]
|
|
Kecoh satu Malaysia bila mana tersebarnya beberapa siri rakaman video menunjukkan ‘drama’ tumbuk-menumbuk dan sepak terajang melibatkan beberapa pelajar di sebuah asrama sekolah.
Berdasarkan video yang tular itu sejak Jumaat lalu, dapat dilihat si mangsa hanya reda dan menyerahkan tubuh badannya untuk dijadikan punching bag kepada tujuh rakan sebaya yang berlagak seperti gengster.
Tanpa ada sedikitpun rasa bersalah atau belas kasihan, kumpulan pelajar berkenaan bergilir-gilir membuli si mangsa dengan penuh gelak tawa, manakala si perakam pula khusyuk bersubahat merakam setiap inci perbuatan nakal kawan-kawannya.
Sebagai bapa dan juga seorang abang, hanya dua perkataan yang terjelma daripada mulut saat melihat video itu – sedih dan marah.
Dalam dunia yang serba canggih dengan teknologi berubah hampir setiap saat, masih wujud rupanya budaya buli-membuli dalam kalangan pelajar-pelajar khususnya di sekolah berasrama.
Hakikatnya, mereka bukannya tidak berilmu dan sudah pasti datangnya daripada keluarga yang baik-baik. Malah, untuk belajar dan memasuki institusi gah seperti yang dinikmati mereka bukanlah satu tugas yang mudah.
Selain perlu cemerlang dan menjadi yang terbaik dalam peperiksaan awam, pelajar-pelajar ini perlu melalui saringan dan tapisan yang cukup ketat. Bermula dengan sesi temu duga sehinggalah kepada aspek siasah diri dan penglibatan dalam ko-kurikulum.
Persoalan kini, apa sebenarnya yang bermain di fikiran pelajar-pelajar ini tak kala mereka tergamak melakukan perbuatan buli?
Adakah mereka hilang pertimbangan, atau sekadar suka-suka untuk mencipta suasana meriah di asrama.
Susulan kejadian ini, pelbagai pandangan dan idea dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan termasuk ibu bapa dan guru.
Ada yang sinis sehingga melabel ‘asrama’ sebagai lubuk pembulian. Ada juga yang lebih rasional apabila mencadangkan bekas askar dan polis termasuk dari pasukan elit untuk menjadi warden di asrama.
Apapun cadangannya, semua itu adalah atas dasar tanggungjawab untuk melihat tidak akan wujud lagi budaya buli dalam kalangan pelajar sekolah.
Benar, tiada siapa yang mahu anak atau adik mereka disakiti. Tiada juga manusia di dunia ini yang tergamak melihat insan bernyawa diperlakukan seperti binatang.
Natijah daripada kejadian ini bukan hanya menjejaskan emosi si mangsa, malah turut memberi kesan yang amat negatif kepada si pelaku dan seluruh isi keluarganya. Tiada siapa yang menang dan kalah dalam isu ini. Ayuh, hentikan segera budaya membuli. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
biasanya ada kepala mereka yg start dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
cikgu pun bekas kena ikat kontol kat kipas, warden pun bekas kena kencing atas muka masa kat asrama, kepala guru besar pun pernah kena royal flush dalam lubang jamban, so lantak korang lah...... kalau aku kena korang pun kena. jadi ko nak bergasak dalam bilik asrama lantak koranglah, janji jgn kecoh kat media nanti malu nama sekolah. gitulah gamaknya polisi semua..... dah beratus tahun, mana ada perubahan, malas... |
|
|
|
|
|
|
|
Boringnya akak. Kejap je la korang ni terloncat2 bila ada kes buli viral. Pehtu life goes on. Pft. |
|
|
|
|
|
|
|
Buli tu suka2 cipta suasana meriah di asrama, kata si penulis.
Buli = meriah.
Buduh. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman aku dulu warden bodoh.. budak junior dah kena ugut nak kena belasah report kat warden sampai level gpk hem pun tau. Apa depa buat, jumpa dak senior ni cakap jangan apa2kan dak2 junior pastu dah selesai masaalah. Kamu semua gi balik asrama macam biasa. Apa kejadah.. time tu senior junior duduk sama bilik. Bila dah buat report berani ke nak balik asrama. Silap2 tido kena pekup pastu kena belasah. Ni lagi teruk, tak tau sapa tukang belasah. Last2 cabut balik la.. |
|
|
|
|
|
|
|
hilang pertimbangan mesti ada desakan, ini tak ada desakan langsung. aman-aman sahaja kat sekolah tu... cukup makan pakai ada orang jaga kenapa sampai pukul orang dijadikan hiburan
suka-suka mencipta suasana sehingga menjadikan orang lain jadi mangsa? ... maka itu bukan sesuatu yang normal... fikiran yang dah anut pemikiran yang sama dengan aliran pemikiran samseng, gengster, crook lanun.. benih-benih jadi orang kejam dah ada yg akan jadik virus dalam masyarakat
kurang sedar dan nak amal nilai-nilai perhubungan antara manusia spt respect, tolak ansur, saling memberi dan menerima, kerjasama etc... yang sepatutnya dah dipelajari dimana-mana oleh pelajar yang dah besar gedabak spt itu... dah meresap masuk dalam mrsm maka kena cantas cepat supaya pelajar lain tak terpengaruh dengan budaya spt ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rules tu tulis jela buli terus buang sekolah..kan senang...
Nk kaji la
Nk hire polis JD warden plk..
Mcm2 tp prob xsettle jgk
Ank jidin Komen pon xde..ape punya menteri pelajaran daaa
hahadoiii |
|
|
|
|
|
|
|
kalau anak buah aku nak masuk asrama, aku taknak bagi! |
|
|
|
|
|
|
|
BULI....'kena hormat abang senior,abg kwsn,otai,tuan tanah kedaung...' |
|
|
|
|
|
|
|
Normabaru replied at 13-12-2021 01:11 PM
Rules tu tulis jela buli terus buang sekolah..kan senang...
Nk kaji la
Memang buli tu kesalahan berat dan boleh dikenakan tindakan buang sekolah.
|
|
|
|
|
|
|
|
buli ni takkan penah habis. sapa nak hantar anak kat asrama tu pikir kan laaa |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 13-12-2021 04:24 PM
Memang buli tu kesalahan berat dan boleh dikenakan tindakan buang sekolah.
itula yang sepatutnya.. ni xhbs2 dok nk kaji la.. Komen bkn bwh portfolio sy la..
Msg2 mcm bengap masing2..siap gantung 2minggu time cuti sekolah.ko dh knapa. |
|
|
|
|
|
|
|
Ai dah cukup menyesal hantar anak ke asrama. Memang la takde tahap fizikal contact sbb perempuan tapi mental & emosi juga penting. Nasib baik masih boleh ai pulihkan kot tak itu la permata sulung ai
Dulu warden semua tegas mmg tak berani nak buat kecoh. Sekarang baru ai tahu masing2 cuba elak dr ambil tahu. Mana le tak makin teruk jadinya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 13-12-2021 06:17 PM
Normabaru replied at 13-12-2021 03:23 PM
itula yang sepatutnya.. ni xhbs2 dok nk kaji la.. Komen bkn bwh portfolio sy la..
Msg2 mcm benga ...
Hukuman tu sambung tahun depan kaka. So if tarikh digantung tu, katakanlah setat Isnin minggu lepas, pehtu minggu ni kan ke dah cuti so KIV jap, dan bila sekolah dah bukak 2/3 Januari nanti, sambung lagik baki seminggu.
Buang sekolah (atau bahasa bagusnya 'cadang pindah'), ni memang ambik masa yang lama. Dalam 3-4 minggu gitu biasanya baru selesai sebab prosedur nokhorom kemain lama kena urus sampai JPN.
Salah satu sebab mengapa ambik masa lama kerana mak pak kena carik sekolah baru untuk anak, pehtu kena tunggu keputusan sekolah tu nak terima ka idok. Tak silap saya, selagi belum dapat tempat di sekolah baru, selagi tu nama pelajar belum boleh dikeluarkan dari sistem sekolah dan masih dianggap pelajar di sekolah tu. Jika tak diterima, mak pak biasanya akan pi merayu sampai JPN, then tunggu JPN kasik kuar surat bagi PPD pehtu PPD maklumkan kat sekolah. Ah panjang la prosedurnya. Belum masuk cobaan mak pak merayu supaya anak tetap dibenarkan bersekolah di sekolah tempat buat dajal tu. Atau sekolah memang dah tak mau terima tapi PPD/JPN paksa juga untuk terima. |
|
|
|
|
|
|
|
Pendek kata, kes serius saja boleh dibuang sekolah ini tuan2, puan2. Ex stoden aku dulu pernah ada kes mencabul budak sekolah darjah 1 semasa heol baru 13 tahun pun, tak dibuang sekolah kerana mak pak merayu kat pengetua dan pengetua kasihan so terima ka budak tu sekolah balik di sekolah akak walaupun dah dalam proses nak dibuang pada awalnya. Berubah juga budak tu. Lepas kes tu terus jadi baik (maksudnya, tak buat jahat peel bukan2) sampai la habis Tingkatan 5. Padehal akak antara yang mengecam tindakan pengetua masa tu dan kemain akak benci budak tu. Tapi bila dah makin besar, makin ok pula perangai. Sebelum tu memang syaitan. Insop kot merasa tidur beberapa malam di lokap. |
|
|
|
|
|
|
| |
|