|
Oleh Adib Za Baru-baru ini, pelbagai reaksi dilontarkan oleh netizen apabila kenyataan seorang pendakwah bebas bahawa bazar Ramadan mengurangkan pahala isteri.
Pendakwah tersebut, Datuk Md Daud Che Ngah menerusi laporan Astro Awani mengatakan, peluang isteri yang mahu mencari pahala lebih kerana menyediakan makanan berbuka akhirnya terbantut akibat pembelian lauk dan kuih dari pasar Ramadan. "Matlamat puasa rakyat malaysia tidak tercapai sangat sebenarnya. Apa yang seharus dilakukan tidak diikut, Nabi Muhammad dahulu berbuka dengan tamar, kalau tidak dia meneguk air dan kemudian bersembahyang. "Kalau kita tengok di negara ini, kita harus tanya kenapa perlu ada pasar Ramadan? Apakah kita semakin jauh dari amalan yang dilakukan nabi, ia seperti menjauhi sunnah yang harus diikuti.
"Pembaziran pasti akan berlaku, lauk pauk dan kuih pasti akan berlebihan. Isteri yang hendak mengecap sedikit pahala semasa menyediakan masakan anak-anak dan orang berpuasa juga dilihat tidak mencapai matlamatnya," katanya menerusi Astro Awani. Mungkin ada benarnya apa dikatakan oleh Md Daud memandangkan bazar dilihat menjadi pesaing kepada para isteri yang ingin "beramal lebih" ketika bulan Ramadan ini. Walau apapun, perbincangan antara suami dan isteri boleh dilakukan, sekiranya isteri berada dalam keadaan kurang sihat dan sibuk, tidak ada salahnya membeli juadah di bazar. Malah, ia masih membantu si isteri untuk tampil menyediakan juadah yang digemari suami walaupun ketika sibuk atau kurang sihat. Bukan begitu? - CARI Infonet |
|
6
![]() Bagus |
14
![]() Marah |
8
![]() Terkejut |
7
![]() Sedih |
10
![]() Lawak |
10
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ostaz ni drive kereta ataupun naik unta?
famri7 replied at 23-6-2015 07:04 PM
Pahala menghenjut pula naik berganda2 sebab tiap2 malam kan sis? Masa slepas qiamullail dgn imsak t ...
endakwah" macam lobai tua dan bodoh ini yang mampu mencari makan hanya dengan menaku dan berlagak berilmu serta pandai tentang Islam bukan terhad dikalangan penganut Islam sahaja.

endakwah" begini yang juga seorang forumner di Cari Forum ini. Beliau menggunakan nick @cecari .
Tapi oleh kerana qualiti postingnya beliau lebih dikenali sebagai lobai cecirit di CI ini. 





ADVERTISEMENT