"Berlakon cerita gay, tetapi saya tetap lelaki sejati???" Penceramah bebas, Ustazah Asma Harun mezahirkan kebimbangannya terhadap ujian dihadapi remaja hari ini. Ustazah Asma mengakui terkejut dengan sebuah siri filem pendek tular bertemakan homoseksual yang dibintangi seorang pelakon remaja Melayu Islam.
"Sungguh, saya terkejut dengan babak-babak dalam trailer tersebut. Apatah lagi apabila memikirkan ia dilakukan remaja Melayu Islam yang hanya berusia 17 tahun. "Walaupun dia mengatakan bahawa dia tidak tahu perlu melakonkan watak sebagai lelaki gay dan tidak tahu bahawa siri lakonannya itu ditaja salah sebuah aplikasi yang terbesar, namun itu sudah cukup menunjukkan cabaran besar yang dihadapi oleh anak-anak remaja kita pada hari ini," tulisnya di laman sosialnya semalam. Dia berasa kasihan terhadap anak muda hari ini yang seolah-olah hilang punca dan sukar membuat keputusan berlandaskan iman. Justeru, Ustazah Asma menyeru ibu bapa di luar sana agar cakna akan kewujudan aplikasi janji temu (dating apps) pasangan gay dan lesbian yang semakin meluas di media sosial. Di ruangan komen, ramai juga meluahkan rasa bimbang terhadap isu sebegini yang semakin menjadi-jadi. "Isu-isu macam ni seolah-olah dah jadi perkara biasa yang orang dah tak malu untuk tonjolkan.. nauzubillahiminzalik. "Takut dengan gejala penyakit sosial ni yang kian mnjadi barah dalam masyarakat kita," antara komen netizen. Mungkin negara kita perlu ambil tindakan drastik seperti China yang mengharamkan konten lelaki berperwatakan feminin serta melibatkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). - CARI
|
kakikuDibibirmu replied at 11-12-2021 05:24 PM
Cutenya budak nehhhh
tripleid replied at 11-12-2021 09:56 PM
Huk eleh ustajah cap ayam ni..dan2 kesian..padahal kalo ni berlaku zaman jadi pembangkang dulu mesti ...
ADVERTISEMENT