CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sangka Tempat Simpan Tisu, Jari Budak Hancur Kena Bilah Kipas Pengering Tangan

12-12-2021 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2848| Komen: 5

Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun menjalani pembedahan untuk memotong sebahagian daripada salah satu jarinya selepas menggunakan sebuah alat pengering tangan ‘tanpa penutup bolong’ di pusat beli-belah ION Orchard.


Bapa mangsa, Nick Chia memberitahu Mediacorp anak perempuannya dibenarkan pulang dari hospital semalam selepas menjalani rawatan di hospital selama tiga hari.


Kredit foto: FB Nick/Asia One

Ketika kejadian, kanak-kanak itu ke tandas di tingkat empat bersama pembantu rumah mereka selepas makan malam semasa mangsa sekeluarga mengunjungi pusat beli belah berkenaan pada Isnin lalu.

Ketika kanak-kanak itu menggunakan alat pengering tangan, jari telunjuk kanak-kanak berkenaan terkena bilah kipas di dalam alat pengering tangan tersebut menyebabkan sebahagiannya hancur.  

Chia menerusi perkongsian di Facebook mendapati tiada penutup bolong dipasang pada mesin tersebut.

“Dari sudut penglihatannya, dia boleh nampak bahagian bawah alat pengering tangan itu mempunyai lubang yang terlopong.


Kredit foto: FB Nick/Asia One

“Namun, dia mungkin menyangka alat itu merupakan tempat menyimpan tisu atau mungkin salah satu alat pengering tangan jenama Dyson yang perlu letakkan tangan ke dalam mesin tersebut.

“Lalu dia meletakkan tangannya ke dalam alat itu dan jarinya hancur disebabkan bilah kipas di dalam alat itu,” jelasnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 12-12-2021 04:01 PM
Ngerinya baca ui… kesiannya menahan perit sakit. Nak salahkan siapa
Quote eely_shana 12-12-2021 07:07 PM
Ngerinya lahaii
Quote TeropongThaico 12-12-2021 09:26 PM
Aduh kesiannya anak. Mesti trauma. Harap pihak yg bertanggung jawab berhati2. Malang tak berbau
Quote Cik_jantung 13-12-2021 12:14 AM
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 09:53 PM

..........
Quote prince_marhaen 13-12-2021 10:03 AM
mesti maid dia first-first kena tiawww...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.037012 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top